Wednesday, 26 November 2014

TERAPI GANGGUAN JIN




Assalamu’alaikum wwt..

Kembali lagi kepada permaslahan gangguan jin dalam kehidupan manusia. Perkara ini selalu diperkatakan kerana ada banyak pesakit yang mendatangi saya yang berasa rimas dan tidak selesa dengan gangguan jin. Apa tidaknya, kehidupan yang normal selalu diganggu oleh sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar. Ada pesakit yang mengeluh kerana mereka selalu melihat penampakan jin yang menakutkan mereka. Mereka berasa sangat ‘stress’  dan ketakutan kerana melihat rupa mereka yang menggerunkan, bahkan ada beberapa jin sihir yang dengan sengaja menyakiti tubuh pesakit. Contohnya, ada yang mengalami lebam-lebam di badan, ada yang berasa bahu dan pinggangnya sangat sakit dan sebagainya.

Penampakan JIn

Mengapa jin-jin tersebut mempunyai kekuatan untuk menyakiti dan menguasai manusia ? Padahal kita banyak membaca hadis bagaimana para sahabat berjaya mengalahkan jin ketika para jin tersebut mencuba mengganggu para sahabat nabi bahkan banyak kisah para sahabat nabi mampu membunuh para jin tersebut. 

Sebab utamanya adalah RASA TAKUT. Ya.. rasa takut.  Hal ini kerana apabila rasa takut menguasai diri manusia,  maka akan terbukalah benteng atau pendinding yang menghalang gangguan jin. Sebenarnya dengan izin Allah kita sudah memohon perlinduangan kepada Allah daripada gangguan jin dan syaitan  melalui pembacaan ayat-ayat ruqyah pembentengan. Paling kurang kita beramal dengan ayat al-Muawizat iaitu bacaan 3 Qul (surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an- Nas).

Rasa takut dan bimbang serta tidak yakin dengan pertolongan Allah akan membuatkan manusia tidak memegang kunci dalam pembentengan diri.  Marilah kita meneliti akan kaedah pembentengan diri yang betul.  Menurut Pengasas Akademi Rawatan islam Nur Ehsan (Akrine) Ustaz Abdul Majid Hasan, sebenarnya paling kurang  ada EMPAT perkara asas rahsia keberkesanan dalam meruqyah diri sendiri dan pesakit iaitu :
  1. NIAT (keinginan hati) 
  2. DOA (Keikhlasan, keyakinan dan ketakwaan kepada Allah SWT)
  3. RUQYAH (Ayat suci Al-Qur’an dan Hadis). 
  4. TEKNIK ( Beragam cara rawatan seperti tepuk, meniup, dll.)
Walaupun kita sudah membaca Ruqyah dan mempunyai Niat namun mereka tidak mempunyai doa iaitu keyakinan bahawa Allah akan menolong mereka nescaya kita tetap digoda dan dipengaruhi oleh syaitan karena ketakutan dan kebimbangan terhadap gangguan syaitan mengalahkan keyakinan hati mereka kepada Allah bahawa Allah Taala akan menolong mereka. Maka agar kita mempunyai kekuatan mengalahkan para jin-jin tersebut rahsianya adalah Niat, Doa, Ruqyah dan Teknik.

Menghadapi Jin Yang Menampakkan Dirinya

Yang harus dilakukan pesakit adalah harus BERANI dan YAKIN akan pertolongan Allah!
Keberanian disertai dengan yakin kepada Allah pasti dapat mengalahkan jin walau bagaimana rupa penampakan mereka. Adakah anda berani dan yakin? Dua perkara inilah yang susah untuk dipraktikkan termasuklah saya sendiri.

Ketahuilah jika jin-jin menampakkan dirinya di alam manusia, sebenarnya para jin itu sudah mengerahkan energi tubuhnya dalam tingkatan yang besar. Sebenarnya ketika mereka berusaha menampakkan dirinya ada beberapa kaedah khusus iaitu:
  1. Membentuk kekuatan Niat. Para jin ketika ingin berubah bentuk atau rupa, meraka akan membentuk kekuatan niat dalam hati mereka disertai dengan visualisasi (membayangkan bentuk tertentu yang mereka inginkan). 
  2. Mereka mempunyai gerakan khusus (jurus-jurus) dan teknik nafas khusus yang harus dilakukan agar dapat merubah bentuk tubuh mereka di alam manusia. 
  3. Mereka juga mempunyai mentera-mentera tertentu yang harus diucapkan 
  4. Mereka  meminta bantuan dari kalangan jin sihir ghailan yang mempunyai teknologi alam jin tingkat tinggi yang membantu mereka untuk dapat menampakkan diri ke alam manusia. 

Empat perkara inilah yang umumnya akan membuatkan bangsa jin dapat menampakkan dirinya di alam manusia. Ketika mereka masuk ke alam  manusia dengan mengambil wujud bentuk seram dan menakutkan adalah salah salah satu teknik agar membuat takut manusia, padahal sebetulnya mereka sudah sangat lemah ketika diajak bertarung.

Menurut Ustaz Perdana Ahmad dari Quranic Healing, mengatakan ada diantara pesakit yang mengadu kepadanya bahawa mereka selalu melihat kelibat atau bayangan hitam disamping kiri atau kanan tubuh mereka lalu hilang dan mereka ketakutan dan  bingung apa yang harus dilakukan. Maka beliau menganjurkan mereka untuk berani dan segera bertakbir lalu harus secara reflek dan cepat memukulkan atau menebaskan tangan kita ke arah kelibat yang kita lihat. Teknik ini banyak berhasil dengan membuat jin ketika mereka muncul dengan tepat tangan kita reflek menebas atau memukul mereka akan terpelanting bahkan terbelah tubuh mereka. Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya kalangan jin akan segera menemui kematian jika tangan kita dengan tepat mengenai tubuh mereka.

Menurutnya Ustaz Perdana Ahmad lagi, bahawa ada juga pesakit sihir ketika mahu tidur melihat sosok jin yang berbulu dan dengan rupa yang  menakutkan hendak mencekiknya.  Alhamdulillah ketika keberanian mereka timbul maka bertakbirlah lalu tendanglah jin tersebut. Boleh juga  menyiapkan batu atau benda keras atau tajam lainnya dan pukulkan ke arah jin tersebut. Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya teknik ini akan membuat jin yang menyerupa tadi mati sebab tubuhnya hancur dipukul benda keras atau putus ditebas benda tajam. Tubuh mereka sesungguhnya sangat lemah. Wallahi sangat lemah! Ketika kita memukul tubuh jin itu bagaikan bantal kekabu yang sangat lembik. Menurutnya lagi beliau pernah diceritakan oleh paman beliau (mantan praktisi TD) bahawa paman saya ini pernah berkelahi dengan jin di rumah sakit ketika dia hendak tidur ada yang memukul tubuhnya dan anehnya dia tidak merasakan sakit, lalu dia balas memukul dan dia merasakan pukulannya sangat mudah untuk merusak tubuh jin tersebut dia merasakan bagaikan memukul agar-agar, dia sama sekali tidak menggunakan tenaga dalam cukup tabir dan melakukan pukulan dan tendangan.

Jika Hanya Pesakit Yang Melihat Jin

Biasanya saya lebih suka menggunakan Teknik Kembara dan Rawat (TKR) untuk mencari punca gangguan jin sama ada di rumah pesakit atau di dalam diri pesakit. Melalui gabungan Niat, Doa, Ruqyah dan Teknik biasanya usaha ini dimakbulkan oleh Allah. Ketika kita meruqyah tiba-tiba pesakit melihat gambaran melalui mata batinnya akan adanya jin yang berada di sekitar rumah, berada didekat tubuhnya, berada ditempat tertentu maka kita memberi arahan kepada pesakit untuk membaca doa-doa yang disyari’ahkan. Jika pesakit tidak hafal maka kita ajar pesakit untuk mengikuti doa yang kita baca sambil mengajak pesakit membentuk kekuatan niat untuk menghancurkan jin tersebut.

Boleh juga jika pesakit mempunyai keazaman dan keberanian untuk mencari punca sihir melalui dalam tidur (mimpi). Pesakit bermohon kepada Allah dengan doa-doa khusus maka jika diizin Allah, akan ditunjukkan jin-jin yang mengganggunya selama ini. Maka pada saat itu pesakit harus berani memusnahkan jin-jin tersebut. Namun, berapa ramai yang berani? Semuanya berharap kepada perawat untuk menyelesaikan masalah gangguan jin di tubuh mereka. Sebenarnya saya agak malas untuk menjadi wakil kepada pesakit untuk membantu mengesan masalah di dalam teknik tidur (mimpi) ini. Ada banyak lagi kerja yang perlu saya lakukan. Sebaik-baiknya pesakit sendiri yang membuatnya.


Wallahua'lam.........semua terjadi atas kehendak dan izin dari Allah Ta'ala..........

Rujukan:

Sunday, 23 November 2014

TEKNIK BERTEMPUR DENGAN JIN



Assalamu’alaikum wwt.

Manusia umumnya takut kepada jin. Dalam kalangan bangsa Melayu, biasanya jin itu dipanggil hantu. Ada berbagai-bagai nama panggilan jin atau hantu itu seperti hantu raya, pocong, pelesit, pontianak, jin tanah, jin air dan sebagainya.  Jin itu digambarkan sebagai makhluk yang menakutkan dan boleh memudharatkan manusia. Benarkah begitu? 



Info pada kali ini adalah berkaitan dengan beberapa peristiwa tentang tindak tanduk jin yang mengganggu manusia. Tahap gangguan jin terhadap manusia tidak mengira sesiapa hatta sehingga kepada Rasulullah saw sendiripun diganggu. Apatah lagi kita  sebagai manusia biasa, pasti tidak terlepas daripada gangguan jin. Namun begitu, peristiwa jin mengganggu Rasulullah saw dan beberapa orang sahabat baginda sebenarnya mengajak kita berfikir dan mengambil iktibar akan tipu daya jin dan bagaimana untuk mengalahkan jin tersebut..



Ikuti seterusnya.....



1. KISAH PERTEMPURAN RASULULLAH DENGAN JIN

Kisah Baginda Bertempur dengan Jin ketika Israk Mikraj

Ketika  baginda Rasulullah bersama Malaikat Jibrail dalam peristiwa Israk dan Mikraj dengan mengendarai Buraq, tiba-tiba Rasulullah melihat Ifrit dari bangsa Jin yang mengejar baginda dengan semburan (energi) api, setiap baginda menoleh, baginda melihat Ifrit itu terbang mengekori untuk membinasakan Nabi dengan terus-menerus menyemburkan (energi) Api dari peralatan obor yang dibawah Jin Ifrit itu. Kemudian Jibril berkata: "Tidakkah aku ajarkan kepada anda beberapa kalimat, jika anda baca maka akan memadamkan apinya dan terbalik kepada wajahnya lalu dia binasa (hancur lebur)?" Kemudian Jibril AS memberitahukan doa tersebut kepada Rasulullah.

Doanya (kalimat sempurna/sakti):


 
Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.

Setelah Nabi Muhammad saw. membaca doa tersebut, maka jin Ifrit yang mengejar beliau jatuh tersungkur lalu binasa dan obornya padam.(HR. Bukhari)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah
  •  Jin dapat terbang 
  •  Jin  mempunyai teknologi canggih di alamnya (Obor yang boleh menyemburkan api yang dapat membakar tubuh manusia) 
  •  Jibril menjadi ‘Guide’ Rasulullah yang mendampingi beliau lalu memberikan petunjuk dan arahan pada Baginda Nabi ketika bertempur dengan Jin Ifrit 
  •  Doa dapat menjadi senjata untuk menghancurkan jin

Rasulullah bertempur dengan jin ketika Sholat

"Sesungguhnya syaitan merintangiku dan berbuat kasar kepadaku untuk mengganggu solatku, namun aku diberi kekuatan oleh Allah untuk mengalahkannya hingga aku pun mencekiknya. Sungguh muncul dalam diriku keinginan untuk mengikatnya pada salah satu tiang di masjid hingga pagi agar kamu dapat menyaksikannya. Namun tiba-tiba aku teringat ucapan saudaraku, Sulaman, "Ya Tuhanku ampunilah aku dan berikanlah aku kerajaan yang tak layak buat seorangpun sesudahku" (QS Shad:35, Sy). Maka Allah pun menolaknya dalam kehinaan ". (HR Al Bukhari dan Muslim. Lihat shahih Al Bukhori Juz 1 Halaman 209 dan shahih Muslim Juz 1 Halaman 242)

An-Nasa`i meriwayatkan atas syarat (perawi) al-Bukhari, dari Aisyah radhiyallahu 'anha: 'Sesungguhnya Nabi  shalat, lalu syaitan datang, maka baginda memegangnya, menjatuhkannya, lalu mencekiknya. Rasulullah saw. bersabda: (maksudnya)
'Hingga aku merasakan dingin air liurnya di atas tanganku. Kalau bukan kerana doa nabi Sulaiman  niscaya ia tetap diikat hingga orang-orang melihatnya.'[1] Dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari hadits Abu Sa'id t, dan padanya: 'Aku menurunkan tanganku, aku tetap mencekiknya hingga aku merasakan dingin air liurnya di antara dua jemariku ini yaitu jempol/ibu jari dan yang di sampingnya (telunjuk).'

"Rasulullah SAW berdiri melakukan shalat lalu kami dengar beliau mengatakan "Aku berlindung kepada Allah darimu". Setelah itu beliau mengatakan: "Aku melaknat kamu dengan laknat Allah" sebanyak tiga kali seraya menjulurkan tangannya seakan akan beliau menggapai sesuatu. Ketika beliau telah selesai shalat, kami bertanya: "Ya Rasulullah, tadi kami mendengar engkau mengucapkan kata - kata yang belum pernah kami dengar dari engkau mengucapkan itu sebelumnya dan kami pun melihat engkau mengulurkan tanganmu". Rasullullah SAW bersabda: "Sesungguhnya musuh Allah, iblis datang membawa obor api hendak diletakkan diwajahku, lalu aku berkata: "Aku laknat engkau dengan laknat Allah yang sempurna". maka iblispun mundur sebanyak tiga langkah. Aku bermaksud menangkapnya. Demi Allah sekiranya bukan karena doa saudaraku Sulaiman, niscaya pagi harinya ia benar - benar terikat dan dapat dijadikan mainan anak - anak Madinah". (HR Muslim Juz 1 Halaman 244)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah :
  • Jin dapat mengganggu manusia ketika solat 
  •  Jin dapat dikalahkan dalam pertempuran jarak dekat 
  •  Jin dapat disakiti / dicekik 
  •  Air liur Jin itu dingin 
  •  Sahabat Nabi tidak melihat bahawa Baginda sedang berkelahi dengan jin (jinnya berbentuk ghoib) maka manusia boleh menyakiti jin walaupun jin berwujud ghoib. 
  • Iblis dapat membakar manusia dengan energi api 
  •  Doa ruqyah yang dibacakan dapat membuat Iblis mundur dan terkalahkan. 
  •  Jin dapat diikat dan dapat dilihat manusia hingga dapat menjadi mainan anak-anak Madinah

2. KISAH PERTEMPURAN SAHABAT DENGAN JIN

Ubay bin Kaab dan Abu Hurairah menangkap  Jin pencuri

Dari Ubay bin Kaab RA, dahulu mereka memiliki suatu wadah atau bekas tempat mengeringkan kurma. Di dalam wadah itu terdapat biji kurma. Pada suatu hari mereka mendapati jumlah kurma di dalamnya berkurang. Maka pada suatu malam mereka menjaganya dan tiba-tiba ada suatu makhluk seperti seorang anak yang berumur baligh. Lalu akupun memberinya salam dan ia menjawabnya. Aku berkata, “Engkau manusia atau jin?” Makhluk itu menjawab, “Jin.” Aku berkata“ Perlihatkanlah tanganmu!” Ternyata tangan itu adalah tangan anjing dan rambutnyapun rambut anjing. Aku berkata, “Beginikah bentuk jin?” Jin itu menjawab, “Engkau telah mengenal bentuk jin,tetapi diantara mereka ada lagi yang lebih menakutkan dariku.”Aku bertanya, “Mengapa engkau mencuri?” Jin itu menjawab, “Aku mendengar bahwa engkau adalah orang yang gemar bersedekah, karena itu, aku ingin mendapatkan sebahagian dari makananmu.” Aku bertanya, “Apa yang dapat menghalangi kalian (golongan jin) dari mengganggu kami?” Jin itu menjawab, “Ayat Kursi.” Setelah itu, akupun meninggalkannya, dan keesokan harinya aku mendatangi Rasulullah SAW dan menceritakan perihal tersebut. Lalu beliau Rasul bersabda, “Makhluk buruk berkata benar”. (HR Ibnu Hibban)

Sahabat Nabi saw., Abu Hurairah as., menceritakan bahwa beliau ditugaskan oleh Rasulullah saw untuk menjaga zakat pada bulan Ramadan. Pada suatu malam, ia kedatangan seorang yang merangkak untuk mengambil makanan. Abu Hurairah menangkapnya sambil berkata, "Demi Allah, engkau pasti kubawa kepada Rasulullah saw." Yang ditangkap itu berkata, "Aku perlu dan aku mempunyai anak-anak (keluarga)." Maka, Abu Hurairah melepaskannya. Peristiwa serupa terulang, dan pada malam ketiganya Abu Hurairah berkeras membawanya kepada Rasulullah saw. Yang ditangkap itu mengimbau sambil mengajarkan kepada Abu Hurairah agar membaca ayat Kursi sebelum tidur supaya terpelihara dari gangguan syaitan. Keesokan harinya Nabi saw. bertanya kepada Abu Hurairah apa yang dialaminya semalam, dan setelah dijelaskannya, Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya ia telah berucap benar kepadamu, walau sebenarnya dia pembohong. Tahukah engkau siapa yang engkau ajak berbicara sejak tiga malam?" "Tidak!" (jawab Abu Hurairah). Sabda Nabi saw., "Itulah syaitan."

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah :
  • Jin dapat ditangkap 
  •  Jin dapat menjadi pencuri di alam manusia 
  • Wujud jin sangat jelek (tangannya seperti anjing dan rambutnyapun seperti rambut anjing) 
  •  Ayat Kursi bisa mengusir jin.

Khalid bin Walid membunuh Jin Uzza

Dari Abu Al-Thufail, beliau bercerita, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menaklukkan kota Mekah, beliau mengutus Khalid bin al Walid ke daerah Nakhlah, tempat keberadaan berhala ‘Uzza. Akhirnya Khalid mendatangi ‘Uzza, dan ternyata ‘Uzza adalah tiga buah pohon Samurah. Khalid pun lantas menebang ketiga buah pohon tersebut. Ketiga buah pohon tersebut terletak di dalam sebuah rumah. Khalid pun menghancurkan bangunan rumah tersebut. Setelah itu Khalid menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan melaporkan apa yang telah dia kerjakan. Komentar Nabi, ‘Kembalilah karena engkau belum berbuat apa-apa.’ Akhirnya kembali. Tatkala para juru kunci ‘Uzza melihat kedatangan Khalid, mereka menatap ke arah gunung yang ada di dekat lokasi sambil berteriak, “Wahai ‘Uzza. Wahai ‘Uzza.” Khalid akhirnya mendatangi puncak gunung, ternyata ‘Uzza itu berbentuk perempuan telanjang yang mengurai rambutnya. Dia ketika itu sedang menuangkan debu ke atas kepalanya dengan menggunakan kedua telapak tangannya. Khalid pun menyabetkan pedang ke arah jin perempuan ‘Uzza sehingga berhasil membunuhnya. Setelah itu Khalid kembali menemui Nabi dan melaporkan apa yang telah dia kerjakan. Komentar Nabi, “Nah, itu baru ‘Uzza.” (HR. An-Nasa’I, Sunan Kubro no. 11547, jilid 6 hal. 474, terbitan Darul Kutub Ilmiyyah Beirut, cetakan pertama 1411 H.)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah :
  • Tuhan-tuhan yang disembah selain Allah adalah Jin 
  • Pohon-pohon yang dikeramatkan itu tempat tinggal jin 
  • Jin ada yang berjenis kelamin perempuan 
  • Manusia bisa membunuh jin dengan pedang

Ammar bin Yasir berkelahi dengan jin lalu membunuhnya

Al-imam Baihaqy meriwayatkan sebuah hadits dari al-Hasan, bahwasanya 'Ammar bin Yasir berkata,"Aku ikut bersama Rasulullah saw pernah memerangi jin dan manusia." Seseorang bertanya kepadanya tentang memerangi jin, dan 'Ammar bin Yasir menjawab,"Rasulullah saw mengirimku ke suatu sumur tempat beliau saw mengambil air. Lalu aku MELIHAT SYAITAN DALAM BENTUKNYA. Dia menyerangku dan akupun menyerangnya, sehingga kami terlibat dlm pergulatan. Suatu saat aku menghantam hidungnya dengan batu sekepalan tangan yang kutemukan.

" Nabi saw mengatakan,"Ammar bertemu dengan setan di sumur, dan dia membunuhnya." Ketika aku kembali, Rasulullah saw bertanya kepadaku, dan akupun menceritakan apa yang kualami. Saat itu Abu Hurairah ra berkata,"Ammar bin Yasir mendapat pahala dari Allah dengan mengalahkan setan menurut ucapan Rasulullah saw."

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah :
  • Jin akan terluka jika dipukul dengan benda-benda alam manusia 
  •  Jin boleh mati terbunuh oleh manusia 
  • Manusia bisa melihat jin pada keadaan tertentu.

KESIMPULAN

Umumnya kita takut kepada jin (syaitan) yang menampakkan  diri. Padahal pada saat jin itu menampakan diri adalah saat ia dalam posisi lemah. Kenapa? Kerana jin itu mahluk ghaib yang tidak terlihat mata. Pada saat ia menampakan diri pada manusia maka berlakulah hukum alam nyata (non ghaib) iaitu jika di pukul sakit, malah boleh dibunuh.

Contoh hadis diatas banyak menceritakan kisah pergelutan sahabat dengan jin yang membuktikan bahawa saat jin menampakan diri adalah saat terlemah dia. Kisah-kisah itu antara lain, Umar bin khatab yang mengalahkan jin dalam suatu pergelutan. Kisah ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud. Abu Hurairah pernah pernah bergelut dan memukul jin yang mencuri kurma (HR Bukhari).

Abu Ayub al-Anshari  juga pernah menangkap jin yang awalnya berbentuk kucing. kisah ini di riwayatkan Ath Thabrani. Bahkan salah seorang pemuda sahabat nabi dapat membunuh jin yang berbentuk ular (HR Muslim).

Pertanyaannya adalah Jika jin dapat dikalahkan bahkan dibunuh ketika mereka menampakkan diri maka apakah para sahabat nabi itu dapat menangkap atau membunuh jin jika si jin itu tidak menampakan diri? Jawabannya tentu saja ya kerana walau mereka tidak dapat melihat jin saat ada di alamnya tetap dapat dikalahkan bahkan dibakar dengan ayat-ayat Allah. Selain itu walaupun jin sedang berwujud ghoib tetaplah dapat disakiti oleh benda-benda di alam manusia. Sudah mahsyur diketahui oleh para ulama bahawa jin dapat tersakiti oleh air panas, batu yang dilemparkan yang tanpa sengaja terkena jin, kita tanpa sangaja menduduki jin, mengencingi jin, ketika jin tersebut berwujud ghoib (tidak terlihat mata manusia).

Selain itu jin juga dapat kita hancurkan dan disakiti walaupun jin tersebut sangat jauh berada dari tubuh kita, sebagaimana Rasul mengalahkan jin yang mengejar baginda dari jarak jauh dengan kalimah Tammah/sakti yang diajarkan Jibril AS.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini...saya berharap akan ada keberanian dalam diri setiap manusia untuk menentang dan menangkis setiap kejahatan jin yang berwujud ghaib. Pasti dengan izin Allah makhluk jin yang jahat dapat dikalahkan asalkan kita mempunyai ilmu dan keberanian.

Sumber asal: