Saudara pembaca yang dihormati..
Ajal dan maut sering mengintai
kita pada setiap waktu. Kita tidak tahu bila
hayat hidup kita akan berakhir. Detik kematian tidak mengira umur. Ada
yang muda mati dahulu daripada yang tua, ada yang sihat mati dahulu daripada
yang sakit dan sebagainya. Semuannya ini
adalah ketentuan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.
Alkisah..
Baru-baru ini semasa cuti sekolah pertengahan penggal
pertama, saya pulang bercuti ke rumah orang tua saya di Felda Cini 1. Saya
dikhabarkan oleh emak saya bahawa ada jiran yang meminta pertolongan saya untuk
merawat sakit misteri. Sakit misteri apakah gerangannya tidak tahulah saya
untuk mentaksirkannya. Dalam hal ini, saya tidak dapat lagi menghampakan
permintaannya kerana beliau berpesan sekiranya saya balik agar dapat
menolongnya.
Maka pada pagi itu saya bersama ibu saya pun
berkunjung ke rumahnya...
Rumah Pertama:
Saya diminta merawat seorang anak perempunya dalam
lingkungan 28 tahun yang suka berjalan tanpa haluan dan bercakap seorang diri.
Kadang-kadang pesakit mendengar suara bisikan yang mengajaknya berbual dan
memberi arahan. Tidur malamnya pun kadang-kala kerap terganggu dek suara
misteri tersebut. Sebelum merawat, saya mengajaknya berbual-bual dan sedikit sebanyak
mencungkil rahsia penyakit yang dihidapinya. Benarlah bahawa selama ini beliau
sering mendengar bisikan ghaib yang hanya beliau sahaja yang mendengarnya. Bila
orang lain melihat perihal keadaannya, sudah tentu beliau dituduh tidak siuman.
Kasihan gadis itu. Proses rawatan berlangsung dengan aman iaitu tidak
menunjukkan gejala agresif. Namun saya dapat menangkap isyarat bahawa ada
sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Seperti biasa, saya cuba menarik keluar
gangguan yang bersarang di dalam tubuhnya. Nampaknya ada sedikit perubahan dan
rawatan susulan perlu dilakukan bagi memastikan keadaannya benar-benar sembuh
dengan izin Allah..
Rumah kedua:
Selesai merawat gadis tersebut, saya diminta pula
menjenguk dan merawat jiran selang dua buah rumah dari rumah pertama. Tanpa
menghampakan permintaannya, saya bersama ibu saya berkunjung ke rumah kedua.
Hati saya tersentuh melihatkan pesakit lelaki (peneroka) yang telah terlantar
sakit selama 7 tahun tanpa boleh menguruskan diri sendiri, ibarat mayat hidup.
Ya, 7 tahun...agak lama derita yang terpaksa ditanggungnya akibat penyakit
stroke. Dikhabarkan oleh isterinya bahawa pesakit telah mendapatkan rawatan
daripada bomoh di Pekan, tetapi cara rawatannya agak pelik. Saya tidak mahu
mengulas lebih lanjut tentang rawatan tersebut. Dalam hati saya terdetik jika kematian itu baik baginya, maka lebih baik pesakit
ini pergi mengadap Ilahi...
Proses rawatan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat
Ruqyah Nabawiyah. Seluruh konsentrasi saya tumpukan sambil berserah kepada
Allah. Biarlah Allah jua yang menentukan kesudahanya kerana saya percaya Allah
yang menurunkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan penyakit. Diselang
seli dengan bacaan ruqyah, saya juga memakrifatkan menarik keluar semua
penyakitnya sama ada yang zahir mahupun yang batin malah lebih-lebih lagi jika
berpunca daripada gangguan jin dan syaitan. Selesai rawatan, saya pun pulang ke
rumah.
Sekembalinya saya pulang ke Bandar Jengka, saya tidak
berapa ingat lagi perihal pesakit lelaki itu. Seminggu berselang, saya mendapat
khabar duka bahawa pesakit lelaki itu telah pergi mengadap Ilahi. Innalillahi
wainna ilaihiroji’un.
Solat Jenazah... |
Bila mati baik baginya, biarlah dia pergi. ALFATIHAH
Ingatlah bahawa kita semua akan mati.
Sebenarnya MATI ITU SEKADAR BERPINDAH ALAM
Sekian sahaja coretan daripada hamba yag fakir.
No comments:
Post a Comment