Tuesday, 12 November 2013

BENTENG PERTAHANAN DIRI (3)



Salam sejahtera buat pengunjung blog yang dihormati,

Sebagai hamba-Nya yang lemah, sepatutnya kita sentiasa memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Hal ini kerana Allah Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. Allah adalah pelindung yang Maha Sempurna.

Pada kali ini saya lanjutkan lagi tulisan saya iaitu masih di bawah tajuk Benteng Pertahanan Diri. Kaedah yang ingin saya paparkan di sini ialah ikhtiar kita membenteng diri dengan berkat ayat 1 – 9 dalam Surah Yaasin. Mudah-mudahan dapat kita beramal kerana Allah.. Bukan ayat itu yang berkuasa tetapi hakikatnya Allah jua yang berkuasa.


Kaedah 3 : AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN



Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


CARA:

Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda


  1. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. 
  2. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung
    rumah.

Sekian. Jumpa lagi.




Monday, 11 November 2013

BENTENG PERTAHANAN DIRI (2)



Saudara pembaca yang dihormati;

Kita sambung lagi perbincangan mengenai kaedah untuk membenteng diri, keluarga dan harta benda daripada sebarang ancaman. Amalan membenteng diri ini adalah sebagai salah satu ikhtiar yang tidak boleh dipandang remeh.

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai kaedah benteng pertahanan diri melalui amalan membaca Ayatul Kursi.

Kaedah 2 : Pendinding Dengan Ayatul Kursi

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat  255)



CARA:  

  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf 
  2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca Ayatul Kursi tiup di sekeliling mengikut pergerakan tawaf Kaabah, dengan niat melindungi diri.
  3. Untuk melindungi rumah: baca Ayatul Kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada di dalam atau di luar rumah.

 Sekian, jumpa lagi.










Sunday, 10 November 2013

BENTENG PERTAHANAN DIRI (1)



Saudara pembaca yang dihormati

Sudah agak lama saya tidak menulis dalam ruangan blog ini dek kerana kekangan masa. Akhir-akhir ini jadual harian saya agak padat sehingga saya tidak berkesempatan untuk menulis.

Pada kali ini, saya tergerak hati untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan kaedah banteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda. Sebenarnya ada banyak kaedah yang boleh kita amalkan untuk tujuan tersebut, tetapi saya memilih kaedah yang paling masyhur dan mudah. Apa yang saya paparkan ini merupakan amalan yang saya terima daripada Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Besarlah harapan saya agar amalan ini dapat dipanjangkan dan dipraktikkan oleh kita semua agar selamat daripada musibah dan bencana. Kuncinya ialah mesti IKHLAS, YAKIN dan REDHA. Insya-Allah...

Kaedah 1 : AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas





  
CARA:
  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
  2. Mengangkat tangan seperti berdoa
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan ke seluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  6. Lakukan sekali  sebelum tidur dan selepas solat subuh setiap hari.

 sekian...jumpa lagi