Asalamu’alaikum wwt
Memang sudah menjadi lumrah
kehidupan bahawa akan ada suatu ketika perasaan sedih menerpa di dalam hati,
lebih-lebih lagi melibatkan sebuah perpisahan buat selama-lamanya. Air mata
mengalir bercucuran dikelopak mata dan gelora jiwa meruntun sayu. Perasaan
sedih tidak dapat ditahan-tahan. Fenomena sedih yang sedemikian ini boleh
berlaku antara pesakit dengan jin-jin saka yang diwarisi apabila ikatan ini
diputuskan.
Ikrar Pemutus
Apabila Ikrar
Pemutus dilafazkan dengan suara yang jelas dan keinginan yang padu untuk
memutuskan pertalian dengan jin-jin saka yang diwarisi daripada keturunan
sebelah ibu atau bapa maka biasanya perjanjian yang termeterai sekian lama ini
akan berakhir. Perhubungan antara jin saka dan manusia yang sungguh erat bagai
isi dengan kuku ini perlu dipisahkan dalam kehidupan manusia. Buat apa
bersekongkol dengan jin saka dalam urusan seharian kita kerana lebih banyak
keburukan daripada kebaikan. Lagipun, jin-jin saka ini ada kehidupannya yang tersendiri.
Biarlah mereka bebas menjalani kehidupan mereka tanpa terikat dengan suatu
perjanjian dengan nenek moyang kita yang terdahulu. Biasanya ikatan ini
berlangsung dalam masa yang cukup lama bahkan dikatakan sehingga tujuh
keturunan. Kasihan makhluk jin saka ini. Mungkin mereka menunggu masa untuk
bebas daripada perjanjian mistik ini. Sebagai contoh, jika orang itu boleh
mengubat dengan tanpa belajar, maka kemahiran tersebut mungkin dengan bantuan
jin saka mengubat. Begitu juga, jika orang itu boleh bersilat tanpa belajar,
maka berkemungkinan dengan bantuan jin saka pahlawan. Wallahu’aklam..
Walaupun begitu, harus diingat bahawa misi jin bertaraf syaitan adalah untuk
menyesatkan manusia. Kebaikan yang diberikan hanya sedikit sahaja berbanding
dengan keburukan yang bakal diperolehi. Kalau anda ada mempunyai simpton
gangguan jin saka, maka cepat-cepatlah membuangnya atau memisahkannya.
Tidak Sedar Ada Jin Saka
Ada satu pasangan dari Daerah Pekan, Pahang datang
berkunjung ke rumah saya untuk berikhtiar mengubati anak gadisnya yang sakit.
Saya perhatikan anak gadisnya yang cantik itu sihat sahaja fizikalnya.
Senyumnya menawan tetapi dikatakan sakit. Sebenarnya bukan sakit fizikal yang
dimaksudkan tetapi sakit lain. Anak
gadisnya itu mempunyai masalah dalam percintaan. Setiap kali perhubungan cinta
dengan seseorang lelaki maka perhubungan tersebut pasti berakhir dengan
perpisahan. Entah dimana silapnya? Apa yang pasti jika si jejaka mengutarakan
untuk melamar gadis tersebut, maka hati gadis tersebut menjadi tawar dan
meminta hubungan cinta tersebut diputuskan.
Entah berapa ramai jejaka malang yang menerima nasib sedemikian. Ibu gadis
tersebut bimbang akan nasib anaknya itu, seolah-olah ada satu kuasa misteri
yang menghalang hubungan cinta hingga ke jinjang pelamin.
Saya mohon izin kepada Allah untuk merawat gadis
tersebut kerana tanpa izin dari-Nya apalah daya saya. Saya mohon melafazkan
kalam suci-Nya untuk digunakan dalam rawatan untuk memulihkan sakit misteri
gadis tersebut. Saya juga memohon berkat
syafaat Baginda Rasulullah a.aw untuk memudahkan usaha perawatan tersebut.
Sebenarnya inilah adab yang perlu kita amalkan dalam apa jua urusan lebih-lebih
lagi dalam rawatan Islam. Sebelum ruqyah syariah dimulakan, saya meminta
pesakit membaca ikrar pemutus jin saka dan jin sihir. Biarlah jin-jin yang
menghuni di dalam badan pesakit tahu bahawa mereka sudah tidak diperlukan lagi.
Seterusnya saya mula membacakan ruqyah syariah dengan suara yang jelas sambil
tangan kanan saya menyentuh kepala si pesakit.
Mengakhiri proses rawatan, saya memerintahkan agar
sekiranya penyakit itu berpunca daripada gangguan jin maka hendaklah turun dan
berkumpul di kaki. Agar memudahkan pengecaman, saya bahagikan kepada dua
kelompok jin. Jika sekiranya berpunca daripada gangguan jin saka, hendaklah
turun dan berkumpul di kaki kanan dan sekiranya bukan gangguann jin saka,
hendaklah turun dan berkumpul di kaki kiri. Ketika proses ini berjalan,
bahagian kaki kanan gadis tresebut bergetar hebat. Perasaan gadis tersebut saya
lihat sangat sedih dan dia sebak secara tiba-tiba. Air mata bergenang dipelupuk
matanya. Saya tanya mengapa? Dia hanya menggelengkan kepala dan tidak tahu apa
sebabnya.
Gambar hiasan : Sedih hingga mengalir air mata |
Secara berseloroh saya mengatakan bahawa bukan dia
yang sedih tetapi jin saka yang mendampingi dirinya yang sedih. Sedih kerana terpaksa keluar dan berpisah
buat selama-lamanya dengan si gadis atau waris. Biasanya saya memohon kepada
Allah agar jin-jin saka ini dipindahkan ke satu penempatan yang dinamakan Darul Islah. Dimana Darul Islah? Saya
pun tidak tahu dengan tepat. Saya hanya menurut saranan guru saya iaitu Ustaz
Majid dari Akrine, Kuang untuk menempatkan jin-jin saka di situ.
Ibu gadis itu saya lihat tersenyum kerana selama ini
dia tidak menyangka anaknya itu ada gangguan jin saka. Mengikut perkiraanya,
jika sekiranya kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia, maka tiadalah
gangguan jin-jin saka tersebut. Nampaknya perkiraan itu tersilap. Hal ini
kerana jin-jin saka akan mencari waris baru dalam kalangan keluarga tersebut.
Hal yang sebenarnya hanyalah Allah jua yang mengetahui.. Allahhu Akbar.
Sekian sahaja coretan daripada saya..
No comments:
Post a Comment