Saturday, 9 December 2017

IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN DENGAN JIN SAKA

Dalam tulisan saya terdahulu ada menyebutkan bahawa diantara salah satu kaedah pemutus perjanjian dengan jin-jin saka adalah dengan melafazkan ikrar pemutus saka. Lafaz ikrar ini hendaklah diucapkan dengan jelas dan diikuti dengan hati. Dengan kata lain, ikrar ini hendaklah dibuat bersungguh-sungguh memohon kepada Allah agar dipermudahkan.

Lafaz Ikrar

Ya Allah Ya Rabb,
Mulai hari ini dan pada detik ini,
Aku mewakili keluarga aku mengikrarkan..
Memutuskan segala bentuk perjanjian yang pernah hamba lakukan atau keluarga besar hamba lakukan dan leluhur-leluhur hamba lakukan,
Yang perjanjian itu pernah dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar dengan makhluk-Mu bernama Jin, Iblis dan Syaitan laknatullah.

Ya Allah Ya Rabb,
Mulai saat ini, hamba bergantung dan berlindung pada pertolongan-Mu bukan kepada bangsa jin, iblis dan syaitan laknatullah.

Ya Allah Ya Rabb,
Haramkan tubuh hamba dari dimasuki atau dijadikan tempat tinggal apapun dari kalangan bangsa jin dan syaitan laknatullah.

Ya Allah Ya Rabb,
Jika sekiranya mereka makan dan minum, jadikan pemberian itu sebagai racun yang sangat berbisa, racun yang boleh melemahkan serta racun yang boleh membunuh semua bangsa jin zalim itu Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabb,
Jika sekiranya penyakit ini, kegelisahan hati ini, gangguan ini, disebabkan dari kelalaian dan dosa-dosa hamba, maka ampunkanlah hamba Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabb,
Jika sekiranya gangguan ini disebabkan dari sihir-sihir yang dikirim oleh orang-orang yang irihati pada hamba, maka cabutkanlah, hancurkanlah dengan kekuasaan-Mu  Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabb yang Naha Memelihara serta Maha Melindungi,
Lindungilah hamba beserta keluarga hamba agar terhindar daripada sebarang kemudharatan sama ada berpunca dari gangguan manusia, jin, iblis, syaitan laknatullah serta sekutunya.

Amin Ya Rabbal’alamin.


Demikian antara intisari ikrar pemutus perjanjian dengan jin-jin saka dan sihir. Terlihat kandungan ikrar ini yang berupa doa pengharapan kepada Allah. Ucapkanlah selesai solat ataupun pada bila-bila masa sehingga dirasakan benar-benar sembuh. Disamping itu bawalah berubat dengan perawat yang dipercayai.
Post a Comment