Salam sejahtera buat pembaca yang dikasihi sekalian...
Dalam mengharungi dunia perubatan Islam selama hampir LIMA
tahun, pelbagai ragam dan masalah penyakit dan pesakit telah saya temui.
Andainya ketahanan fizikal dan mental lemah, maka tidak mudah untuk meneruskan
amalan fardhu kifayah ini. Namun saya menaruh keyakinan penuh, bahawa Allah
akan tetap membantu dengan berkat guru-guru saya dan berkat kedua ibu bapa
saya. Apa yang penting ialah ILMU. Tanpa ilmu, ibarat berjalan di dalam gelap,
meraba-raba mencari cahaya.
Dalam tulisan ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca
akan keberkesanan Ayat Penakluk untuk membantu mengeluarkan gangguan penyakit
dan punca penyakit yang berada di dalam badan pesakit.
Penyakit dan
Gangguan Jin
Biasanya jika berhadapan dengan pesakit, saya akan
berbual-bual dahulu untuk bertanya khabar mengenai penyakit yang dideritai. Hal
ini penting untuk mendapatkan gambaran awal penyakit tersebut, sama ada
berpunca daripada gangguan fizikal atau mental malah melibatkan gangguan jin.
Pesakit juga diingatkan supaya sama-sama berdoa memohon kesembuhan dan jangan
mengharapkan doa perawat sahaja. Menurut pendapat saya, hampir 80% penyakit
adalah disebabkan gangguan jin. Mengapa saya berkata begitu? Bukankan
kebanyakkan punca penyakit disebabkan oleh kuman atau bakteria yang seni dan
tidak nampak oleh mata kasar? Sifat kuman dan bakteria ini menyamai sifat jin yang
boleh berjalan dalam saluran darah. Jin merupakan sejenis makhluk halus yang boleh
keluar masuk dalam tubuh kita dengan sekehendak hati mereka. Mereka boleh
tinggal di mana saja dalam jaringan urat darah kita yang mereka kehendaki,
padahal kita tidak pernah merasakan kehadiran mereka.
Jin mempunyai keupayaan untuk masuk ke pembuluh darah
yang mempunyai sifat seperti getaran yang dapat mengalir ke tubuh. Jin juga
boleh membisik-bisik, menghasut, dan membakar hati manusia supaya menuruti hawa
nafsunya. Jin menyusup melalui peredaran darah untuk mengganggu mekanisme tubuh
dan jin menguasai frekuensi gelombang otak untuk mempengaruhi sistem saraf yang
berkaitan dengan fikiran, emosi, dan gerakan. Jin yang masuk ke dalam pembuluh
darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja
kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para
pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan
aneh.
Kesan Ayat
Penakluk Kepada Penyakit
Innahu minsulaymaana wa’innahu bismillahirrohmanirrohiym,
‘alla ta’luw ‘alayyan wa’tuwni muslimiyn. Artinya : Sesungguhnya surat itu,
dari SuIaiman dan Sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku
sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah
diri".
(An-naml 30-31)
Ayat dari surah An-naml (30-31) tersebut saya namakan
sebagai Ayat Penakluk kerana isi kandungannya yang berisi perintah. Kita
memohon kepada Allah agar penyakit atau punca penyakit yang berada di dalam
badan pesakit dapat ditarik keluar dengan izin Allah. Dalam tulisan ini, saya
terpaksa merahsiakan kaedah menggunakan Ayat Penakluk ini. Biarlah ilmu ini
diambil dengan mengadap guru. Apa yang saya cuba kongsikan ialah setiap
ayat-ayat suci al-Quran berisi panduan dan mukjizat yang kekal sepanjang zaman.
Cuma kita sahaja yang perlu mengolah dan menggunakan dengan kaedah yang betul.
Dengan izin Allah, penggunaan Ayat Penakluk ini banyak
membantu untuk menarik keluar gangguan penyakit terutama yang berpunca daripada
gangguan jin. Biasanya akan ada getaran-getaran dalam badan pesakit menandakan
mereka mematuhi perintah kita untuk keluar. Gunakan kebijaksanaan kita untuk
memperingatkan agar mereka keluar dan bersumpah tidak akan kembali lagi
mengganggu pesakit. Berikut dikongsikan beberapa kes untuk tatapan pembaca.
Kes 1:
Membantu mengeluarkan gangguan jin saka dalam badan
seorang makcik yang terlantar sakit. Seminggu kemudian, makcik tersebut
meninggal dunia tanpa sempat membuat ulangan rawatan.
Kes 2:
Membantu mengeluarkan gangguan jin dalam badan seorang
suri rumah. Terasa seolah-olah suatu benda bergumpai keluar melalui kaki. Badan
beliau terasa terlalu letih.
Kes 3:
Membantu merawat seorang makcik yang menemani seorang
pesakit perempuan. Ketika diruqyah pesakit perempuan tersebut, makcik itu sendawa
tidak berhenti-henti. Rupa-rupanya, makcik tersebut ada gangguan. Maka dengan
izin Allah proses menarik keluar penyakit dilakukan.
...dan banyak lagi kes-kes seumpama ini. Saya berharap
tiada sekelumit pun rasa ego dalam diri yang kerdil ini. Harapan saya ialah
agar pembaca merasai kehebatan dan keagungan ayat-ayat suci al-Quran. Gunakan
dan amalkan ayat-ayat suci al-Quran dalam segenap ruang kehidupan kita terutama
ketika berhadapan dengan musuh-musuh ghaib (jin dan syaitan). Sebenarnya Ayat
Penakluk ini hanya sekelumit dari rahsia ilmu Allah yang maha luas.
Penghargaan dan terima kasih
kepada Ustaz Abdul Majid (Akrine) yang telah
mengajar saya akan teknik penggunaan Ayat
Penakluk ini.
No comments:
Post a Comment