Assalamu’alaikum wwt..
Praktik amalan sihir seolah-olah tiada kesudahannya. Ada-ada
sahaja manusia yang berhati dengki dan iri hati kepada manusia lain. Tidakkkah manuisa
ini mengetahui bahawa sihir adalah perbuatan yang terkeji dan termasuk dalam
tujuh golongan dosa besar? Untuk mengenakan ilmu sihir kepada seseorang
tidaklah sesukar mana. Hal ini demikian kerana ada sahaja manusia yang
mengambil upah untuk mengenakan sihir kepada suspek yang dikehendaki. Bayar sahaja upahnya, maka tunggulah saat dan
ketikanya untuk ilmu sihir itu bertindak. Ilmu sihir sering dikaitkan dengan
peranan jin-jin jahat sebagai perantara. Jin-jin jahat inilah yang berperanan
menjayakan ilmu sihir tersebut.
Barang Sihir
Salah satu medium untuk mengenakan ilmu sihir kepada
seseorang ialah dengan menggunakan barang sihir. Pada kebiasaanya, beberapa
barang tertentu akan digunakan untuk memastikan keampuhan ilmu sihir tersebut.
Barang-barang sihir tersebut akan dijampi atau dipuja dengan mentera tertentu
dan memasukkan jin untuk dikenakan kepada sasaran.
![]() |
Mungkin ini bungkusan barang sihir |
Jika barang-barang sihir tersebut dipegang atau
dilangkah, maka secara automatik jin-jin sihir akan aktif dan bertindak
terhadap sasaran yang dituju. Apatah lagi
jika barang-barang sihir tersbut dibuka balutannya tanpa memohon perlindungan
kepada Allah.
Satu Pengalaman
Ada seorang pesakit perempuan datang berjumpa saya
bersama ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit misteri
yang dialami sekian lama. Pesakit itu menceritakan bahawa penyakit gatal-gatal
satu badan. Saya lihat kesan-kesan gatal di tangannya begitu teruk seoalah-olah
‘makan dalam’. Kasihan sungguh saya melihat keadaannya itu.
Menurutnya, penyakit gatal-gatal badannya bermula
apabila dia membuka satu bungkusan misteri di tempat kerjanya. Di dalam
bungkusan tersebut terdapat benda-benda pelik dan dia membuangnya begitu
sahaja. Sejak itulah penyakit misteri telah menyerangnya sekian lama. Dalam hal
ini, sepatutnya kita tidak boleh suka-suka membuka bungkusan yang kelihatan
pelik kerana dikuatiri mengandungi kiriman sihir.
Diringkaskan cerita, saya merawatnya dengan ruqyah
ayat-ayat suci Al-quran. Dia merasakan seluruh badannya kebas-kebas dan
kakainya agak berat. Apabila simpton ini berlaku, usaha terakhir ialah dengan
menarik semua gangguan jin angkasa sihir tersebut dan ‘memasungnya’ atau
memindahkan ke dalam botol yang telah didoakan. Dengan izin Allah, segala
gangguan tersebut tidak dibiarkan bebas lagi. Sampai masa dan ketikanya,
gangguan di dalam botol tersebut akan dihanyutkan ke sungai atau laut.
Selang tiga hari, pesakit perempuan itu datang semula
ke rumah saya untuk mendapatkan rawatan ulangan. Gatal-gatal dibadannya sudah
kelihatan mengering dan dia nampaknya sudah selesa. Pada kali ini saya
mengambil 21 helai daun bidara dan menumbuknya di dalam lesung batu. Daun bidara
yang telah dihancurkan ini akan dicampur dengan air. Airnya diberi minum kepada
pesakit sementara daun yang tinggal akan dibuat mandian bilasan terakhir. Saya juga mendoakan pada bedak sejuk untuk
disapu ditempat gatal-gatal badanya. Disamping itu, saya juga membekalkan
pesakit dengan gel mandian garam bukit yang didoakan.
Saya berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit misteri
pesakit tersebut dan dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan gembira. Untuk
makluman, suaminya adalah kenalan saya sekian lama, namun dia tidak tahu saya
pandai berubat.
Iktibar
Berhati-hatilah di dalam melakukan sesuatu perkara
terutama apabila berjumpa dengan barang-barang sihir. Tanyalah orang yang arif
untuk melupuskanya. Perbanyakkan amalan dan sentiasa memohon perlindungan
kepada Allah.