Saudara pembaca
yang dihormati,
Tulisan kali ini
masih lagi membicarakan ruang lingkup makhluk halus yang terdapat di alam ini.
Makhluk halus ini ada yang baik dan ada juga yang jahat menurut kehendak Allah.
Terdapat sejenis lagi kategori makhluk halus yang dinamakan qarin. Siapakah qarin
itu? Ikuti tulisan ini seterusnya.
Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau
rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan
makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin
ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang
jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa
berusaha lintuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan
kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia
mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.
Qarin sentiasa membisik kejahatan |
Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman. Maksudnya;
Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari
jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan
yang indah-indah untuk menipu.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya;
Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia)
melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan
seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga
wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong
saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada
kebaikan.
Tersebut dalam al-Quran
tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat
amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada
rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang
bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga
neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam,
memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang
taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya
malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi
putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula
menerima wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu,
dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat. Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa
malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang
juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan
istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk
menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan Badar malaikat
telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.
Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa
malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan
keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh
malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau
was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang
pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang
datang memberi ilham atau was-was, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam
jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, bermaksud;
Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam,
dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan
kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan
kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barang siapa merasai yang demikian, dia
hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia
kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung
kepada Allah dari syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh
menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.
Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk
menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia. Telah
berkata Ummul
Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq:
Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada
satu malam,tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka
Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda
bertanya: Apakah ang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak
diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? Jawab Rasulullah s.a.
w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab: Wahai Rasulullah. Adakah
syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada
tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka saya pun bertanya: Adakah juga berlaku
atasmu wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan
daku hingga aku selamat daripda tipu dayanya.
Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang
dilahirkan) melainkan dikembari Allah seorang jin sebagai kawannya. Jelasnya
bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan
yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia,
perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin
(iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang
diberi oleh Rasulullah s.a.w. Maksud menunggang atau memperkosa di sini
bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama
seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan
yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu
sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak
diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu
memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta
menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah
s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia
dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang
itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu
manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal
mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka
sejak dahulu kala lagi.
Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan
bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami
sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka
berlindung. Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin
kebahagiaan mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan
Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia
yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan
dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang
lain apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan
dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati
harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini
adalah merugikan.
Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan
berbagai-bagai cara. Ia duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam.
Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam, dan meninggalkan agama kamu dan
agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menentangnya dan masuk Islam. Lalu
syaitan itu duduk menganggu manusia dengan jalan hijrah ". Syaitan berkata:
"Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia
itu menentang dan berhijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia
dengan jalan jihad dan berkata: Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan
nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang
lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap
menentang syaitan dan terus berjihad.
Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi
diantara manusia dan qarinnya atau dengan syaitan lain. Hanya manusia yang leka
dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan
dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan
iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan
membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 4. Maksudnya;
Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak
keturunannya
daripada syaitan yang direjam.
Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu
maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat)
di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu
tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan. Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah
s.a.w.) ia berkata;
Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain
bin Ali
ketika Fatimah r.a. melahirkannnya.
Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata
bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu
diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu
sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.
Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari
dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud;
Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka
cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika
itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan
kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta
sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah,
dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu
telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya
Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada
waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu
segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing
untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya. Hakikatnya, malam bukan masa
untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu
siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah,
bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat
6, bermaksud;
Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya
dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mendengar
Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang
mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan
buruk boleh terjadi tanpa diduga. Keluar pada malam itu tidak digalakkan
kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal
ini Rasulullah
s.a.w. ada bersabda, maksudnya;
Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan,
seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selama-lamanya
Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman
lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya
sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai
sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi
teman sepanjang hidup. Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap
qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada
jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu
lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin
dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang
dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya
lebih kuat daripada orang itu. Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain,
jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %,
bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda
yang bermaksud;
Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10
bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah
ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya
adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia
Rujukan:
http://www.darussyifa.org