Monday, 9 September 2013

Rahsia Berwhudu' (Air Sembahyang) dari Sudut Kesihatan Manusia



Salam sejahtera buat pembaca yang setia mengikuti blog saya ini. 

Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwudhu' sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwudhu' dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya. 

Mengapakah wudhu' begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwudhu'? 

Info kali ini mengenengahkan akan rahsia wudhu' (air sembahyang ) dari sudut kesihatan manusia.  Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhu'. Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu'. Wudhu' itu anak kunci solat.

Sedang berwudhu'

Wudhu' yang sempurna akan melahirkan banyak manfaat yang tersembunyi buat manusia.  Cuma kita sahaja yang tidak begitu perihatin akan manfaat tersebut.  Sejak kecil kita diajar agar berwudhu' sebelum solat. Kita pun menerima sahaja apa yang diajar oleh guru kita. Saya percaya tidak ramai diantara kita yang dapat menyelami akan rahsia berwudhu'.. Banyak rahsia berwudhu' yang hanya Allah Maha Mengetahui, namun antara rahsia wudhu' yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.


Kaitan wudhu' dengan  sistem saraf (akupuntur)

Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu' yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur? kemudian hayati rukun wudhu'. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Anggota badan yang terkena air semasa berwudhu' terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu'. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wudhu' yang disyariatkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk (rukun dan sunat)

Muka:  84
Tangan:  95
Kepala:  64
Telinga:  125
Kaki: 125
Jumlah keseluruhan = 493

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu'!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu'. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Celah-celah jari
Dari ilmu ahli akupuntur, pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Telinga
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan. Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk…


HIKMAH BERWUDHU' DARI SUDUT SAINS dan  KESIHATAN

Pandangan Pakar kesihatan:

a.    Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa: berwudhu' dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

b.    Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwudhu' boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wudhu' dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

c. Selain daripada ibadah, wudhu' juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwudhu', ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin. 


Pandangan Ilmu Perubatan Cina:

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wudhu' utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwudhu'.

Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud:
"Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."

Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya). 
 
Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....

Sekian…nantikan tulisan seterusnya. 

Saturday, 7 September 2013

Histeria dan Kaedah Menanganinya



Saudara pembaca yang dihormati,

Pernah juga saya dipanggil untuk merawat dan menangani kes histeria. Lazimnya histeria ini  sering terjadi kepada remaja atau pelajar.  Jika histeria berlaku, maka gemparlah seketika orang-orang yang berada di situ dan apa yang pastinya lebih banyak memerhati daripada berikhtiar merawatnya.  Agaknya memang kita seronok menjadi penonton...

Tulisan kali ini adalah berkisar mengenai kaedah ringkas menangani histeria. Mudah-mudahan info ringkas ini berguna kepada kita pada saat-saat kecemasan. Lakukanlah sendiri rawatan tersebut..

Asas rawatan
1.       Pada asasnya, hendaklah asingkan orang yang terkena histeria jauh dari orang ramai. Mangsa histeria biasanya terkena histeria di khalayak ramai dan ini memungkinkan berjangkitnya kepada orang lain yang lemah semangat. Cari PESAKIT yang mula-mula sekali terkena histeria.
2.       Baca al-Fatihah dan ayat Kursi.
3.       Baca Surah Al-Hasyr ayat 21 – 24
4.       Baca : “Ha mim”
5.       Baca Surah al-Falaq
6.       Doa tepuk belakang belikat iaitu:  “Bismillahi Masya Allah  Allahu Akbar.”

Histeria  Skala Kecil (sedikit)
1.     Asingkan mangsa histeria ke ruang yang lain.
2.     Bercakap dengan bahasa yang baik pada mangsa histeria agar bertenang.
3.     Jangan diikat, digari atau pukul mangsa histeria.
4.     Muallij membaca ayat pendinding.  Jika tidak sempat, minimumkan bacaan “bismillahirrahmanirrahim” sudah memadai.
5.     Jika bekesempatan, pagarlah di muka pintu atau kawasan dengan membaca:-
Yaasin ayat 9 (buat isyarat dengan jari telunjuk).
6.     Tepuk dahi pesakit sambil membaca selawat tafrijiah dan ha mim.
7.     Baca doa penggerak dan tekan di titik-titik sendi bermula dari ubun-ubun hingga ke hujung kaki. Jika perempuan, cukup sekadar menepuk belakangnya.
8.   Jika masih berterusan, kepal tangan kanan baca ayat nombor 6, tiup di tangan dan tepuk di kawasan di antara tulang belikat.

Bahagian yang perlu ditepuk

Histeria  Skala Besar (Ramai)
(Perlukan pembantu untuk merawat)
1.    Elakkan campur tangan tukang sihir dan bomoh.
2.    Pasang cd ruqyah dengan speaker kuat atau  bolehlah baca ayat qursi atau azan kuat-kuat secara beramai-ramai.
3.    Cari mangsa yang paling agresif, tunjuk dengan jari sambil baca Yaasin ayat 9.
4.    Kejar dan cekup belakang lehernya dan jatuhkannya, bacakan surah al-namlu ayat 30-31. Tepuk ubun-ubunnya sambil membaca selawat tafrijiah.
5.    Kepal tangan kanan baca ayat nombor 6, tiup di tangan dan tepuk di kawasan seperti gambarajah di antara tulang belikat.
6.    Suruh orang berhampiran pegang mangsa sambil membacakan surah al-falaq dan ha mim berulang-ulang kali sambil menyuruhnya tidur selepas habis bacaan.
7.    Cari lagi mangsa agresif kedua dan seterusnya.
8.    Perawat jangan berputus asa.


Friday, 6 September 2013

18 PERBEZAAN ANTARA SAKA DAN SIHIR...ANGKARA JIN



Salam sejahtera buat pembaca sekalian,

Akhir-akhir ini permasalahan saka dan sihir semakin hangat dibincangkan.  Buktinya, ada sahaja berita mengenai gangguan sihir dan saka ini. Saka dan sihir ini lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Sama ada saka atau sihir...kedua-duanya berpunca daripada gangguan jin...maka banyak persamaannya kecuali pada beberapa perkara...

Ikutilah perbezaan antara sihir dan saka ini....

Angkara Jin ..saka atau sihir?

 
Asal usul Jin
1.    Jin saka biasanya datang dari keluarga atau keturunan sendiri.( tapi ada juga punca lain). Sedangkan... jin sihir itu adalah dari kiriman orang lain.

2.  Gangguan jin saka sudah bermula sejak sekian lama, malah ada yang sejak bayi atau juga sejak ia masih dalam kandungan lagi. Sedangkan...jin sihir itu adalah jin yang baru atau tiba-tiba datang.

3.    Jin saka itu berpindah kepada orang yang paling rapat dan disayangi tuannya, Sedangkan... jin sihir itu ditujukan kepada orang dibenci oleh seseorang lain.

Sasaran
4.   Jin saka biasanya memilih sendiri bakal tuan baru-nya, sedangkan... jin sihir biasanya datang kepada orang yang diperintahkan kepadanya.

5. Jin saka lebih cenderung mengganggu semua orang dalam satu keluarga. Sedangkan...jin sihir lebih cenderung mengganggu seseorang yang telah ditetapkan.

6.   Jin saka akan masuk ke dalam tubuh siapa sahaja yang dapat ditembusinya...
Sedangkan...jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang.

Bentuk Gangguan atau Serangan
7.   Jin saka akan berpindah pada  seseorang mungkin atas dasar 'kasih sayang yang mendalam' atau perjanjian. Sedangkan... jin sihir akan datang pada seseorang dengan maksud mahu menyeksa atau membunuh.

8.   Pada peringkat awal, gangguan jin saka akan lebih tertumpu kepada gangguan fikiran dan perasaan. Sedangkan... jin sihir akan menimbulkan gejala kerasukan dan kesakitan.

9. Gangguan jin saka kadang-kadang menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan-kelebihan luar biasa seperti nampak jin, menilik, bersilat sendiri, mengurut, mengubat dan sebagainya.  Sedangkan... gangguan jin sihir kerap menjadikan seseorang itu menanggung penyakit yang luarbiasa.

10.Gangguan jin saka kadang-kadang tidak menimbulkan sebarang gejala penyakit, tetapi menimbulkan pelbagai bentuk tekanan pada fikiran dan perasaan...seperti mudah buntu dan bingung, selalu runsing, risau, takut, marah, malu dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah...( termasuk pelbagai perangai atau akhlak buruk...) Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya menimbulkan pelbagai gejala penyakit fizikal.

11.Sering gangguan jin saka itu 'mencengkam'seseorang dalam keadaan yang tenang dan orang lain tidak menyedarinya. Sedangkan... jin sihir itu akan datang dalam suatu keadaan di mana seseorang itu rasa diserang.

12.Kadang-kadang jin saka itu tak tahu yang tindakannya itu menyusahkan atau menganiaya tuannya. Sedangkan...jin sihir itu memang bermaksud menganiaya malah mungkin bertujuan membinasakan.

13.Jin saka itu biasanya tetap pada tuan dan keluarganya dengan maksud nak menjaga. Sedangkan...jin sihir itu tetap dengan maksud menganiaya sekeluarga terutama sekiranya kiriman sihir itubertujuan membalas dendam atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat.

14.Seringkali gangguan saka itu bentuknya sangat halus...hinggakan seseorang itu tak percaya ia ada gangguan jin saka. Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya akan memberi kesan yang sangat jelas adanya gangguan makhluk halus.

15.Sebahagian jin saka akan mepertahankan tuannya daripada serangan jin lain...termasuk oleh jin sihir... Sedangkan...jin sihir biasanya akan datang berkumpulan...iaitu  sebahagiannya  tidak ada kena mengena...tapi saja nak mengambil kesempatan 'menumpang sekaki'.

16.Jin saka biasanya akan membisikkan seseorang nasihat-nasihat yang baik...(tapi ikhlas tak ikhlas tu lain cerita tau sajala kalau dah jin...biasanya akan sampai masanya nasihat itu akan jadi hasutan...) Sedangkan...jin sihir biasanya akan membisikkan apa saja yang akan mematahkan semangat seseorang.

17.Jin saka akan mencari tubuh baru darikalangan ahli keluarga sebagai ganti jika tuannya meninggal dunia. Sedangkan...jin sihir akan pergi sebaik sajaia selesai melaksanakan tugasnya...( itu pun tak semua...)

18.Kebanyakan saka akan menimbulkan masalah seperti menghalang tuannya kahwin, atau menghancurkan rumahtangganya, atau menghalang daripada mendapat anak dan sebagainya. Sedangkan...jin sihir lebih menumpukan kepada penyakit...kecuali ia adalah jin sihir penangkal atau pemisah.

Dan sebagainya... Wallahu a'lam.