Monday, 13 November 2017

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN SEMASA DIRUQYAH

Assalamu’alaikum wwt.

Menjadi seorang mualij atau perawat Islam memerlukan kesabaran dan keyakinan yang tinggi. Ilmu perubatan Islam yang dipelajari perlulah diamalkan secara istiqomah. Maksudnya, perawat perlu terus merawat pesakit  tanpa rasa jemu walaupun berhadapan dengan seribu macam cabaran. Melalui pengalaman merawat, maka kita akan lebih peka dan lazimnya akan  mengetahui beberapa tanda-tanda gangguan jin. Apabila kita telah dapat mengesan akan tanda-tanda gangguan jin, maka langkah seterusnya perlulah diteruskan sama ada berdakwah kepadanya tentang Islam atau menyuruhnya keluar daripada tubuh pesakit dengan ikrar dan sumpah supaya tidak mengganggu manusia lagi.

Setelah perawat meruqyah pesakit dengan bacaan ayat-ayat suci al- Quran, maka sekiranya orang berkenaan memang ada gangguan sihir atau rasukan, maka akan terdapat tanda-tanda seperti berikut:
          Menggeletar dan timbul urat-urat leher.
          Matanya memandang dengan pandangan yang sangat tajam.
          Menjerit dengan suara yang sangat tinggi.
          Kesemua jari kaki dan tangan menggeletar.
          Keluar air mata dan menangis dengan suara yang sangat tinggi.
          Menguap yang berterusan.
          la minta berhenti daripada meneruskan bacaan.
          Terasa sesuatu bergerak di dalam perut.
          Tekanan darah yang terlalu laju.
          Kadang-kadang ia menutup matanya dengan tangan.
          Ia merasa sakit waktu membacanya.

Apabila ada tanda yang sedemikian, maka perawat perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menyuruhnya keluar dan jika jin pangganggu bercakap, maka tanyalah soalan-soalan berikut:
a.         Siapa nama awak?
b.         Di mana awak tinggal?
c.         Mengapa awak mengganggu?
d.         Hendak keluar atau pun hendak terseksa di dalam badan?
e.         Di mana awak berada di dalam jasad?
f.          Siapa suruh awak datang?
g.         Apa agamanya?

Dalam hal berdialog dengan jin ini, hendaklah perawat jangan mempercayai seratus peratus akan apa yang diperkatakan oleh jin ini, kerana berkemungkinan jin-jin berbohong dan membuat helah. Sekali lagi dingatkan bahawa perawat perlu bijak dan jangan menimbulkan fitnah.


Sekian, terima kasih.
Post a Comment