Saudara pembaca yang dihormati,
Hidup di dunia ini sebenarnya kita berkongsi alam
dengan makhluk-makhluk Allah yang tidak kelihatan dek mata kasar. Justeru,
kadang kala ada antara perlakuan kita yang boleh menyebabkan kemudaratan atau
kecederaan kepada makhluk-makhluk tersebut. Jika ini berlaku, tidak mustahil
makhluk-makhluk halus ini (jin / syaitan) akan bertindak balas.
Maka sejajar dengan hakikat tersebut, kita perlulah
sentiasa menjaga adab dan berhati-hati dengan setiap tindak tanduk dan perlakuan
kita. Dalam tulisan kali ini saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada para
pembaca agar mengamalkan petua-petua berikut untuk mengelakkan dari gangguan
jin, syaitan dan sihir. Insya Allah..
Petua Berguna
- Sentiasa berzikir kepada Allah.
- Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca “Isti’azah” atau membaca “Basmalah”. Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).
- Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.
- Apabila masuk ke bilik gelap, sebutlah “Basmalah”.
- Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah “Basmalah”.
- Apabila terjun dari tempat tinggi, seubutlah “Basmalah”.
- Jangan kencing ke dalam lubang, kerana ia tempat tinggal jin
- Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
- Jangan menyakiti anjing atau kucing.
- Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah diberi amaran selama tiga hari.
- Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.
- Mengamal bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, suran al-Nas dan ayat Kursi.
- Hidupkan suasana al_quran di dalam rumah. Menyebut zikir (لا إله إلا الله) seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membaca seratus kali: “Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”. maka antara fadilatnya ialah dipelihara daripaa syaitan pada hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari).
- Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf (118 – 119) dan surah Taha (69).
- Makan ubat tertentu seperti tamar (kurma). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari” (Mafhum hadis riwayat Bukhari).
- Sentiasa membenteng diri dengan amalan tiga Qul. Aishah r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan surah al-Nas kemudian membuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment