Monday, 30 January 2017

TERAPI URUTAN GUASA

Pengenalan Guasa

Guasa merupakan salah satu rawatan alternatif di Asia Tenggara yang terkenal dalam kalangan penduduk Asia, imigran dari Asia, pengamal akupuntur dan pengamal perubatan tradisional di Asia Timur di seluruh dunia secara amnya dan dalam kalangan masyarakat Cina khususnya. Pada masa kini, kaedah terapi urutan guasa tradisional ini boleh dikatakan sebagai salah satu terapi tradisional alternatif yang terbaik sekali.  Hal ini kerana terapi guasa ini tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk berbanding dengan rawatan moden.

Guasa diperbuat daripada tanduk kerbau digunakan bersama minyak gosok

Mengikut penyelidikan dan perangkaan, kebanyakan penyakit kadang kala tidak dapat disembuhkan oleh ubat-ubatan moden, sebaliknya ubat-ubatan moden ini boleh meracuni tubuh badan pesakit secara senyap dan tanpa diketahui. Hal ini kerana penyakit ini seolah-olah sembuh tetapi hakikatnya kesan sampingan yang terdapat pada ubat-ubatan ini tidak dapat disingkirkan dari tubuh badan pesakit.

Mengikut satu statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia telah menyatakan bahawa 63% adalah penyakit yang boleh dirawati dan disembuhkan tanpa sebarang ubat-ubatan, 26% pula perlu bergantung kepada rawatan secara perubatan sahaja dan 11% sahaja yang tidak boleh dirawati atau disembuhkan langsung. Oleh itu, pesakit yang mengalami penyakit ringan tidak perlu treburu-buru untuk mendapat rawatan moden atau mengambil ubat-ubatan moden yang mempunyai kesan sampingan.

Kaedah terapi urutan guasa ini merupakan antara kaedah yang sangan ‘fleksible’ kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Kaedah ini amat mudah, selamat, ringkas dan sangat berkesan. Terapi urutan guasa ini boleh sahaja menanggalkan sedikit pakaian atau tanpa menanggalkan pakaian.

Pada keseluruhannya, keberkesanan kaedah ini adalah berdasarkan pada kemahiran menggunakan titik refleksi terapi akupuntur dan bekam. Jika rawatan guasa ini mengikut teori dan praktikal kaedah terapi akupuntur yang betul, akan dapat menambahkan keberkesanan untuk mencegah dan menyembuh sesuatu penyakit yang tidak diingini. Oleh hal yang demikian, marilah kita beralih kepada penggunaan terapi urutan guasa bagi merawat dan melegakan penyakit yang tertentu seperti meningkatkan metabolisme tubuh, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem kekebalan (imunisasi) serta banyak lagi dengan izin Allah.


Bersambung...
Post a Comment