Showing posts with label Terapi Bekam. Show all posts
Showing posts with label Terapi Bekam. Show all posts

Monday, 6 October 2014

ISTIQAMAH BERBEKAM UNTUK MENGHIDUPKAN SUNAH



Bekam Sunnah Thibbun Nabawi

Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu 1400 tahun dahulu menggunakan kaedah sayatan pisau bekam. Kaedah bekam thibbun nabawi ini memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang cerah, merawat kebas kaki, merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga masalah pening kepala serta sihir.

Tubuh yang sihat dan otak yang cerdas adalah faktor penting dalam hidup seorang individu demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka. Namun begitu, jika terlalu banyak kotoran atau toksid akan menyebabkan Statis Darah (Penyumbatan Darah), dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal mahu pun mental seseorang. Akibatnya seseorang itu akan merasa malas, murung, sering mengeluh kurang sehat, mudah bosan, dan selalu merasa tertekan. Hal ini akan lebih parah lagi dimana seseorang akan terganggu emosinya, jika banyak terdapat angin dalam darah yang susah dikeluarkan sehingga perlu mendapat perawatan kejiwaan.

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun ) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi umat Islam dan manusia amnya.

Oleh itu, kami menawarkan khidmat berbekam kepada anda semua.... hubungi saya segera untuk temujanji


Darah kotor dan toksid dikeluarkan melalui bekam

Keutamaan Bekam

  • Kaedah bekam sunnah perlu ada proses melukakan kulit dan juga proses pengeluaran darah. 
  • Amalan berbekam yang istiqomah mampu meningkat sistem imun badan umat Islam. Tiada gunanya mengamalkan bekam seumur hidup sekali jika tidak disertai konsep istiqomah Rasulullah SAW iaitu sebulan sekali. 
  • Mampu meningkatkan prestasi organ dalaman. 
  • Menghindari penyakit berat 3 serangkai seperti penyakit jantung,kencing manis dan darah tinggi. 
  •  Merawat dengan efektif segala jenis penyakit baik penyakit sihir mahupun penyakit klinikal asalkan disertai dengan pemakanan konsisten herba sunnah seperti madu/habbatus sawda.Meningkatkan taraf kesihatan fizikal umat islam. 
  • Bila fizikal umat islam sihat dan bebas penyakit, maka umat islam itu sendiri boleh fokus dalam segala amal ibadat. 
  • Meningkatkan kekuatan fizikal umat islam supaya menjadi umat islam yang kuat dalam segala aspek kehidupan mahupun di medan perang kelak. 
  • Punca aliran tidak lancar atau tersumbat adalah dari komposisi darah beku (stagnan blood). Semasa proses berbekam,adakalanya jurubekam menunjukkan pada pesakit darah kotor yang keluar pada cawan bekam. Darah kotor tersebut dalam bentuk pepejal atau jelly, itulah namanya komposisi darah beku (stagnan blood) yang menyumbat pembuluh darah selama ini. Jika komposisi darah beku ini banyak di bahagian kepala maka terjadilah penyakit migrain iaitu aliran darah di bahagian organ kepala sangat-sangat terganggu.


Khasiat Bekam 

  • Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang. 
  • Memperbaiki aliran pembuluh darah.Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot. 
  • Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris. 
  • Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi. 
  • Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun. 
  • Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita. 
  • Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang. 
  • Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis. 
  • Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung. 
  • Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur. 
  • Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit. 
  • Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah. 
  • Bermanfaat mengatasi keracunan. 
  • Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
  • Membantu membuang angin dalam badan, Melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

Kebanyakan orang yang berbekam menyatakan tubuh mereka terasa jauh lebih ringan, hal ini disebabkan peredaran darah menjadi lebih lancar setelah darah statisnya (penyumbatan darah dikeluarkan. Darah tersebut berwarna hitam pekat dan menggumpal seperti marus (darah yang diendapkan beberapa waktu).

Sebahagian kecil penyakit yang Insya Allah dapat dipulihkan adalah sebagai berikut:

  • Kegemukan 
  • Penyakit kaki gajahSa
  • Sakit pinggang 
  • Sakit perut 
  • Sembelit 
  • Gangguan jantung 
  • Radang perut 
  • Alergi makanan 
  • Sengal tulang 
  • Sesak nafas atau Asma 
  • Insomnia 
  • Kejang otot 
  • Kencing manis 
  • Pusingan haid tidak teratur 
  • Masalah Ginjal 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Sakit lutut dan sendi 
  • Sakit kaki 
  • Sakit tulang belakang 
  • Stroke / Angin Ahmar 
  • Gout 
  • Rheumatik 
  • Kedatangan haid tidak teratur 
  • Membaiki peredaran darah 
  • Pembuluh darah sempit atau tersumbat 
  • Sakit bahu dan tengkuk 
  • Kurang daya ingatan atau Fokus

 Dan masih banyak penyakit-penyakit lain yang tidak diketahui kecuali Allah semata-mata. Dia lah Yang Maha Penyembuh

Orang yang Tidak Boleh Dibekam

  • Orang yang dalam keadaan kenyang perutnya, kerana darah sedang berada di pencernaan dan bekerja mencerna makanan. Bila dilakukan pembekaman akan berakibat pusing bahkan pengsan. 
  • Orang yang kondisi tubuhnya kekurangan cairan dan darah, secara fisik kelihatan sangat kurus dan lemah. 
  • Orang yang kekurangan energi, bila dilakukan pembekaman akan terasa pusing dan sesudah dibekam akan terasa tidak nyaman bahkan sakit-sakit dari pembekamannya.


Titik-titik Yang Dilarang Bekam


  • Lubang-lubang alami seperti Mata, Hidung, Payudara, Anus. 
  • Pada kulit yang terkena iritasi. 
  • Pada persendian, karena ada cairan pelumas sendi yang dapat tersedot bila dibekam. 
  • Pada titik yang sama selama kulitnya belum sembuh dan siap dibekam lagi.  
  • Pada Kulit yang terkena Infeksi berat.


Waktu Berbekam Yang Baik

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda :
” Barang siapa berbekam pada 17, 19 dan 21 haribulan Hijriyah, maka hari itu adalah hari-hari yang menyembuhkan penyakit”

Nabi SAW bersabda:
“Lakukanlah hijamah atas barakah dari Allah pada hari Khamis. Hindarilah hari Jum’at dan Sabtu serta Ahad untuk hijamah. Tapi lakukanlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana hari itulah Allah menyembuhkan Ayub dari penyakitnya. Jauhilah hari Rabu karena pada hari ini Ayub ditimpa penyakit. Juga tidak muncul penyakit kusta kecuali pada hari Rabu atau malam Rabu.”

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa amalan berbekam yang istiqamah dapat membangkitkan kesegaran dalam tubuh badan kita. Berbekam juga dapat membantu membuang unsur-unsur sihir yang berpunca dari ganguan jin dan syaitan. Sesunguhnya darah kotor adalah makanan syaitan. Apabila darah kotor di buang maka keluarlah syaitan tersebut dari dalam badan manusia dengan izin Allah.

Selain itu, amalan berbekam juga dapat membuang kesan racun, toksik, lendir dan angin dalam tubuh badan kita, dimana menjadi salah satu punca kebangkitan penyakit dalam badan manusia. Malah apa yang menariknya, amalan berbekam boleh menjadikan wajah seseorang itu lebih cantik dan menawan serta berseri-seri malah kulit menjadi lebih halus, cantik dan menarik.

Berbekam dapat menjadikan fikiran kita tenang dan lapang selalu dan dapat menjadikan badan kita terasa lebih ringan dan selesa. Daya ingatan seseorang menjadi lebih cerdas dan kuat. Penglihatan seseorang yang amalkan berbekam akan menjadi terang dan jelas. Sendi-sendi badannya akan menjadi lebih kuat, segar dan sihat.

Berbekam tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan pada pengamalnya. Malah dapat memberi kesan yang baik pada kesihatan seseorang itu pada zahir dan batin.

Seseorang yang mengamalkan bekam adalah orang yang menegakkan Sunnah Rasullullah SAW. Sabda Rasulullah SAW ; "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Muslim)

Jom hidupkan sunnah dengan berbekam... jimat kos tetapi berbaloi

Thursday, 17 April 2014

BEKAM



Assalamu’alaikum wwt.
Tulisan kali ini berkisar tentang amalan bekam atau hijamah. Ikutilah info secara ringkas mengenai bekam ini...

 
Bekam Sunnah

Apa itu Bekam atau Hijamah?
Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. Tukang bekam dipanggil pembekam atau hajim. Istilah pembekam adalah homonim yang membawa maksud: orang yang melakukan kerja membekam; atau alat untuk membekam. Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan bekam ialah cupping.

Jelaslah bahawa bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap (vacuum), kemudian melakukan sayatan nipis (hirisan) atau tusukan jarum halus pada permukaan kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah.

Proses Bekam:
Prosese pengubatan bekam mempunyai 3 peringkat iaitu:
1.      Penyedutan
2.      Penyayatan
3.      Pengeluaran darah

Sejarah Bekam
Ada pendapat yang menyatakan penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Lut a.s. Kaum Nabi Luts a.s apabila ada orang asing lalu di kawasan mereka, mereka akan melempari kepala orang itu dengan batu sehingga mengalirkan darah. Selepas itu mereka akan mendatangi orang tersebut dengan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang mereka keluarkan. Ini membuktikan penggunaan bekam sebagai cara pengubatan telah digunakan sejak zaman itu sehingga zaman Rasulullah s.a.w dan pada masa kini.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu’jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammmad s.a.w mengenai saranan berbekam ini.

Hadis-hadis Nabi berkaitan bekam:

Pertama:
Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al- Baihaqi: “ Hari yang baik untuk kamu berbekam padanya ialah 17, 19 dan 21”. Dan sabda Baginda seterusnya : Aku tidak lalui pada malaikat-malaikat (yang ditermui) pada malam aku diisra’lam kecuali mereka mengatakan “Hendaklah kamu berbekam wahai Muhammad”.

Kedua:
Hadis riwayat Bukhari : “Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu, torehan alat bekam, al-khayy (bakar dengan api) sesungguhnya aku melarang umatku dari khayy.”

Ketiga:
Hadis riwayat At-Tabarani : “ Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.”

Pendapat Pakar tentang Bekam
 
Darah bertoksin

Seorang ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Point: A guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.  Lantas beliau menyarankan agar kaedah bekam diterapkan di dalam kehidupan seharian di barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingnya.

Begitu juga dengan penelitian yang dilakukan oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Manfaat Bekam
Manfaat dan kelebihan bekam menurut pengamal perubatan ini, antaranya ialah:
1.      Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w
2.      Meningkatkan daya tahan tubuh badan
3.      Mencuci darah
4.      Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan
5.      Sangat berkesan mengatasi racun (toksin dalam badan)
6.      Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
7.      Mengatasi gangguan tekanan darah
8.      Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi
9.      Merawat pelbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden.

Kesimpulan
Pengamal bekam turut perlu untuk memantapkan diri dengan  amalan pendinding diri seperti AyatulKursi, doa dan sentias berselawat ke atas  Nabi, membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas.  Ini semuanya perlu kerana dikatakan bekam bukan sahaja mampu menyembuhkan racun atau toksik di dalam badan tetapi juga sihir. Insya Allah..

MARILAH BERBEKAM SEBAGAI SATU USAHA PENGUBATAN SUNNAH...

Saturday, 21 September 2013

BEKAM /HIJAMAH



Assalamu’alaikum wwt.

Berbekam amalan sunnah
Berbekam atau hijamah adalah merupakan kaedah perubatan yang sangat dianjurkan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Saya sendiri sering berbekam untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksik dan penyakit.  Dalam hal ini, kaum lelaki sangat dianjurkan untuk berbekam berbanding dengan kaum wanita. Bagi kaum wanita, mereka akan ‘datang bulan’ (keluar darah haid).

Keutamaan berbekan dalam Islam tidak usah dipertikaikan lagi. Mudah-mudahan kita semua kembali kepada perubatan sunnah yang sangat dianjurkan dalam Islam. Kita berusaha, Allah yang menyembuhkan.

Sila baca seterusnya....

Kali ini saya sertakan beberapa buah hadith Nabawi yang sahih mengenai hijamah (bekam).Majoritinya diambil dari kitab “Tartib ahadithsi shohihil jami’is shoghir” karya syeikh Al-Albani, tanpa rawi dan takhrij agar lebih ringkas. Saya memohon agar ALLAH memberi manfaatnya kepada semua pembaca. InsyaALLAH.

PERTAMA: KEUTAMAAN DAN KEPENTINGAN HIJAMAH

Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”

Nabi SAW bersabda: “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”

Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”

Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk).

Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”

Nabi SAW bersabda: “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”

Nabi SAW bersabda: “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”

Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”

Nabi SAW bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.”

Nabi SAW bersabda: “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”

KEDUA: HARI TERBAIK UNTUK MELAKUKAN HIJAMAH

Nabi SAW bersabda:
“Lakukanlah hijamah atas barakah dari Allah pada hari Khamis. Hindarilah hari Jum’at dan Sabtu serta Ahad untuk hijamah. Tapi lakukanlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana hari itulah Allah menyembuhkan Ayub dari penyakitnya. Jauhilah hari Rabu karena pada hari ini Ayub ditimpa penyakit. Juga tidak muncul penyakit kusta kecuali pada hari Rabu atau malam Rabu.”

KETIGA: WAKTU HIJAMAH

Nabi SAW bersabda: “Hijamah sebelum makan dan minum adalah yang terbaik.”
Nabi SAW pernah melakukan hijamah sedangkan baginda dalam berpuasa.

KEEMPAT: TARIKH HIJAMAH

Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”

KELIMA: TEMPAT-TEMPAT HIJAMAH

Dulu, jika ada yang mengadukan sakit kepala kepada Rasulullah S.A.W, maka baginda bersabda: “Pergi dan lakukanlah hijamah.” Dan jika mengadukan sakit pada kakinya, maka baginda menyuruhnya: “Pergi dan warnailah (lulurkanlah) dengan daun inai.”

Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah dalam ihram di bahagian atas tapak kakinya yang sakit.

Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah saat berihram dari penyakit kepalanya. Dalam riwayat yang lain dituturkan: sebab pening yang menimpa baginda.
Dulu Rasulullah SAW melakukan hijamah di kepalanya dan menamainya dengan ummu mughits (sebab faedahnya yang menakjubkan).

Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang terletak antara dua bahunya.

Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah 3X pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang terletak antara dua bahunya.

Rasulullah SAW juga pernah melakukan hijamah pada bahagian atas kepalanya dan pada urat yang terletak antara dua bahu belakang.

Rasulullah SAW pernah pula melakukan hijamah ala Mekkah iaitu dalam ihram dan dilakukan pada bahagian tengah kepala.

Baginda juga pernah melakukan hijamah di bahagian pangkal pahanya sebab penyakit bertapak disitu.

KEENAM: RINGKASAN dan KESIMPULAN


Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa hijamah adalah:

·         Ubat yang paling bermanfaat
·         Ubat yang mujarab
·         Ubat yang paling baik
·         Ubat yang paling afdhal
·         Penyembuh (Membantu Kesembuhan)

Rasulullah SAW telah menerangkan beberapa manfaat hijamah iaitu:

·         Ubat penawar
·         Ubat penyembuh
·         Pengendali darah agar tidak bergolak
·         Mengandung keberkahan
·         Manambah daya hafal
·         Menambah kecerdasan otak.

Urutan tarikh dan hari hijamah seperti yang dinasihatkan Rasulullah SAW :

·         Hari Khamis yang bertepatan dengan tanggal 17, 19 atau 21
·         Hari Isnin atau Selasa yang bertepatan dengan tiga tanggal tersebut
·         Hari Khamis bila-bila masa saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas
·         Hari Isnin dan Selasa bila-bila saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas

Hari-hari yang dilarang Rasulullah SAW untuk melakukan hijamah adalah:

·         Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
·         Hari Rabu, paling keras larangannya

Waktu-waktu untuk melakukan hijamah adalah:

·         Pada saat sebelum makan dan minum adalah yang terbaik
·         Boleh pada setiap waktu
·         Ditengah melakukan puasa
·         Pada saat melakukan ihram.

Tempat-tempat yang diriwayatkan Rasulullah SAW melakukan hijamah padanya:

·         Kepala (ummul mughits)
·         Leher
·         Tempat di atas pelampung antara dua bahu
·         Tapak kaki bahagian atas
·         Pangkal paha

Aneka manfaat dan faedah hijamah:

·         Hadith-hadith Rasulullah SAW di atas menerangkan keutamaan agung dan kadar pentingnya hijamah serta mu’jizat nabawi.
·         Hendaknya seorang muslim ketika melakukan hijamah, berniat melaksanakan ibadah kepada Allah dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan kemudian demi tujuan kesembuhan.
·         Memohon pertolongan kepada Allah untuk ketenangan urat saraf dan badan menjadi tenang.
·         Hendaknya menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah saat melakukan hijamah
·         Tidak ada riwayat sahih dari Rasulullah SAW mengenai pembatasan waktu untuk mengulang hijamah. Demikian pula mengenai tempat yang diperbolehkan hijamah selain 5 tempat di atas. Hal ini sebaiknya dirujuk semula kepada pakarnya.
·         Perintah melakukan hijamah adalah umum untuk lelaki dan wanita juga anak-anak.
·         Berikhtiar untuk sembuh dari sakit juga adalah salah satu jalan ibadah. Namun, kesembuhan yang MUTLAK hanyalah datang dari ALLAH S.W.T semata-mata.

Lahaula wala Quwata Illa bILLAHil aliyil Azim.

WALLAHUALAM.