Assalamu’alaikum wwt.
Saudara pembaca yang dirahmati Allah..
Berkenaan dengan penyakit ain, telahpun saya paparkan
dalam post terdahulu di bawah tajuk Penyakit Ain.
Tujuan saya menulis berkenaan penyakit ain (mata) ini
adalah kerana masih terdapat lagi insan yang suka mengirimkan gambar anak-anak
kecil mereka selepas lahir dalam laman sosial seperti ‘facebook’. MasyaAllah,
janganlah kita berbuat begitu kerana usia bayi yang baru lahir itu sangat
berisiko untuk terkena penyakit ain. Manakan tidak, keadaan fizikal dan jiwa bayi
tersebut amatlah lemah. Sudahlah lemah, dipertontonkan pula kepada khalayak
umum, maka dikhuatiri akan ada mata yang jahat dan niat yang dengki ataupun
kekaguman yang tidak disebut nama Allah terhadap bayi tersebut.
Gambar hiasan : Bayi sedang tidur |
Memanglah tujuan ibu bapa mengirimkan gambar bayi
tersebut adalah sekadar untuk memberitahu kepada umum akan kehadiran cahaya
matanya tetapi bimbang akan terkena pula penyakit ain. Risiko penyakit ain
ialah mungkin kesihatan bayi akan terganggu, sakit yang susah untuk sembuh,
sentiasa menangis tanpa henti dan sebagainya. Jadi sebelum mengirimkan gambar
bayi anda, fikir-fikirkanlah....
Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam
menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau MERAWAT.
Kaedah Mengelakkan
Al Ain
Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja,
letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati,
kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).
Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al
Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati
berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup
sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.
Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian
untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi bayi
yang baru lahir atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan
untuk upload gambar anak-anak anda.
Kaedah Merawat Al Ain
Antara kaedah yang mudah dan ringkas untuk merawat
bayi yang terkena penyakit ain ialah dengan memandikannya dengan air bekas wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith. Maksudnya;
Bersabit dengan hadith. Maksudnya;
Dari Abu Umamah
bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin
Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : “Aku tidak pernah melihat
(pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan
sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu
Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa
kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan
(kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan
menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku,
kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air
bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan
berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).
Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi
kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang
mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka
diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu (berserta doa), ditadahkan di dalam
bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena
ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar
bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.
Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas
dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.
Wassalam.
Sumber : FB Wan Asrul
Al-Aydrus
No comments:
Post a Comment