Showing posts with label Terapi Herba. Show all posts
Showing posts with label Terapi Herba. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

KHASIAT HABBATUS SAUDA’



Assalamau’alaikum wwt.

Tulisan pada kali ini ingin membawa satu lagi perkongsian mengenai khasiat bahan atau herba dalam kehidupan manusia. Jika sebelum ini, saya telah menyentuh mengenai khasiat Minyak Zaitun dan Buah Delima. Maka pada kali ini marilah kita meneliti pula tentang khasiat Habbatus Sauda’.

Saya percaya ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar mengenai Habbatus Sauda’ malah telah menjadikannnya sebagai salah satu amalan pemakanan untuk menjana kesihatan yang sempurna. Sudah terbukti bahawa Habbatus Sauda memang mempunyai nilai yang tinggi dalam kesihatan manusia. Hal ini ditegaskan oleh baginda dalam sebuah hadis sohih.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Khasiat Luar Biasa Habbatus Sauda’ kepada Manusia

Pengenalan

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda’. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda’ ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Habbatus Sauda'
 
Habbatus Sauda’ mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatus Sauda’ ini ialah satu supplement atau ubat yangg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Selain itu,  akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:


  • Antiinflamasi : Mengubati perih/radang tenggorokan. 
  •  Antiarthritis : Mengubati reumatik. 
  •  Analgesik : Mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain). 
  •  Aktivitas hormon : Mengatur haid dan meningkatkan aliran susu. 
  •  Antiseptik : Mengubati bau mulut. 
  •  Antivirus :Mengubati demam dan flu. 
  • Dermatologi : Mengubati jerawat dan eksim. 
  • Urinary tract : Mengubati saluran kemih dan batu ginjal. 
  • Sistem kekebalan : Meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit. 
  • Gastrointestinal tract : Mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu. 
  • Sistem sirkulasi : Meningkatkan kinerja jantung. 
  • Nematocidal : Mengubati cacing pita. 
  • Respiratory tract : Mengubati sesak nafas (asma).


7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:

Pertama:  Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan; 
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb. 
  • Polysaccharide  
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. 
  • Amino acid yang membentuk protein 
  • Karotene iaitu sumber vitamin A 
  • Kalsium, zat besi, dsb.


Kedua: Sistem Imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu habbatus sauda mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

Ketiga: Anti- Histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

Keempat : Anti Tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, habbatus sauda baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

Kelima : Anti Bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

Keenam : Anti Radang (Anti Inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu habbatus sauda baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

Ketujuh : Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Biji Habbatus Sauda'


Pendapat Pakar di Malaysia Berkenaan Habbatus sauda’

Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad. “Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.

Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui. Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya. “Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.

Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri. Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.

Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.

“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.

“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.

“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.

Kesimpulan

Kepada anda yang masih mencari-cari ubat penyembuh bagi penyakit yang sedang dideritai sekarang ini, maka gunakanlah habbatus sauda secara istiqamah. Usah diragukan lagi akan khasiatnya. Kita boleh mendapatkan habbatus sauda sama ada dalam bentuk kapsul atau minyak. Sesungguhnya habbatus sauda adalah salah satu pemakanan sunah yang diberkati. InsyaAllah mujarab.  Kesembuhan milik Allah.

Sumber rujukan:
www.kosmo.com.my (rencara bertajuk: khasiat Makanan Sunah Rasulullah. Keajaiban Habbatussauda, 20/07/2013)

Thursday, 9 October 2014

KHASIAT MINYAK ZAITUN



Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun,  iaitu dalam surah al-Tiin:"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun."


Pohon Zaitun

Pengenalan

Didalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali  buah zaitun disebut bersendirian dan 5 kali lagi buah zaitun digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi dari zaitun (buah Olea europaea keluarga Oleaceae), tanaman pokok tradisional lembangan Mediterranean. Minyak yang dihasilkan oleh pengisaran zaitun keseluruhan dan mengekstrak minyak dengan cara mekanikal atau kimia. Minyak zaitun biasanya digunakan dalam memasak,kosmetik, farmseutikal, sabun dan sebagai bahan api untuk tradisional lampu minyak. Minyak zaitun digunakan diseluruh dunia, tetapi terutama di negara Mediterranean.
 
Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh dari buah zaitun atau nama lainnya Olea europaea (bermaksud minyak dari Eropah). Minyak zaitun diperolehi melalui proses pengisaran keseluruhan buah zaitun dan mengekstarak minyak tersebut melalui cara mekanikal ataupun kimia. Minyak zaitun mempunyai pelbagai fungsi dan faedah, dan minyak ini telah banyak digunakan untuk memasak, sebagai bahan utama dalam produk kosmetik, ubat-ubatan farmaseutikal, bahan pencuci seperti sabun mandi, bahan api (seperti pelita tradisional) dan sebagainya.

Boleh dikatakan seluruh dunia menggunakan minyak zaitun namun terdapat beberapa negara yang sentiasa mengamalkan penggunaan minyak zaitun dalam masakan utama mereka berbanding negara-negara lain seperti di Malaysia yang banyak menggunakan minyak kelapa sawit dalam masakan kerana minyak sawit lebih murah berbanding minyak zaitun.


Buah Zaitun

Khasiat Minyak Zaitun

1. Menggalakkan kesihatan jantung

Minyak zaitun adalah sebuah khazanah lemak monotaktepu dan antioksidan yang mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol. Jadi minyak zaitun melindungi diri kita terhadap penyakit kardiovaskular dan masalah jantung yang lain. Minyak zaitun juga menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

2. Mengurangkan risiko kanser

Minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bekerja sebagai antioksidan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan keradangan kronik dalam sel-sel. Kajian mendapati, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Minyak zaitun juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

3. Mengawal paras gula dalam darah

Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang menggalakkan tahap insulin yang sihat. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengekalkan paras gula darah. Minyak zaitun biasanya disyorkan oleh doktor untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 2 dan pesakit diabetes yang mempunyai risiko penyakit jantung.

4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang

Seperti yang disebutkan tadi, minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memastikan bahawa membran sel tinggal cecair dan dapat menggerakkan nutrien yang sihat ke dalam sel dan membuang bahan buangan keluar. Ini membantu untuk mengurangkan risiko arthritis dan asma.

5. Membantu untuk mengurangkan lemak

Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu tetapi minyak ini tidak mengandungi apa-apa jumlah lemak tepu, yang dikenali untuk menambah lapisan dan lapisan lemak yang tidak sihat kepada badan anda. Oleh itu, dengan memasukkan minyak zaitun untuk diet biasa anda, anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan, walaupun jika anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat

Minyak zaitun mempunyai sejumlah besar oleates yang berkhidmat untuk menggalakkan kalsifikasi tulang dan mineral. Hasilnya, minyak ini adalah makanan penting bagi bayi serta orang-orang tua, yang mengalami osteoporosis.

7. Menggalakkan kebolehan kognitif

Kajian mendedahkan, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menggalakkan perkembangan otak. Minyak zaitun juga telah mendapati bahawa tempat di mana orang membuat minyak zaitun, kurang cenderung untuk mempunyai demensia.

8. Membantu sistem penghadaman

Minyak zaitun dikenali untuk mengubati ulser, sembelit dan jangkitan dalam saluran penghadaman. Ciri-ciri anti-radang yang membantu dalam menyembuhkan isi pundi hempedu dan jangkitan saluran kencing juga.

9. Melambatkan proses penuaan

Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K. Minyak zaitun juga mempunyai polifenol yang melambatkan proses penuaan. Asid lemak menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan kulit. Oleh itu, minyak ini sering dirujuk sebagai ‘minyak kecantikan’.

10. meningkatkan imuniti badan

Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Akibatnya, orang-orang yang mempunyai minyak zaitun secara tetap dikatakan mempunyai kuasa imuniti yang lebih tinggi.

Jenis Minyak Zaitun

 
Contoh Minyak Zaitun



Extra Virgin Olive Oil (paling banyak khasiat)
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad. Minyak zaitun jenis ini paling baik digunakakan untuk makanan kesihatan yang kita bincangkan sebentar tadi.

Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


Kesimpulan

Marilah kita bersama-sama mengambil manfaat yang terdapat dalam Minyak Zaitun untuk menjana kesihatan yang berterusan. Saya kini terus mengamalkan pemakanan sunah ini untuk meraih kesihatan yang optimum. InsyaAllah. Kesembuhan Milik Allah..

Wednesday, 8 October 2014

KHASIAT BUAH DELIMA



Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buah-buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Buah Delima

Fakta Mengenai Buah Delima

Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi. Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika. Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus. Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.

Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon. Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar. Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.

Kelebihan Buah dan Jus Delima

Secara amnya, buah delima kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Delima juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia. Dengan izin Allah, buah delima atau jus buah delima dapat membantu mengurangi dan mengatasi penyakit-penyakit yang berikut:

Biji Delima


Delima Mengurangkan Lemak dan Berat Badan
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut. Delima membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka, dan membantu mengurangkan itu asid lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”, dan merendahkan  tekanan darah, yang menghalang strok, serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Jus Buah Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Buah Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Buah Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukan kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya. Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus Buah Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

Delima Mencegah Kanser
Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal. Buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

Delima Mencegah Penyakit Alzheimer
Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

Delima untuk kecantikan kulit
Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat dengan mudah. Caranya, selepas makan buah delima jangan buang kulitnya.  Ambil kulit buah delima jemur sehingga kulitnye kecut. Kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk, kemudian simpan dalam bekas. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan sehingga kering kemudian basuh.