Sambungan...
Keempat : Menghina Al-Quran
(dijadikan pelapik kaki)
Melalui kaedah keempat ini, tukang sihir melangkah
lebih jauh dengan amalan syirik untuk meminta bantuan para jin dan syaitan bagi
memenuhi hajat jahatnya. Melalui kaedah ini, tukang sihir melakukan ritual
untuk memanggil dan memiliki sejumlah pemuka-pemuka jin syaitan yang berikrar
dan berjanji untuk menjadi khadam kepada tukang sihir. Apa sahaja arahan si
tukang sihir akan dipatuhi tanpa banyak syarat.
Tukang sihir yang mengamalkan kaedah ini ternyata
telah melakukan kekafiran dan kesyirikan yang nyata terhadap Allah iaitu dengan
menjadikan al-Quran sebagai pelapik kakinya,
kemudian ia masuk ke tandas dan membaca jampi serapah syirik di dalamnya. Selepas itu
si tukang sihir kemudiannya keluar daripada tandas dan
terus masuk ke dalam bilik gelap dan menyuruh
jin syaitan yang bersangatan taat kepadanya melaksanakan hajatnya.
Dalam hal ini...jelaslah bahawa perlakuan tukang sihir
ini telah pun jatuh kufur kepada Allah dan dia adalah sekutu syaitan yang
terkutuk.
Kelima : Melalui
Penulisan Ayat Al-Quran dengan Najis
Melalui cara kelima ini, tukang sihir terlaknat akan menulis salah satu daripada surah di dalam al-Quran dengan
menggunakan darah benda-benda najis yang lain kemudian akan mengucapkan
jampi mentera syirik sehinggalah menjelmalah jin syaitan yang
dipanggilnya. Jin-jin tersebut
kemudiannya akan melaksanakan segala apa yang dikehendaki oleh tukang sihir.
Cara ini juga merupakan satu kekufuran yang nyata
kerana sangat jelas menghina ayat-ayat suci al-Quran atau surah-surah dalam
al-Quran yang mulia. Sangatlah rugi dan murah tukaran hidup si tukang sihir
ini.
Sekian. Jumpa lagi.
Rujukan:
Thibb Al-Idrisi Al-Ansari (Suatu
Kaedah pengubatan & Rawatan Menurut Islam)
oleh Syeikh Muhammad Rajab Akmal
bin Abdul Halim Al Idrisi.