Wednesday, 26 November 2014

TERAPI GANGGUAN JIN




Assalamu’alaikum wwt..

Kembali lagi kepada permaslahan gangguan jin dalam kehidupan manusia. Perkara ini selalu diperkatakan kerana ada banyak pesakit yang mendatangi saya yang berasa rimas dan tidak selesa dengan gangguan jin. Apa tidaknya, kehidupan yang normal selalu diganggu oleh sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar. Ada pesakit yang mengeluh kerana mereka selalu melihat penampakan jin yang menakutkan mereka. Mereka berasa sangat ‘stress’  dan ketakutan kerana melihat rupa mereka yang menggerunkan, bahkan ada beberapa jin sihir yang dengan sengaja menyakiti tubuh pesakit. Contohnya, ada yang mengalami lebam-lebam di badan, ada yang berasa bahu dan pinggangnya sangat sakit dan sebagainya.

Penampakan JIn

Mengapa jin-jin tersebut mempunyai kekuatan untuk menyakiti dan menguasai manusia ? Padahal kita banyak membaca hadis bagaimana para sahabat berjaya mengalahkan jin ketika para jin tersebut mencuba mengganggu para sahabat nabi bahkan banyak kisah para sahabat nabi mampu membunuh para jin tersebut. 

Sebab utamanya adalah RASA TAKUT. Ya.. rasa takut.  Hal ini kerana apabila rasa takut menguasai diri manusia,  maka akan terbukalah benteng atau pendinding yang menghalang gangguan jin. Sebenarnya dengan izin Allah kita sudah memohon perlinduangan kepada Allah daripada gangguan jin dan syaitan  melalui pembacaan ayat-ayat ruqyah pembentengan. Paling kurang kita beramal dengan ayat al-Muawizat iaitu bacaan 3 Qul (surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an- Nas).

Rasa takut dan bimbang serta tidak yakin dengan pertolongan Allah akan membuatkan manusia tidak memegang kunci dalam pembentengan diri.  Marilah kita meneliti akan kaedah pembentengan diri yang betul.  Menurut Pengasas Akademi Rawatan islam Nur Ehsan (Akrine) Ustaz Abdul Majid Hasan, sebenarnya paling kurang  ada EMPAT perkara asas rahsia keberkesanan dalam meruqyah diri sendiri dan pesakit iaitu :
  1. NIAT (keinginan hati) 
  2. DOA (Keikhlasan, keyakinan dan ketakwaan kepada Allah SWT)
  3. RUQYAH (Ayat suci Al-Qur’an dan Hadis). 
  4. TEKNIK ( Beragam cara rawatan seperti tepuk, meniup, dll.)
Walaupun kita sudah membaca Ruqyah dan mempunyai Niat namun mereka tidak mempunyai doa iaitu keyakinan bahawa Allah akan menolong mereka nescaya kita tetap digoda dan dipengaruhi oleh syaitan karena ketakutan dan kebimbangan terhadap gangguan syaitan mengalahkan keyakinan hati mereka kepada Allah bahawa Allah Taala akan menolong mereka. Maka agar kita mempunyai kekuatan mengalahkan para jin-jin tersebut rahsianya adalah Niat, Doa, Ruqyah dan Teknik.

Menghadapi Jin Yang Menampakkan Dirinya

Yang harus dilakukan pesakit adalah harus BERANI dan YAKIN akan pertolongan Allah!
Keberanian disertai dengan yakin kepada Allah pasti dapat mengalahkan jin walau bagaimana rupa penampakan mereka. Adakah anda berani dan yakin? Dua perkara inilah yang susah untuk dipraktikkan termasuklah saya sendiri.

Ketahuilah jika jin-jin menampakkan dirinya di alam manusia, sebenarnya para jin itu sudah mengerahkan energi tubuhnya dalam tingkatan yang besar. Sebenarnya ketika mereka berusaha menampakkan dirinya ada beberapa kaedah khusus iaitu:
  1. Membentuk kekuatan Niat. Para jin ketika ingin berubah bentuk atau rupa, meraka akan membentuk kekuatan niat dalam hati mereka disertai dengan visualisasi (membayangkan bentuk tertentu yang mereka inginkan). 
  2. Mereka mempunyai gerakan khusus (jurus-jurus) dan teknik nafas khusus yang harus dilakukan agar dapat merubah bentuk tubuh mereka di alam manusia. 
  3. Mereka juga mempunyai mentera-mentera tertentu yang harus diucapkan 
  4. Mereka  meminta bantuan dari kalangan jin sihir ghailan yang mempunyai teknologi alam jin tingkat tinggi yang membantu mereka untuk dapat menampakkan diri ke alam manusia. 

Empat perkara inilah yang umumnya akan membuatkan bangsa jin dapat menampakkan dirinya di alam manusia. Ketika mereka masuk ke alam  manusia dengan mengambil wujud bentuk seram dan menakutkan adalah salah salah satu teknik agar membuat takut manusia, padahal sebetulnya mereka sudah sangat lemah ketika diajak bertarung.

Menurut Ustaz Perdana Ahmad dari Quranic Healing, mengatakan ada diantara pesakit yang mengadu kepadanya bahawa mereka selalu melihat kelibat atau bayangan hitam disamping kiri atau kanan tubuh mereka lalu hilang dan mereka ketakutan dan  bingung apa yang harus dilakukan. Maka beliau menganjurkan mereka untuk berani dan segera bertakbir lalu harus secara reflek dan cepat memukulkan atau menebaskan tangan kita ke arah kelibat yang kita lihat. Teknik ini banyak berhasil dengan membuat jin ketika mereka muncul dengan tepat tangan kita reflek menebas atau memukul mereka akan terpelanting bahkan terbelah tubuh mereka. Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya kalangan jin akan segera menemui kematian jika tangan kita dengan tepat mengenai tubuh mereka.

Menurutnya Ustaz Perdana Ahmad lagi, bahawa ada juga pesakit sihir ketika mahu tidur melihat sosok jin yang berbulu dan dengan rupa yang  menakutkan hendak mencekiknya.  Alhamdulillah ketika keberanian mereka timbul maka bertakbirlah lalu tendanglah jin tersebut. Boleh juga  menyiapkan batu atau benda keras atau tajam lainnya dan pukulkan ke arah jin tersebut. Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya teknik ini akan membuat jin yang menyerupa tadi mati sebab tubuhnya hancur dipukul benda keras atau putus ditebas benda tajam. Tubuh mereka sesungguhnya sangat lemah. Wallahi sangat lemah! Ketika kita memukul tubuh jin itu bagaikan bantal kekabu yang sangat lembik. Menurutnya lagi beliau pernah diceritakan oleh paman beliau (mantan praktisi TD) bahawa paman saya ini pernah berkelahi dengan jin di rumah sakit ketika dia hendak tidur ada yang memukul tubuhnya dan anehnya dia tidak merasakan sakit, lalu dia balas memukul dan dia merasakan pukulannya sangat mudah untuk merusak tubuh jin tersebut dia merasakan bagaikan memukul agar-agar, dia sama sekali tidak menggunakan tenaga dalam cukup tabir dan melakukan pukulan dan tendangan.

Jika Hanya Pesakit Yang Melihat Jin

Biasanya saya lebih suka menggunakan Teknik Kembara dan Rawat (TKR) untuk mencari punca gangguan jin sama ada di rumah pesakit atau di dalam diri pesakit. Melalui gabungan Niat, Doa, Ruqyah dan Teknik biasanya usaha ini dimakbulkan oleh Allah. Ketika kita meruqyah tiba-tiba pesakit melihat gambaran melalui mata batinnya akan adanya jin yang berada di sekitar rumah, berada didekat tubuhnya, berada ditempat tertentu maka kita memberi arahan kepada pesakit untuk membaca doa-doa yang disyari’ahkan. Jika pesakit tidak hafal maka kita ajar pesakit untuk mengikuti doa yang kita baca sambil mengajak pesakit membentuk kekuatan niat untuk menghancurkan jin tersebut.

Boleh juga jika pesakit mempunyai keazaman dan keberanian untuk mencari punca sihir melalui dalam tidur (mimpi). Pesakit bermohon kepada Allah dengan doa-doa khusus maka jika diizin Allah, akan ditunjukkan jin-jin yang mengganggunya selama ini. Maka pada saat itu pesakit harus berani memusnahkan jin-jin tersebut. Namun, berapa ramai yang berani? Semuanya berharap kepada perawat untuk menyelesaikan masalah gangguan jin di tubuh mereka. Sebenarnya saya agak malas untuk menjadi wakil kepada pesakit untuk membantu mengesan masalah di dalam teknik tidur (mimpi) ini. Ada banyak lagi kerja yang perlu saya lakukan. Sebaik-baiknya pesakit sendiri yang membuatnya.


Wallahua'lam.........semua terjadi atas kehendak dan izin dari Allah Ta'ala..........

Rujukan:

No comments: