Tuesday, 20 August 2013

Penyakit Barah @ Kanser Payu Dara: Rawatan secara Islam



Assalamu’alaikum wwt.


Pengenalan

Penyakit Barah @ kanser merupakan salah satu penyakit berbahaya yang sedang mengancam kesihatan manusia masa kini. Dianggarkan bahawaPenyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, penyakit ini merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan kes ini merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.

Sekilas tentang Rawatan Moden

Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi. Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.



Rawatan Pengubatan Islam
(Dengan ruqyah sya’riyah dan kaedah yang dipelajari)

 
Barah yang kronik


 Rawatan pencegahan awal amat perlu untuk mengelakkan barah @ kanser ini menjadi serius. Sekiranya barah @ kanser ini sampai ke tahap 4, maka seolah-olah hidup ini tiada maknanya. Bagi wanita, barah payu dara adalah salah satu barah yang sangat memeritkan. Apa tidaknya, payu dara yang menjadi simbol kecantikan wanita terpaksa di buang (operation) jika sampai ke tahap kritikal.. Mesej saya ialah agar meletakkan Pengubatan Islam di tempat teratas berbanding kaedah pengubatan yang lain. Selalunya saya menerima kes pesakit barah payu dara yang telahpun menjalani pembedahan kemudian barulah berikhtiar mendapatkan rawatan pengubatan Islam. Menurut pengalaman yang diceritakan oleh tenaga pengajar di Darussyifa semasa saya belajar dahulu, bahawa hampir 90% pesakit barah @ kanser boleh sembuh tanpa pembedahan. Jika sekiranya barah tersebut telah terkena ‘besi’ (pisau bedah), maka agak sukar untuk sembuh. Wallahu’aklam.. Saya ada beberapa kes  merawat penyakit barah payu dara ini. Bukanlah niat saya untuk menunjuk pandai tetapi sekadar berkongsi pengalaman sahaja.

Kes Pertama:
Seorang gadis yang masih belajar di IPT dikesan ada benjolan di payu daranya. Beliau datang bersama ibunya ke rumah saya beberapa tahun lepas. Dalam kes ini, saya hanya berpandukan keterangan pesakit sahaja di bahagian mana barah tersebut berada. Takkanlah saya nak merasa atau meraba bahagian payu dara tersebut. Tidak manis rasanya saya berbuat begitu, nanti menjadi isu pula. Saya masih ingat akan pesanan guru saya iaitu ketika merawat wanita, elakkan memegang bahagian sensitif. Memadai perawat memegang bahagian belakang pesakit dengan memakrifatkan memegang bahagian sakit tersebut (dada). Dengan membaca doa-doa pilihan, dan melakukan kaedah ‘bedah makrifat’, saya merawat pesakit tersebut.
Hanya sekali itu sahaja pesakit datang berjumpa dengan saya. Saya mendapat tahu keadaannya melalui ibu saudaranya bahawa barah payu dara gadis tersebut telah pulih. Hanya Allah yang menentukan kesembuhan dengan izinNya.

Kes Kedua:
            Baru-baru ini si suami pesakit telah menelefon saya untuk meminta pertolongan merawat penyakit barah payu dara isterinya yang sampai tahap ke-4. Besarlah  harapan beliau, agar saya dapat datang ke rumahnya di Felda Kota Gelanggi kerana isterinya sangat lemah dan hanya mampu terbaring sahaja. Saya tidak sampai hati untuk menolak permintaan beliau tetapi dengan syarat, beliau haruslah datang mengambil saya. Jika datang sendiri, dikhuatiri saya sesat  dan lambat pula sampai, maklumlah jalan di kawasan felda ini terlalu banyak simpang. Sesampainya saya di rumah pesakit, hati saya sebak melihatkan keadaan pesakit yang terbaring lemah dan tertidur.  Saya diberitahau, si pesakit telah 8 kali menjalani rawatan kimoterapi. Bayangkanlah betapa seksanya pesakit menanggung ‘panasnya’ rawatan kimo.    Seperti biasa saya meruqyah pesakit dengan ayat-ayat suci al-Quran dan melakukan kaedah ‘bedah makrifat’. Ketika itu, saya merasakan betapa kerdilnya diri saya di hadapan Allah SWT. Hakikatnya, Allah jua yang mengubat dan menyembuh penyakit. Apa yang ada pada saya ialah ‘mati’. Orang mati mana boleh berbuat apa-apakan..
            Sampai ketika ini, saya tidak dihubungi lagi oleh si suami. Katanya beliau hendak membuat rawatan ulangan..

Kes Ketiga:
Saya telah menerima panggilan daripada sorang sahabat saya yang menceritakan bahawa ibu mertuanya ingin mendapatkan rawatan barah payu dara yang dideritainya. Diringkaskan cerita, pada petang tersebut (19/8/2013), sahabat saya telah membawa ibu mertuanya ke rumah saya untuk mendapatkan rawatan. Makcik ini telahpun menjalani pembedahan untuk membuang payudara di sebelah kanan. Untuk rawatan kali ini, saya telah menggunakan kaedah rawatan yang telah saya pelajari di Darussyifa iaitu menggunakan kombinasi doa-doa terpilih dan bahan rawatan.

Antara bahan rawatan:
1.      Air
2.      Sebiji mangkuk putih
3.      Kapur kerang (yang diperbuat daripada kulit kerang)
4.      Rumput sambau

Kaedah:
1.      Gunakan kaedah biasa ketika mencabut rumput sambau atau ketika menerima bahan daripada pesakit.
2.      Baca doa pada diri pesakit  kemudian tiup pada air
3.      Masukkan satu sudu besar kapur dalam mangkuk, dan tuangkan air yang telah didoakan secukupnya, dimana bedak tadi tidak terlalu pekat atau cair.
4.      Pegang rumput sambau dan masukkan akarnya dalam mangkuk dan kacau ikut pusingan tawaf. Bila sebati tak boleh pegang akar lagi. Kalau terpegang, ambil rumput lain.
5.      Sapukan kapur tadi menggunakan rumput (bahagian akar) pada permukaan yang sakit
6.      Lakukan kaedah ini selama 3 hari, 2 kali sehari (pagi dan petang)
7.      Akar yang diguna boleh simpan  1  atau 2 hari saja.

Pesakit berazam untuk mendapatkan rawatan ulangan. Mudah-mudahan sembuh dengan izin Allah.


Nasihat saya

Sesungguhnya Al-Quran itu merupakan penawar yang mujarab untuk merawat penyakit rohani dan jasmani. Marilah bersama-sama memartabatkan Pengubatan Islam.

Monday, 19 August 2013

Tanda-tanda Gangguan Jin Sihir



Salam sejahtera buat saudara yang setia mengikuti blog saya, moga anda dirahmati Allah.

Dalam tulisan yang lalu, saya telah menyentuh tentang tanda-tanda gangguan jin saka. Tanda-tanda tersebut berdasarkan pengalaman perawat-perawat yang telah merawat gangguan jin saka yang berada di badan pesakit. Sebenarnya, tanda-tanda tersebut sekadar pemerhatian  dan panduan awal sebelum rawatan susulan dibuat.

Tulisan pada kali ini pula akan menyentuh berkenaan tanda-tanda gangguan jin sihir yang menyerang manusia. Ada diantara tanda-tanda tersebut yang bersamaan dengan tanda-tanda gangguan jin saka. Saudara pembaca bolehlah menyemak tanda-tanda tersebut sekadar langkah berjaga-jaga.. jika perlu rawatan, maka berjumpalah perawat Islam yang mengamalkan kaedah yang selari dengan ajaran Islam.

 
Jin sebagai perantara sihir

Tanda-tanda di waktu tidur:

1.      Mimpi yang menakutkan.
2.      Kerap mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala  dan tikus.
3.      Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
4.      Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh.
5.      Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku.
6.      Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
7.      Kerap terjaga tidur di waktu malam.
8.      Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
9.      Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
10.  Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam.

Tanda-tanda ketika Jaga :

1.      Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
2.      Suara berubah ketika marah.
3.      Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
4.      Berjalan terhoyong-hayang.
5.      Cara makannya menjijikkan.
6.      Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
7.      Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
8.      Pening yang tidak dapat diubati oteh ubat-ubatan (biasa)
9.      Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
10.  Sakit kepala atau selalu terlupa ketika solat.
11.  Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
12.  Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
13.  Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
14.  Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
15.  Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
16.  Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
17.  Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau pelajarannya
18.  Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
19.  Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
20.   Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur.

Sunday, 18 August 2013

Tanda-tanda Gangguan Jin Saka



Saudara pembaca yang dihormati,

Nampaknya penyakit misteri angkara gangguan jin saka semakin bertambah banyak. Hal ini berdasarkan jumlah kes penyakit tersebut yang telah saya rawat. Saya percaya masih banyak lagi kes-kes seumpama ini yang berlaku. Kalau saka yang mendatangkan kebaikan tidak apalah juga, tetapi kebanyakkan saka ini mendatangkan banyak masalah dalam kehidupan seharian kita. Maklumlah bangsa jin mana boleh dibuat sahabat, kerana banyak keburukan daripada kebaikan. Marilah kita selidiki apakah tanda-tanda gangguan jin saka yang menimpa manusia.. mungkin anda salah seorang daripadanya... jaga-jaga.

Saka harimau untuk menjaga diri

Di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada saka adalah seperti yang dinyatakan berikut:

Gejala Pada Waktu Tidur:

1.      Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
2.      Mimpi melihat orang tua (berjubah @ lain2) yang datang hendak memberi sesuatu. ini biasa berlaku kepada golongan lelaki).
3.      Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
4.      Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
5.      Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
6.      Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
7.      Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
8.      Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
9.      Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
10.  Berdiri dan berjalan ketika tidur.
11.  Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
12.  Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
13.  Mimpi berada di tempat sunyi.
14.  Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
15.  Mimpi melihat salib atau gereja.
16.  Mimpi bertemu paderi.
17.  Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala Pada Waktu Jaga:

1.      Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
2.      Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang
3.      Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
4.      Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’.Majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
5.      Sering lesu dan malas.
6.      Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
7.      Lenguh di sendi-sendi utama.
8.      Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
9.      Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki, seperti terpijak batu atau telur.
10.  Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
11.  Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
12.  Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
13.  Mudah marah dan panas baran.
14.  Emosional dan terlalu sensitif.