Sambungan daripada tulisan
terdahulu....
Kedua : Melalui
Kaedah Penyembelihan
Melalui kaedah ini tukang sihir akan mendatangkan binatang berupa seekor burung, ayam,
kambing atau sebagainya dengan sifat-sifat tertentu yang bersesuaian dengan
kehendak dan permintaan jin. Biasanya
warna yang disyaratkan ialah warna hitam kerana
jin selalunnya menggemari warna hitam.
Tukang sihir kemudiannya akan menyembelih
binatang tersebut tanpa menyebut nama Allah lalu
kemudian melemparkannya ke tempat runtuhan
bangunan dan perkuburan lama atau ke tempat-tempat kosong dan sunyi. Ketika melemparinya juga, ia tidak menyebut nama Allah. Seelpas itu, tukang sihir
akan kembali ke rumahnya lalu mengucapkan jampi serapah
syirik dan memerintahkan jin tersebut supaya melaksanakan segala
perintah yang diingininya.
Mungkin ayam hitam ini yang diperlukan oleh tukang sihir |
Pengajaran:
1.
Penyembelihan
binatang untuk jin dan syaitan adalah perbuatan syirik
dan haram di sisi Islam. Penyembelihan
sepatutunya hanya kerana Allah sebagaimana sabda Rasulullah “Allah melaknat
orang yang menyembelih binatang untuk selain daripada Allah”.
2.
Jampi
serapah yang mempunyai lafaz syirik iaitu lafaz untuk mendatangkan jin adalah
perbuatan syirik yang jelas menduakan Allah.
Na’uzubillah..
Ketiga : Melalui
Penulisan dan Pembacaan Al-Quran secara
songsang
Kaedah ini merupakan
antara perbuatan dan perilaku yang jelas menghina wahyu Allah iaitu
tukang sihir menulis ayat-ayat al-Quran dengan huruf
yang terpisah-pisah secara songsang iaitu dari belakang ke hadapan atau
secara terbalik. Tulisan ini dilakukan dengan tangan
kiri dan kemudian tukang sihir tersebut mengucapkan
jampi serapah syirik untuk menyeru jin syaitan melaksanakan hajat yang
diinginkan.
Ada juga tukang sihir mengucapkan ayat-ayat al-Quran
secara songsang seperti membaca surah Al-Fatehah atau Surah Al-Ikhlas dari
hujung sampai ke permulaan. Kononnya dengan cara ini hajat yang diimpikan akan
mudah terkabul (sebenarnya dengan bantuan jin dan syaitan).
Pengajaran:
1.
Ayat-ayat
suci Al-Quran sepatutnya dimuliakan kedudukannya dan jangan pandai-pandai
mengubahnya seperti menulis dan membacanya secara songsang. Perbuatan ini jelas
bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.
InsyaAllah bersambung...
Rujukan:
Thibb
Al-Idrisi Al-Ansari (Suatu Kaedah pengubatan & Rawatan Menurut Islam)
oleh
Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi.
No comments:
Post a Comment