Assalamu’alaikum wwt.
Bertemu kembali pembaca
yang budiman.
Tulisan pada kali ini
berkisar mengenai simpulan (buhul) sihir. Sedikit sebanyak saya cuba mengupas
berkenaan dengan rahsia simpulan sihir..
Pengenalan:
Penyakit sihir merupakan suatu penyakit yang mistik dan diselubungi
misteri kerana penyakit ini melibatkan campur tangan jin dan ahli sihir. Sejarah sihir ini terlalu lama dan ada
dinyatakan di dalam al-Quran. Kita tentu mendengar akan kisah Nabi Musa as yang
berhadapan dengan tukang-tukang sihir di zamannya dan begitu juga kisah Harut
dan Marut yang mengajar ilmu sihir kepada manusia sebagai suatu ujian. Menurut pendapat
Syeikh
Salih bin Fauzan dalam kitabnya at-Tauhid “Dinamakan
sihir kerana terjadi dengan perkara yang sangat tersembunyi yang tidak dapat
dilihat dengan mata. Iaitu berbentuk azimat-azimat, jampi-jampi, pembicaraan-pembicaraan
ataupun melalui asap-asap. Sihir memiliki hakikat dan diantaranya berpengaruh
terhadap hati dan badan sehingga dapat menyebabkan sakit, terbunuh, dan
memisahkan antara suami isteri”
Kini penyakit sihir seolah-olah tiada penghujungnya. Saban hari akan
sentiasa ada manusia yang mempraktikan ilmu sihir dan akan ada pula yang
menjadi mangsanya. Sihir akan menganggu kehidupan normal manusia kerana
kebiasaanya perubatan moden gagal mengesan gejala penyakit ini. Singkat cerita, sihir ialah gangguan jin yang dihantar
, diatur ataupun dikendalikan oleh manusia yang mewarisi ataupun mempelajari
ilmu hitam bagi menganiaya manusia tanpa menyentuhnya.
Tulisan pada kali ini bukanlah hendak menghuraikan jenis-jenis ilmu
sihir dan penyakit akibat ilmu sihir, tetapi saya cuba menghuraikan rahsia
simpulan sihir yang terjadi. Simpulan sihir dapat diandaikan berupa
benang atau tali penghubung yang
bertindak sebagai kabel ghaib yang menghubungkan antara benda sihir (azimat, boneka
patung dll) sebagai pusat gelombang yang terhubung dengan target (pesakit) yang
saling
mengikat satu sama lainnya. Benda sihir yang diikat sering juga
langsung disebut sebagai simpulan (buhul).
Pada Surat Al-Falaq
dijelaskan “Katakanlah, Aku berlindung kepada
Rabb Yang menguasai Shubuh, dari kejahatan mahluk-Nya, dan dari kejahatan malam
apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang
menghembus buhul-buhul dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia
dengki”. [Al-Falaq: 1-5]
Pada pendapat saya, setiap penyakit mesti ada puncanya. Selagi tidak
ditemui puncanya, maka selagi itu penyakit sukar untuk sembuh. Apapun,
segalanya adalah atas izin Allah belaka.
Rahsia Simpulan
Sihir
Sedang melakukan sihir |
Ketika tukang sihir mempraktikan
sihir melalui boneka sihir ataupun
azimat dengan diletakkan gambar foto atau bahagian tubuh seseorang sebagai
target yang akan disihir lalu mengucap mantera sihir dan mengembuskan mantera
itu ke benda sihir, maka kerajaan jin mengutus pasukannya (jin) yang menanamkan
kabel penyambung sihir yang berawal dari benda sihir yang terhubung langsung ke
target. Biasanya kabel penyambung sihir ini dibawa oleh pasukan jin lalu pasukan
jin itu masuk kedalam tubuh manusia dan mengikatkan kabel sihir ini ke bahagian
tubuh tertentu. Jika ingin menguasai dan menyakiti seluruh tubuh manusia,
biasanya diikat masuk ke ubun-ubun dan terkunci di otaknya. Setiap simpulan sihir yang terhubung, ada
khodam penjaganya. Jika kabel sihir terlekat di kepala, maka di dalam otak
target ada khodam jin penjaga yang bertugas sebagai operator untuk menjaga gelombang
sihir agar sempurna menyakiti target. Pada kebiasaannya, khodam sihir inipun
diikat dengan simpulan sihir oleh pimpinan mereka agar tetap melaksanakan tugas
yang diberi dan jika engkar, maka hukuman berat akan menanti.
Ketika simpulan sihir sudah
sempurna terpasang, maka tukang sihir dapat melakukan sihirnya seperti menusuk
dengan jarum diperut maka target akan merasa sangat sakit diperutnya. Dengan penuh
konsentrasi, digambarkan seolah-olah perut target tersebut memang tertusuk
dengan jarum.
Kabel sihir ini adalah
semacam satelit yang akan memudahkan orang yang mengerahkan sihir mengendalikan
media tersebut sesuai dengan keinginannya. Kabel ini pada kebiasannya sangat sering menuju masuk ke dalam kepala. Hal ini demikiran kerana, di dalam kepala terletak otak yang mempunyai
saraf yang mengawal segala rasa dan pergerakan.
Jika si penyihir menginginkan agar target melakukan hal-hal yang
memalukan seperti jika tukang sihir ingin menyuruh target tertawa, maka
tertawalah target tanpa dapat dia tahan, atau jika tukang sihir ingin target
sakit maka akan sakitlah target.
Sihir jenis ini ibarat
sebuah stesyen radio atau television yang mempunyai gelombang yang akan bekerja
sesuai dengan siaran dari stesyen itu sendiri. Radio atau televisyen ini akan
terus berfungsi manakala “Stesyen pemancar” tetap ada. Oleh kerana itu, orang
yang menjadi korban sihir ini biasanya sangat sukar diubati oleh peruqyah yang
tidak mengetahui selok belok rahsia sihir. Oleh sebab itulah dalam beberapa
kes, ada pesakit yang sakitnya sembuh
sebentar lalu sakit lagi. Hal ini disebabkan jinnya habis dalam tubuh lalu
beberapa waktu kemudian masuk lagi jin yang baru. Sebab walaupun khodam penjaga
yang berada diotak dapat dihancurkan
atau dibunuh namun jika simpulan sihir atau kabel penyambung sihir masih
terpasang, maka tukang sihir akan tetap dapat melancarkan sihirnya kembali.
Maka untuk menghilangkan
secara sempurna sihir tersebut, tidak dapat tidak maka stesyen pemancar sihir
seperti patung dan azimat perlu dihancurkan, atau kabel pemancar gelombang
sihir harus diputuskan bahkan lebih dari itu alat atau bahan sihir yang ada
didalam otak penderita harus dibuang. Yang paling sukar dilakukan adalah
menghancurkan “stesyen pemancar” sebab biasanya berada ditangan tukang sihir
atau berada ditempat tersembunyi ( biasanya dikubur dalam tanah/disembunyikan
ditempat rahsia)
Memutuskkan Simpulan Sihir
Syaikh ‘Allamah Shalih bin Fauzan bin ‘Abdillah Alu Fauzan (seorang
Ulama Salafy yang sangat terkenal di Arab Saudi) yang menjelaskan bahawa simpulan
sihir harus dihancurkan agar sihir hilang atau tidak kembali lagi ke tubuh
pesakit. Ada DUA kaedah yang dapat dipraktikkan..insyaAllah.
Kaedah Pertama:
ini
merupakan kaedah yang paling utama iaitu Menemukan atau mengeluarkan simpulan-simpulan sihir dan menghancurkannya. Sebagaimana telah shohih dari Nabi Muhammad saw ketika baginda
terkena sihir, baginda meminta kepada Allah agar diperlihatkan tempat
buhul-buhul sihir itu. Maka Allah mengabulkan permohonan beliau. Lalu baginda
mengeluarkan buhul-buhul sihir itu dari dalam sumur. Maka ketika buhul-buhul
itu telah dikeluarkan, maka hilanglah pengaruh sihir pada diri Nabi, seakan-akan dilepaskan tali dari (ikatan) simpulnya.”
Kaedah kedua:
Melakukan ikhtiar pengubatan merawat sihir melalui ruqyah syariah berupa
doa-doa , zikir-zikir, dan membaca
ayat-ayat Qur’an seperti surat Al fatihah, surat
Al Ikhlash, surat An Naas, surat Al Falaq, dan surat-surat yang lain, dan
meniupkan dengan air ludah yang sangat sedikit (bukan meludah) kepada orang
yang diruqyah. Dengan idzin Allah pengaruh sihir itu akan hilang.
Sekian
dahulu daripada hamba yang fakir...salah dan silap harap dimaafkan.
Rujukan:
Malik Faisal (2011), Jampi
Jelmaan Al-Quran & Hadis. Membongkar Rahsia Alam Jin dan Sihir, PTS
ISLAMIKA Ssdn. Bhd.
Engku Ansaruddin Agus &
Dr. Mohd Azlee A. Mutalib (2012), Perangi Sihir. PTS Millenia Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment