Salam sejahtera
buat pembaca yang dikasihi.
Setiap umat Islam pasti akan mendirikan SOLAT.
Bukankah solat itu tiang agama? Barangsiapa mendirikan solat bermakna dia
mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkan solat bermakna dia meruntuhkan
agama.
Kita lihat bahawa begitu besar ibadah solat yang telah
difadhukan ke atas umat Islam. Bahkan ibadah solat ini diterima secara khusus
oleh Baginda Rasulullah saw sewaktu peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Tentunya kita
percaya bahawa apa-apa sahaja yang dibawa oleh Rasul kita pasti membawa hikmah
yang besar dalam kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat.
Perkara utama ialah solat itu merupakan ibadah yang
wajid dikerjakan sebanyak LIMA kali sehari semalam. Setiap perlakuan dalam
solat itu mempunyai hikmah tersembunyi yang hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Setiap perlakuan solat tersebut sebenarnya telahpun dilakukan oleh para
malaikat yang meliputi dari Berdiri lurus, Rukuk, Sujud dan sebagainya.
Rahsia Sujud dalam
Solat
Sujud hanya kepada Allah |
Seorang Doktor di Amerika (Dr.
Fidelma) telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang di temuinya
di dalam penyelidikannya. Beliau amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga
tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Beliau adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat
yakin pengobatan secara Islam dan oleh sebab itu telah membuka sebuah klinik
yang bernama "Pengobatan Melalui Al Qur'an" Kajian
pengobatan melalui Al-Quran menggunakan ubat-ubatan yang digunakan seperti yang
terdapat didalam Al-Quran. Di antaranya seperti berpuasa, madu, biji hitam (Jintan
hitam) dan sebagainya.
Ketika ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk
Islam? Maka Doktor tersebut memberitahu bahwa sewaktu kajian saraf yang
dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini tidak
dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
cukup untuk berfungsi secara yang lebih normal.
Setelah membuat kajian yang memakan waktu akkhirnya
dia menemukan bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak
tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersolat iaitu ketika sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk
beberapa saat tertentu saja. Ini bererti bahawa darah akan memasuki bahagian
urat tersebut mengikut kadar solat lima waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan solat, maka
otak tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh karena itu kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganut agama
Islam "sepenuhnya" karena Sifat fitrah kejadiannya memang telah
dikaitkan oleh Allah dengan agamanya yang indah ini.
Kesimpulan :
Makhluk
Allah yang bergelar manusia yang tidak mendirikan solat walaupun akal mereka
berfungsi secara normal tetapi sebenarnya di dalam sesuatu keadaan, mereka akan
hilang pertimbangan di dalam membuat keputusan secara rasional. Justeru, kita
dapat lihat bahawa terdapat pelbagai masalah / gejala sosial yang melanda
masyarakat sekarang ini. Yakinlah bahawa dengan mendirikan solat yang betul
serta kusyuk, akan dapat mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan
mungkar. Ini mungkin berkaitan dengan aliran darah yang mengalir di otak ketika
sujud yang dapat membuatkan kita berfikir secara rasional akan baik atau buruk
sesuatu perkara. Wallahu’aklam.
Sekian,
mudah-mudahan info ini menyedarkan kita.
Sumber : National Geographic 2002 Road to Mecca