Assalamu’alaikum wwt.
Hidup di dunia ini merupakan cubaan. Ada dua jalan
terbentang di depan mata. Satu jalan kebaikan dan satu lagi jalan kejahatan. Untuk
selamat dan berbahagia di negeri akhirat nanti, pilihlah jalan kebaikan. Namun begitu,
jalan kejahatan selalu menggoda. Berapa ramai manusia yang tersesat jalan
dengan memilih jalan kejahatan.
Maksiat.itu Dosa dan Racun |
Cabaran hidup manusia di dunia ini penuh dengan
perjuangan. Secara fitrahnya manusia itu suci dan bersih tetapi perbuatan
maksiat akan mengotorkan fitrah tersebut. Ada empat cabaran utama manusia iaitu
DUNIA, MANUSIA, NAFSU dan SYAITAN. Manusia sering kalah dengan tipu daya dunia
yang bersifat sementara ini. Manakala manusia yang lain pula ada kalanya
mengajak ke arah berbuat maksiat. Sementara nafsu yang ada di dalam diri sering
membisikkan akan indahnya berbuat maksiat dan yang akhirnya ialah campur tangan
syaitan yang sentiasa memerangkap manusia untuk berbuat maksiat.
Tanpa kasih sayang Allah, sudah pasti ramai manusia
yang kalah dengan perbuatan maksiat. Sifat pengampun dan penyayang Allah
membuatkan manusia diberi beberapa peluang untuk membersihkan diri daripada
segala dosa maksiat.
Perbuatan maksiat banyak kesannya kepada diri manusia.
Menurut Ibnu Qayyim Al Jauzi, antara akibat daripada melakukan maksiat ialah :
1. Maksiat
menjauhkan diri daripada Allah.
Pada masa sekarang, ramai manusia mengadu diri mereka
menghadapi kesunyian samada mereka Muslim atau tidak. Bagi memecah kesunyian
tersebut, mereka mencari pelbagai bentuk hiburan yang hanya membuat hati mereka
gembira untuk waktu yang singkat. Seorang Muslim yang mencari hiburan adakala
terjerumus ke dalam lembah maksiat. Akibatnya, dia semakin jauh daripada Allah.
Hanya hidayah dapat menyelamatkan mereka ini.
2. Maksiat menghalang
momentum kita untuk terus taat kepada Allah.
Orang yang melakukan maksiat lebih cenderung melakukan
perkara-perkara yang tidak baik. Teman atau penasihat yang paling rapat dengan
mereka adalah syaitan. Syaitan menghasut manusia supaya derhaka kepada Allah.
Tidak mustahil adakala seorang yang kuat taatnya kepada Allah terjerumus dengan
hanya maksiat yang dilakukan.
3. Maksiat menghalang ilmu pengetahuan memasuki diri.
Ilmu diumpamakan cahaya. Hati akan menjadi hitam dan
gelap apabila kita banyak membuat maksiat. Maka, cahaya tidak akan masuk ke
dalam hati yang gelap.
4. Maksiat
menghalang rezeki.
Maksiat mengikis ketakwaan dalam diri seseorang.
Kesulitan dalam mencari rezeki adalah disebabkan kekurangan takwa. Rasulullah
bersabda; "Seseorang
hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." ( HR
Ahmad )
5. Maksiat
mendatangkan kesulitan dalam urusan hidup kita.
Sekiranya kita melihat diri kita dan orang-orang lain,
kita mendapati rasa keluh kesah dan sentiasa berasa sulit terdapat pada diri
kita. Oleh itu, kita seharusnya sedar perkara ini berpunca daripada maksiat
yang dilakukan samada sedar ataupun tidaka sedar. Ibnu Abbas r.a berkata, "Sesungguhnya
perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati,
kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang
ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan
badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk."
6. Maksiat
melemahkan hati dan badan.
Niat datang daripada hati. Perbuatan anggota badan
berpunca daripada niat. Kekuatan perbuatan adalah bergantung kepada kekuatan
yang ada pada hati. Hati boleh diumapamakan sebagai generator elektrik.
Sekiranya generator itu kuat, maka tenaga yang dihasilkan juga kuat.
Walaubagaimanapun, maksiat menyebabkan kekuatan yang ada melemah untuk
melakukan perkara yang baik dan amalan yang soleh. Sabda Rasulullah s.a.w : "..Ketahuilah
bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka
baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati."
7. Maksiat
memendekkan umur dan keberkatan hidup.
Orang yang menjauhi maksiat seperti para Salafus Soleh
dilimpahi keberkatan hidup. Mereka mengetahui bahawa maksiat menyebabkan diri
mereka jauh daripada keberkatan. Keberkatan hidup amat penting bagi setiap
manusia kerana panjangnya umur pada hakikat bukan pada jumlah bilangan usia
tetapi pada keberkatannya. Ini kerana keberkatan menjadikan manusia terus hidup
walaupun ajal sudah menjemput. Contohnya, Imam Nawawi yang dilimpahi keberkatan
terus hidup melalui sumbangan ilmiah yang dilakukannya.
8. Maksiat
menumbuhkan maksiat lain.
Dosa kecil yang muncul daripada maksiat seperti virus
atau bakteria yang menyerang badan manusia. Sekecil-kecil virus merebak ke
seluruh badan dan akhirnya menyebabkan kematian. Samalah sifat maksiat.
Sekecil-kecil maksiat sekalipun, ia akan menjadi pemetik bagi api maksiat yang
lebih besar. Contohnya disebabkan seseorang tidak menjaga pandangannya,
akhirnya dia terjerumus ke dalam maksiat zina.
9. Maksiat
mematikan bisikan hati nurani.
Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan
menguatkan kehendak hawa nafsu melakukan maksiat lain. Jika seseorang itu sudah
terbiasa melakukan maksiat, perasaan malu akan tercabut daripada dirinya dan
tidak memandang apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang buruk. Malah, dia
akan bangga melakukannya dan menceritakan kepada orang lain.
Moga-moga pada tahun baru 2015 ini
kita sematkan azam yang padu untuk berusaha menjauhkan perbuatan maksiat
semampu mungkin. Insya ALLAH.
http://fikrahislamik.blogspot.com/2010/11/kesan-melakukan-maksiat.html
Sumber : Akhbar majalah iluvislam bil 36
No comments:
Post a Comment