Thursday, 5 September 2013

Amalan Pemakanan : Merawat Penyakit GOUT.



Assalamu’alaikum wwt.

Adakah anda pernah terkena penyakit gout? Jika belum, anda bernasib baik kerana penyakit ini sungguh merimaskan dan mengganggu pergerakan kita..

Kaki bengkak kerana gout.

Kadang-kadang penyakit gout ini memang sengaja dicari..Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya tabiat makan kita yang tidak memikirkan langsung akan kesannya kepada kesihatan. Tambahan pula dunia moden sekarang, banyak makanan /minuman yang terdedah dengan penggunaan bahan kimia. Bahan kimia ini ibarat bom jangka yang bakal meledak apabila sistem pertahanan badan semakin lemah (kira dah tua lah tu).

Lambakan makanan segera yang memang menjadi perancangan  barat (yahudi)  memburukkan lagi keadaan. Apabila terkena penyakit gout....kita akan mengambil pula ubat yang juga dikeluarkan oleh pihak barat. Perubatan barat pula memang mengandungi dadah bahkan kadang kala mengandungi bahan haram (babi).  Sudahnya, penyakit gout pulih, datang pula penyakit lain...akibat kesan sampingan ubat.

Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan kepada saudara-saudara pembaca agar berhati-hati dengan pemakanan.. Berikut adalah panduan bagi mencegah daripada terkena penyakit gout..InsyaAllah.

Elakkan atau kurangkan makanan atau amalan berikut:

  1. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram.
  2. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll.
  3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
  4. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
  5. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
  6. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan   spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
  7. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  8. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  9. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
  10. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
  11. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
  12. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
  13. Elakkan tembikai dan tembikai susu.
  14. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
  15. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  16. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
  17. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  18. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma.
  19. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  20. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  21. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
  22. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis.
  23. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout.
  24. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang.
  25. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  26. Elakkan jering, petai dan kerdas.
  27. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
  28. Elakkan menonton bahan pornografi.
  29. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  30. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb.
  31. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb.
  32. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri.
  33. Elakkan sayuran jeruk.
  34. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin.
  35. Elakkan makan telur masin.
  36. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau).
  37. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp).
  38. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  39. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing).
  40. Kurangkan makanan bersantan.
  41. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan termasuk ajinomoto.

 Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:
 

  1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.
  2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari. 
  3. Makan peria dan peria katak.
  4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.
  5.  Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat) 
  6.  Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.
  7.  Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb.
  8.  Buah Delima.
  9.  Epal hijau 2 biji seminggu.
  10.  Burung seperti burung puyuh dan merpati.
  11.  Garam kasar menggantikan garam halus.
  12.  Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
  13. Makan lebih banyak sayur-sayuran.
  14. Makan kapsul HABBATUSSAUDA


 Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam
wallahua'lam

Wednesday, 4 September 2013

Merawat Gatal Seluruh Badan



Saudara pembaca yang dihormati,

Pernahkah saudara terkena penyakit gatal seluruh badan atau melihat orang yang terkena gatal seluruh badan. Kalau orang Pahang panggil  “Gegata”  (sebutan gegate) yang disebabkan oleh sejenis ulat atau kuman.

 
Gatal di badan

Beberapa bulan lalu, anak saya telah terkena gegata yang teruk sehingga habis gatal dan bengkak seluruh badannya. Saya ingatkan penyakit ini tidak serius dan cepat sembuh tetapi rupa-rupanya tidak..bahkan makin serius. Walaupun saya seorang pengamal perubatan Islam, tetapi saya berikhtiar juga membawa anak berjumpa doktor di Klinik Ghazali, Bandar Jengka. Maka ubat minum dan sapu pun diberi namun tidak juga memberi kesan.

Saya meneliti simpton penyakit ini dan mendapati kegatalan mula aktif sebaik sahaja masuk waktu maghrib dan berterusan hingga ke malam. Jadi, anak saya tidak dapat tidur dengan lena.

Saya pun meruqyah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan air dibuat minum dan mandi. Memang terasa ada gangguan kerana tangan saya sedikit kebas dan panas ketika memegang ubun-ubun kepalanya. Ohh.. nak lawan rupanya, bisik hati saya. Saya tidak berputus asa dan mengaku kalah. Saya tahu, gangguan tersebut mahu saya goyah dan tidak yakin akan keberkesanan dan keagungan ayat-ayat suci al-Quran. Sedikit sebanyak Allah memberi pengajaran kepada saya supaya bersabar dan tidak mudah melatah.

Masuk hari ke-3, keadaan anak saya masih tidak menampakkan perubahan. Entah macam mana saya dan isteri teringat akan satu petua orang tua-tua dahulu dalam merawat penyakit gata ini. Jadi apa salahnya saya mencuba.. mungkin petua ini juga berguna kepada saudara apabila terkena penyakit ini.

Petuanya begini: Sapukan bahagian gatal tersebut dengan rambut ibunya berulang kali. (Kalau tidak dapat rambut ibunya, boleh sahaja sapukan dengan mana-mana rambut orang lain.)

MasyaAllah.. penyakit gatal pada badan anak saya tersebut terus sembuh dengan izin Allah.

Ingat...
Petua orang tua-tua  beserta doa adalah merupakan senjata berkesan.
Ilmu akan menjadi jika kena dengan petuanya.
Dengan petua dapat mengalahkan Ilmu.

Tuesday, 3 September 2013

Merawat Demam Panas : Kena Mandi


Salam sejahtera buat pembaca budiman. 


Demam ialah suatu tindak balas normal badan terhadap sebarang bentuk jangkitan kuman atau penyakit tertentu. Suhu badan yang normal adalah 37°C (98°F). Seseorang itu boleh dianggap demam jika suhu badannya melebihi 37°c. Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 37°C tetapi tidak melebihi 38°C. Demam biasa akan pulih dalam masa dua, tiga hari sahaja. Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 38°C dan berlarutan lebih lama selalunya disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.

Bagi kanak-kanak berumur antara 6 bulan ke 6 tahun, demam panas boleh menyebabkan kekejangan ataupun lebih dikenali sebagai sawan demam. Jika demam panas menyerang anak anda, janganlah memandang remeh atau biasa-biasa sahaja. Cepat-cepatlah berikhtiar berubat sama ada secara rawatan Islam mahupun rawatan moden.

Sahabat saya di Jengka 20 ada mempunyai seorang anak berpenyakit sawan tarik akibat demam panas. Kasihan saya melihatnya, kerana pemikiran anaknya itu agak terganggu. Ada sekali saya merawatnya namun sudah terlambat dan sukar untuk sembuh.

Ada satu kes baru-baru ini, anak sahabat saya berumur 6 tahun diserang demam panas. Sahabat saya itu bekerja di TNB Jengka menelefon bahawa anaknya sudah seminggu demam dan tidak ‘kebah’ atau sembuh. Ubat hospital sudah diberi namun keadaan suhu panasnya masih tinggi. Beliau begitu risau dan akan datang pada malam itu juga. Sesampainya ke rumah, saya meruqyah anaknya dengan doa-doa pilihan beserta air untuk di buat minum dan mandi.  Sahabat saya terkejut kerana saya menyuruhnya memandikan anaknya itu. Apa yang difahamkan olehnya melalui saranan ibunya bahawa anak yang demam tak perlu dimandikan... Saya  menegaskan bahawa demam panas hendaklah disejukkan dengan air..sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah RA: Maksudnya;

“Demam itu merupakan ledakan daripada neraka, 
maka sejukkanlah ia dengan air”

Justeru, bagi pesakit demam panas hendaklah sentiasa menyejukkan diri dengan mandi atau dilap badan dengan air.  Manakala bagi bayi dan kanak-kanak disarankan memakai pakaian nipis, berkipas dan sentiasa minum air secukupnya.

Kaedah dan Rawatan Demam Panas:
 
  1. Rawatan penyakit demam panas ialah dengan menggunakan air yang telah didoakan untuk diminum dan mandi.
  2.  Mandi sebaik-baiknya dilakukan pada waktu petang iaitu selepas waktu asar sebelum maghrib.  Tidak digalakkan mandi pada waktu tengahari. 
  3.  Cara mandi yang disarankan dan telah menjadi amalan orang-orang tua  dahulu adalah memulakan mandi dengan membasahkan kaki terlebih dahulu diikuti lutut, pinggang seterusnya naik sampai ke kepala. 
  4. Setelah selesai mandi, jadikan air yang telah didoakan sebagai bilasan terakhir. Caranya; angkat bekas berisi air tersebut dan dicurahkan dari kepala hingga air mengalir turun ke kaki. Biarkan air itu kering sendiri tanpa dilap
Kombinasi doa yang dibaca dan ditiupkan pada air tersebut ialah:

  1. Surah Al-Fatehah ( Penawar Seribu Guna)
  2.  Ayat Pemecah Kebuntuan  ( Surah al-Hasyr ayat 21 – 24)



 3.   Doa Rawatan Demam Panas



 4. Doa Penyejuk

Sekian perkongsian rawatan pada kali ini. Mudah-mudahan jadikan panduan ini untuk merawat demam panas anak anda yang tersayang.  Sediakan payung sebelum hujan…

Rujukan :
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Rawatan Penyakit Jasmani (II) Jilid 3). Darussyifa. 2011