Assalamu’alaikum wwt.
Tidur merupakan fitrah
semulajadi bagi setiap manusia. Bukan manusia sahaja yang memerlukan tidur,
tetapi sebahagian besar makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini juga akan
tidur untuk berehat dan mengembalikan tenaga. Manusia yang tidak boleh tidur
untuk jangka masa yang lama memang menyimpang daripada fitrah asal apatah lagi
tidak boleh tidur lena bertahun-tahun lamanya. Tidak dapat kita bayangkan
bagaimana manusia ini menjalani kehidupan seharian. Bagi manusia yang normal,
tidak dapat tidur sehari pun sudah cukup membuatkan diri merana. Tulisan pada
kali ini berkisar tentang seorang wanita
yang tidak dapat tidur selama 11 tahun lamanya. Masya-Allah..
Kasihan
Saya ada menerima mesej dan panggilan daripada seorang
wanita pertengahan umur yang ingin mendapatkan rawatan bagi penyakit yang
dialami selama ini. Setelah menetapkan tarikh, beliau datang ke rumah saya
bersama seorang cucu lelakinya. Cucu lelakinya itu memang diharapkan untuk
menolongnya dalam pelbagai perkara. Saya lihat dari segi fizikal, memang tidak
ada apa-apa tanda beliau mengidap penyakit. Wajahnya bersih dan tenang tetapi
tersembunyi duka kerana tidak dapat tidur sejak 11 tahun lamanya.
Beliau bercerita bahawa sudah jemu dengan fenomena
seperti ini. Yalah, siapa yang tidak jemu apabila terpaksa menghabiskan waktu
malamnya dengan berjaga sedangkan orang lain tidur dengan lena. Sunyi memanglah sunyi tetapi hendak buat
macam mana. Wanita ini yang membahasakan dirinya Mak Teh terpaksa memakan ubat
tidur untuk membantunya tidur. Jikalau tidak makan ubat ini, nescaya kelopak
matanya sukat untuk tidur. Selain daripada mendapatkan rawatan di hospital,
katanya Mak Teh pernah mendapatkan rawatan secara Islam, namun masih belum
berhasil untuk beliau tidur lena.
Gambar hiasan : Tidur yang lena |
Cuba kita yang berada di tempat beliau, bagaimana? Apa
aktiviti yang kita dapat lakukan pada waktu malam sementara menanti fajar
menyingsing. Kasihan. Itulah perkataan yang paling tepat untuk beliau. Mungkin ada
yang berkata, baguslah tak dapat tidur malam, bolehlah masa tersebut diisi
dengan amal ibadah. Boleh bersembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan
sebagainya.
Rawatan
Saya pun agak buntu juga untuk membantu menyelesaikan
masalah wanita ini. Namun saya tidak berputus asa dan mencuba berikhtiar
merawatnya dengan ilmu yang terbatas ini. Saya teringat akan satu doa yang
pernah saya pelajari suatu ketika dahulu di Darussyifa di bawah bimbingan Ustaz
Haron Din. Doa tersebut khusus bagi merawat orang yang sukar tidur malam. Saya mulai
dengan bacaan ruqyah asas yang terdiri daripda Ummul Kitab Al Fatihah dan
diikuti dengan Ayatul Qursi, Al-Ikhlas, Al-Falak dan An-nas. Saya sambung pula dengan
kombinasi Ayat Pemecah iaitu akhir surah Al-Hasy (ayat 23 – 24) dan akhir Surah
Al Mukminun (ayat 115-118). Saya lanjutkan lagi dengan doa khusus untuk
memudahkan tidur. Saya tiupkan pada air untuk minum dan mandian bagi pesakit.
Selang beberapa hari Mak Teh datang semula untuk
mendapatkan rawatan ulangan. Saya berdoa agar beliau segera sembuh. Insya Allah...
Sekian coretan pada kali ini..
No comments:
Post a Comment