Tuesday, 31 January 2017

TERAPI URUTAN GUASA (2)

Sejarah Guasa

Kaedah terapi urutan guasa dikatakan bermula sejak Dinasti Ming dan Tang.  Guasa berkait rapat dengan kaedah akupuntur. Dalam kesusasteraan purba, banyak mengisahkan lagenda asal akupuntur yang mempunyai kaitan dengan guasa seperti penciptaan teknik terapi oleh Fu Xi dengan menggunakan “stone needle” iaitu sejenis batu yang digunakan dalam teknik ini. juga dikenali dengan nama “bian stone’ dan “arrow-headed’ stone.

Maksud Guasa (Gua Sha)

Gua ditakrifkan sebagai berulang atau gesekan, sehala dengan sedikit tekanan dikenakan semasa menggores dengan menggunakan bucu yang licin ke atas kawasan berminyak sehingga kesan kemerahan sha timbul.

Sha pula didefinisikan sebagai pasir atau kulit ikan jerung yang menggambarkan ke san ke atas kulit selepas melakukan Gua sha (kesan kemerah-merahan), seperti pasir berada di atas kulit dan kasar seperti kulit ikan jerung.


Kepentingan dan Faedah Guasa

Guasa merupakan sejenis terapi semula jadi, yang boleh mencapai tujuan penyembuhan beberapa penyakit hanya dengan mengikis atau menggosok beberapa bahagian kulit.  Antara beberapa manfaat terapi urutan guasa adaah seperti berikut:

1.  Mencegah dan merawat penyakit

Penyekatan racun metabolik (toksin) dalam saluran darah adalah sebab utama menyebabkan kurang sihatnya manusia dan timbulnya pelbagai penyakit. Aliran darah yang lemah tidak dapat menghalang toksin untuk masuk atau bersarang di dalam tubuh manusia. Akibatnya, akan menyebabkan kesesakan saluran darah dan menjadikan lemahnya fungsi organ di dalam badan sehingga menyebabkan pelbagai jenis penyakit.  Tanda-tanda kehadiran simpton penyakit seperti kolesterol yang tinggi, darah tinggi, penyakit gastrousus, radang dan sebagainya.

Dengan mengikis kulit, guasa akan mengembangkan saluran darah dan liang peluh untuk meningkatkan aliran darah.  Kesannya, akan memudahkan pelepasan intravascular statis, demam, toksin dan bahan buangan lain dalam meningkatkan metabolosme. Seterusnya, darah yang mengandungi nutrien akan membekalkan nutrien tanpa halangan untuk menyediakan khasiat yang cukup kepada organ-organ dan tisu. Apabila peredaran darah baik, pasti dapat mencegah dan mengubati penyakit.

2.  Anti Penuaan

Apabila aliran darah terhalang oleh sistem intravascular metabolisme, aliran darah akan menjadi lemah, organ-organ badan mengalami perubahan patologi, toksin akan bertukar kepada luka-luka. Hal ini demikian akan menyebabkan kemurungan, sembelit, air kenciing kotor dan sebagainya.


Dengan mengikis tepat kepada titik meridian tubuh, akan dapat meningkatkan fungsi perkumuhan organ-organ dan saluran darah.  Selain itu, dapat menggalakkan diuresis, membaiki sistem usus, merangsang sistem peluh. Hasilnya, akan mengaktifkan metabolisme badan sehingga mencapai kesan kecantikan kulit dan anti penuaan.

bersambung...
Post a Comment