Friday, 26 August 2016

KEMBALINYA MANUSIA KE TEMPAT ASAL

Assalamu’alaikum wwt..

Manusia terdiri dari dua bahagian, iaitu jasmani dan rohani. Jasmani adalah bahagian manusia yang umum, sedangkan rohani adalah bahagian manusia yang khusus. Kembalinya bahagian manusia yang umum ke tempat asalnya disebut 'darajat' kerana mengamalkan ilmu Syariat, Tariqat dan Ma'rifat. Rasul bersabda; "Hikmah yang mencakup adalah mengenal Allah bila dilakukan tanpa riya' dan sum 'ah”

Darajat ada tiga tingkatan , iaitu:
1- Syurga di alam Mulki, iaitu Jannatul Ma 'wa
2- Syurga di alam Malakut , iaitu 'Jannatul Na 'im
3- Syurga di alam Jabarut , iaitu 'Jannatul Firdaus'.

Ini adalah kenikmatan jasmani. Jasmani tidak akan sampai kepada alamnya kecuali dengan tiga ilmu, iaitu Syariat, Tariqat dan Ma'rifat. Nabi bersabda: “Hikmah yang mencakupi adalah mengenal Allah dan mengamalkannya”

Oleh kerana itu Rasul berdoa: 'Ya Allah, tunjukilah kami bahawa yang henar adalah henar dan beri kemampuan mengikutinya. Dan tunjukkan kepada kami hahawa yang salah itu salah dan berikan kemampuan menjauhinya’

Sabda Nabi: 'Barangsiapa yang mengenal dirinya dan lawannya, bererti dia mengenal Tuhannya dan mengikutinya’

Kembali dan sampainya bahagian manusia yang khusus (ruhani) adalah Qurbah' dengan sebab mengamalkan ilmu Hakikat, yaitu Tauhid di alam Qurbah, iaitu alam Lahut. Pencapaian alam ini disaat  ia hidup di dunia, kerana sesuatu yang ia biasakan dalam keadaan tidur maupun terjaga. Bahkan bilamana tidur, hati akan menemukan peluang untuk kembali ke negeri asalnya secara menyeluruh atau sebahgian Firman Allah dalam surah Az-Zumar ay at 42: "Allah memegang jiwa (orang) ketika mati-nya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum man diwaktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan”

Oleh kerana itu Nabi bersabda: 'Tidurnya seorang Alim lebih besar pahalanya daripada orang bodoh ‘ iaitu orang yang telah hidup hatinya dengan cahaya Tauhid dan dengan lisan sirri tanpa huruf dan suara.

Firman Allah dalam Hadits Qudsi;
"Manusia adalah rahsia-Ku dan Aku adalah rahsia manusia”

Allah berfirman dalam Hadits Qudsi;
"Ilmu batin adalah rahsia diantara rahsia-Ku. Aku jadikan di dalam hati hamha-hamba-Ku dan tidak ada yang menempatinya kecuali Aku”

Firman Allah;
"Aku ini berada pada sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Bila dia mengingat-Ku pada hatinya, Aku pun mengingat-nya pada zat-Ku. Dan bila dia mengingat-Ku pada suatu kumpulan, maka Aku pun akan mengingati-nya di dalam kumpulan yang lebih baik daripada-nya”

Yang dimaksud dengan Hadits ini adalah manusia pada wujud manusia, iaitu di alam ‘tafakur'.
Nabi s a w. bersabda: "Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah setahun”

Sabda Nabi s a w.; "Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah 70 tahun, daripada ibadah seribu tahun”

Maksudnya ialah manusia yang berfikir dalam maslah-masalah ‘Furu’ (cabang), maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah setahun. Berfikir untuk mengetahui hal-hal yang diwajibkan oleh  Allah dalam ibadah dan berfikir tentang aturan-aturan ibadah wajib,maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah 70 tahun. Dan berfikir tentang ma'rifat kepada Allah, maka nilai tafakurnya daripada beribadah seribu tahun.

Sayyid Yahya bin Muadz Ar-Razi berkata: 'Seorang wali adalah wewangian Allah di bumi’. Orang-orang yang benar akan mencintainya. Wewangiannya akan sampai pada hatinya dan timbullah kerinduan untuk bertemu dengan Tuhannya. Ibadahnya semakin meningkat sesuai dengan keadaannya masing-masing dan sesuai dengan kefanaannya, kerana bertambahnya qurbah tergantung pada bertambahnya fana. Seorang wali adalah seorang yang fana (melebur diri) dalam keadaannya dan yang lain ‘musyahadah' kepada Allah. Dirinya seakan-akan tidak punya pilihan lagi dan tidak ada tempat kembali selain Allah. Mereka adalah orang-orang yang diberi kekuatan karamah.

Sekian.
Semoga memberi manfaat kepada diri saya dan para pembaca.

Rujukan:

Sirrul Asrar, As-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, terjemahan K.H Zezen Zaenal Abidin Zayadi Bazul Ashhab., Thinker’s Library, 2008

Thursday, 25 August 2016

MENCARI KESEMPURNAAN DIRI

Assalamu'alaikum wwt.


Dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini yang bersifat sementara, kita perlu mencari bekal untuk dibawa pulang ke negeri yang kekal abadi iaitu negeri akhirat. Justeru, kita mencari dan melengkapkan ilmu zahir (syariat) dan ilmu batin (ma'rifat) supaya kita kenal Diri dan kenal Allah. Tulisan ini adalah lanjutan daripada penceritaan tentang asal usul manusia yang diutus oleh Allah di atas muka bumi ini untuk mencari jalan pulang. tulisan ini dirujuk daripada buku berjudul“Sirrul Asrar” karangan As-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang diterjemah oleh K.H. Zezen Zaenal Abidin Zayadi Bazul Asyhab. Semoga Allah merahmati mereka.

Dua Macam Ilmu

Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita , iaitu:
  • Ilmu zahir, yakni syariat.
  • Ilmu batin, yakni ma'rifat.


Syariat untuk jasad kita dan ma'rifat untuk batin. Kedua-duanya harus dipadu dan dari perpaduannya membuahkan hakikat, seperti halnya pohon dan daun yang menghasilkan buah Sebagai mana firman Allah dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20: "Dia membiarkun dua lautan mengatir yang keduanya kemudian bertemu, antara kcduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing”

Dengan ilmu zahir sahaja manusia tidak akan mencapai hakikat dan tidak akan sampai pada inti tujuan ibadah. Ibadah yang sempurna hanya dapat diwujudkan oleh perpaduan antara ilmu zahir dan ilmu batin, sebagaimana firman Allah dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka supaya menyembah-Ku”

Yang dimaksudkan dengan ibadah disini ialah ma'rifat. Manusia tidak akan beribadah secara sempurna kepadaNya tanpa ma'rifat yang sesungguhnya. Ma'rifat dapat terwujud setelah hilangnya segala sesuatu yang menghalangi cermin hati dengan terus berupaya membersihkannya sehingga manusia dapat melihat indahnya sesuatu yang terpendam dan tertutup di dalam rasa di lubuk hati Firman Allah dalam Hadits Qudsi:
"Aku adalah 'Kanzun Mahfiyyan' (yang terpendam dan tertutup). Aku ingin ditemukan dan dikenali. Kuciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku”

Maka jelaslah bahawa tujuan pencipta manusia adalah agar manusia ma'rifat kepada Allah. Ma'rifat itu ada dua macam, iaitu ma'rifat sifat Allah dan ma'rifat zat Ma'rifat sifat adalah tugas jasad didunia dan akhirat (di alam Lahut, sejak manusia hidup di dunia), sebagaimana Firman Allah: "Kuperkuat manusia dengan ruh Al-Qudsi” (Surah Al-Baqarah ayat 87)

Seluruh manusia dalam dirinya mempunyai ruh Al-Qudsi. Ma'rifat sifat dan ma'rifat zat hanya dapat dicapai dengan perpaduan antara ilmu zahir dan ilmu batin Rasul bersabda: "Ilmu itu ada dua macam. Pertama: Ilmu lisan, sebagai hujjah Allah dan hamhanya. Kedua: Ilmu batin yang hersumber di lubuk hati. Ilmu inilah yang berguna untuk mencapai tujuan pokok dalam ibadah”

Mula-mula manusia memerlukan ilmu syariat agar badannya mempunyai kegiatan dalam mencari ma'rifat pada ma'rifat sifat, iaitu darajat. Kemudian memginginkan ilmu batin agar ruhnya mempunyai kegiatan untuk mencapai ma'rifatnya pada ma'rifat zat. Untuk mencapai tujuan ini, manusia harus meninggalkan segala sesuatu yang menyalahi syariat dan tariqat. Hal ini akan dapat dicapai dengan melatih diri meninggalkan keinginan nafsu walaupun terasa pahit dan melakukan kegiatan ruhaniyyah dengan tujuan mencapai ridha Allah serta bersih dari riya' (ingin dipuji orang lain) dan 'sum'ah' (mencari kemasyhuran). Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 110: "Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh. Dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam berihadah kepada tuhannya”

Yang dimaksudkan dengan alam ma'rifat adalah alam lahut, iaitu negeri asal tempat diciptakannya ruh Al-Qudsi dalam wujud terbaik. Yang dimaksudkan ruh Al-Qudsi ialah hakikat manusia yang disimpan di lubuk hati; keberadaannya akan diketahui dengan taubat dan talqin dan mudawamah (mengamalkan dengan terus menerus) kalimat "La Ilaaha lilallah". Pertama dengan lidah fisiknya, kemudian bila hatinya sudah hidup beralih dengan lidah hatinya. Ahli Tasauf menamakan ruh Al-Qudsi dengan sebutan "Tiflul Ma'ani” (bayi ma'nawi) kerana ia dari ma'nawiyah qudsiyyah'.

Tiflul Ma’ani

Pemberian nama tiflu! ma'ani' didasarkan kepada;
  • la lahir dari hati, seperti lahirnya bayi dari rahim seorang ibu dan ia diurus dan dibesarkan hingga dewasa.
  • Dalam mendidik anak-anak tentang ke-Islaman, ilmu yang didahulukan adalah ilmu ma'rifat. Begitu pula bagi bayi ma'nawi ini.
  • Bayi bersih dari segala kotoran dosa lahiriyah Begitu pula bayi ma'nawi, ia bersih dari syirik (menyekutukan Allah) dan ‘gaflah' (lupa kepada A llah).
  • Perumpamaan bayi ma'nawi merupakan gambaran kesucian kerana anak-anak lebih banyak yang suci daripada yang lainnya Oleh kerana itu bayi ma'nawi terlihat dalam mimpi dengan rupa yang indah dan tampan.
  • Ahli syurga disifati dengan sifat anak-anak, sebagaimana firman Allah "Mereka dikelilingi anak-anak muda yang tetap mudanya(Surah Waqi'ah 17). Firman Allah "Anak-anak muda melayani mereka, bagai mutiara yang terpendam” (Ath-Thur: 24 ).
  • Kerana bayi ma'nawi itu halus dan suci.
  • Penggunaan nama 'tiflul ma'ni’ adalah 'majazi 'ditinjau dari kaitannya dengan badan, ia berwujud seperti rupa manusia, juga kerana manisnya bukan kerana kecilnya: dan dilihat dari awal adanya. Ia adalah manusia hakiki kerana dialah yang berhubungan langsung dengan Allah, sedangkan badan dan ruh jasmani bukan mahramnya bagi Allah berdasarkan Hadits Nabi saw; 'Aku punya waktu khusus dengan Allah; malaikat terdekat, nabi dan rasul lidak akan dapat memilikinya' Yang dimaksudkan dengan malaikat terdekat dalam hadits tadi adalah ruh ruhani yang diciptakan di alam Jabarut, seperti halnya malaikat dapat masuk ke alam Lahut Sabda Nabi saw.: 'Allah memiliki syurga yang tanpa bidadari dan istana serta tanpa madu dan susu. Kenikmatan di syurga itu hanya satu, iaitu melihat zat Allah'. Hal ini dijelaskan dalam AJ-Quran: ' Wajah-wajah (orang-orang Mu mm) pada hari itu berseri-seri' (Al-Qtyamah :22). Juga dijelaskan dalam Hadits Nabi saw 'Kamu sekalian akan melihat Tuhanmu, seperti kamu melihat sinar bulan purnama'. Bila malak jasmani, yakni segala sesuatu selain ruh Al-Qudsi masuk di alam Lahut, maka pasti akan terbakar.

Ulasan:

Tulisan yang tersebut di  atas tadi merupakan fahaman metafizika yang melampaui pemikiran zahir manusia. Untuk memahami maksud tersebut, memerlukan ilmu dan panduan daripada guru yang arifbillah (kenal Allah). 

Sekian, jumpa lagi.

Wednesday, 24 August 2016

MENGENANG KEMBALI ASAL USUL KITA (MANUSIA)

Assalamu’alaikum wwt.
Saudara pembaca yang dikasihi,

Kita lahir dan hidup di atas muka bumi ini sebenarnya telah melalui jalan yang panjang sebelumnya. Namun begitu, ramai yang tidak sedar termasuklah diri saya sendiri akan hal ini.  Kita sering dilekakan dengan kehidupan duniawi yang mempersonakan, lantas lupa akan asal-usul kita. Tulisan pada kali ini mengajak saudara pembaca sedar akan kedudukan kita dan kembali tunduk kepada Allah. Sebenarnya tulisan ini saya salin daripada sebuah buku bertajuk “Sirrul Asrar” karangan As-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang diterjemah oleh K.H. Zezen Zaenal Abidin Zayadi Bazul Asyhab. Semoga Allah merahmati mereka.

Awal Penciptaan Makhluk

Makhluk yang pertama yang diciptakan Allah adalah Ruh Muhammad saw. la diciptakan daripada cahaya  Jamal Allah Sebagaimana firman Allah didalam Hadis Qudsi: "Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat-Ku"

Nabi s a w bersabda: "Yang pertama diciptakan oleh Allah lalah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah lalah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah talah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah lalah akal".

Hakikat Muhammad disebut NUR kerana bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagai mana firman Allah " Telah datang kepadamu cahaya dan kitab penerang dari Allah". Hakikat Muhammad disebut juga AKAL, kerana ia yang menemukan segala sesuatu Hakikat Muhammad disebut QALAM, kerana ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk, sesuai dengan sabda Rasul s a w: "Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku”

Dan dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di alam ‘Lahut' dalam bentuk yang terbaik yang hakiki Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut. Alam Lahut adalah negeri asal bagi seluruh manusia setelah 4,000 tahun. Allah menciptakan Arasy dari cahaya zat Muhammad s a w ikhluk lains.a.w berasal dari zat Muhammad.

Selanjutnya ruh-ruh diturunkan ke alam yang terendah, dimasukkan pada makhluk yang terendah, iaitu jasad, sebagaimana Firman Allah: "Kemudian Ku turunkan manusia ke tempat yang terendah".

Proses turunnya adalah setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan ke alam Jabarut dan dibalut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua haram lapis kedua ini disebut ruh 'Sultani’. Selanjutnya diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibalut dengan cahaya Malakut yang disebut ruh ‘Ruhani’. Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki Lapis keempat ini disebut ruh ‘Jismani’.

Selanjutnya Allah menciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi) sebagaimana firman Allah:
"Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikanmu. Dan dari bumi pulalah aku mengeluarkanmu”.

Setelah terwujud jasad, maka Allah memerintahkan ruh agar memasuk ke dalam jasad dan ruh masuk ke dalam jasad, sebagai-mana firman Allah: "Ku tiupkan ruh dari-Ku ke dalam jasad".

Ketika ruh berada didalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian: "Alastu birabbikuml" (Bukankah aku ini tuhanmu?) Ruh menjawab "Benar, Engkau adalah Tuhan kami”.

Kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat awal. Dengan kasihnya Allah menolong mereka dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal bagi mereka, sesuai dengan firman Allah "Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah di alam Lahut. Lain halnya dengan para nabi, mereka datang ke bumi, dan kembali ke akhirat badannya di bumi, sedangkan ruh intinya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini. Sangat sedikit orang yang sedar dan kembali serta berkeinginan dan sampai ke alam asal.

Kerana sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad Rasulullah. Penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang. Ia ditulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka hatinya. Nabi mengajak mereka agar kembali dan sampai, serta bertemu dengan ‘Jamal Allah' yang azalli, sesuai dengan firman Allah; "Katakanlah: "Ini adalah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandanganyang jelas. Aku dan para pengikutku”

Nabi bersabda:"Para sahabatku seperti bintang-bintang, mengikut yang matia pun kamu akan mendapat petunjuk”.

Pada ayat tadi dijelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang didalam Al-Quran disebut 'basyirah. Basyirah adalah dari ruh asli vang terbuka pada mata hati bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan ilmu zahir saja, tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu Ladunni batin (ilmu yang langsung dari Allah). Sesuai dengan Firman Allah: "Kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung dari Aku".

Untuk menghasilkan basyirah, manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang telah berkomunikasi dengan alam Lahut.

Bersambung..

Monday, 15 August 2016

ILMU ROHANI atau ILMU RASA

Assalamu’alaikum wwt

Ilmu rohani juga dikatakan ilmu rasa (zauk) kerana perbahasan ilmu ini adalah mengenai rasa. Yakni rasa-rasa atau perasaan semula jadi yang bertapak di hati sama ada rasa positif atau rasa negatif. Rasa ini berhubung kait dengan roh. Bila ada roh, adalah rasa. Bila roh tidak ada seperti jamadat (seperti batu, pasir, besi), rasa pun turut tidak ada padanya. Ertinya hakikat rasa adalah rohnya. Yang rasa marah itu adalah roh. Yang rasa sakit adalah roh. Yang rasa angkuh pun roh. Yang rasa sabar dan rasa sayang adalah roh. Begitulah seterusnya rasa-rasa yang lain. Sebab itulah ilmu roh ini juga dikatakan ilmu rasa.

Rasa positif seperti cinta, berani, ikhlas, kasih, sabar dan lain-lain, semuanya dirasa oleh roh di dalam jasad. Begitu juga dengan rasa negatif seperti kecewa, marah, angkuh, hasad dan lain-lain lagi. Ini juga berhubung kait dengan roh.

Rasa positif (mahmudah) yang bertapak di hati itu akan lahir pada sikap atau pada anggota lahir yang akan bertindak melakukan macam-macam kebaikan. Manakala rasa-rasa negatif (mazmumah) juga akan lahir pada sikap atau pada anggota lahir, yang mana ia juga akan bertindak secara negatif pula.

Terapi Diri Melalui Ilmu Rasa

Di sini kita akan bahaskan tentang ilmu rasa sehingga rasa positif dan negatif yang bertapak di hati itu benar-benar dapat dirasakan, bukan sekadar diakal-akalkan. Dengan itu, sifat-sifat mahmudah dapat dimiliki (dirasai) dan dapat disuburkan. Manakala sifat-sifat mazmumah pula dikenal pasti dan dikikis-buangkan.

Mungkin selama ini kita baru tahu (sekadar akal) tentang sifat-sifat mahmudah dari ilmu yang kita pelajari tetapi kita belum benar-benar merasai (di hati) sifat-sifat mahmudah itu. Begitu juga dengan sifat-sifat mazmumah, kita sekadar tahu adanya sifat-sifat itu tetapi buat acuh tak acuh sahaja hinggakan tidak serius berusaha membuangnya dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah.

Melalui kaedah roh melihat roh, rasa-rasa positif atau negatif ini dapat dikesan. Setelah dapat dikesan serta dapat pula disuburkan melalui mujahadah dan latihan-latihan secara istiqamah, maka perasaan-perasaan mahmudah yang bertapak di hati itu akan mampu mengubah anggota lahir manusia atau tindaktanduk atau tabiat untuk melakukan kebaikan-kebaikan. Yakni ia menjadi motor (pendorong) atau kuasa untuk seseorang itu berbuat baik.

Umpamanya, rasa ikhlas dalam hati akan menjadikan seseorang itu ikhlas di dalam perbuatannya. Rasa kasih menjadikan dia berkasih sayang dengan manusia. Rasa tawakal dalam hati menjadikan dia seorang yang menyerah diri pada Allah dalam setiap kerjanya. Rasa rindukan Allah dalam hatinya menjadikan dia perindu Allah dan sanggup berkorban apa saja demi Tuhan. Rasa takutkan Allah menjadikannya gementar apabila mendengar nama-Nya disebut dan dia akan menjauhkan segala larangan-Nya. Rasa yakin dengan janji-janji Allah menyebabkan dia terhibur dengan kebenaran dan tahan dengan ujian.

Sehingga lahirlah dalam kehidupan seharian kebaikan-kebaikan yang terserlah seperti dia akan jadi orang yang ikhlas, tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, tawakal, sabar, redha, baik sangka, pencinta dan perindu Allah, sangat sensitif dengan dosa dan kesalahan, suka mengutamakan orang lain dan lain-lain sifat mahmudah lagi.

Firman Allah:  “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah keimanan mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Al Anfal: 2)

Sabda Rasulullah SAW:

1. Dari Iyadh bin Himar r.a., katanya telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada saya, bertawadhuklah (merendah diri) sehingga seseorang tidak menyombongkan diri terhadap lainnya dan seseorang tidak menganiaya terhadap dirinya.” (Riwayat Muslim)

2. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak kurang harta kerana bersedekah dan Allah tidak menambah pada seseorang yang memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seseorang yang bertawadhuk (merendah diri) kerana Allah, melainkan dimuliakan Allah.” (Riwayat Muslim)

3. Daripada Aisyah r.ha., katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah lunak, tenang dan suka pada ketenangan dalam semua urusan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. “Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain.” (Riwayat Qudha‘i dari Jabir)

Terlalu banyak sifat mahmudah ini disebut di dalam Al Quran dan Hadis khususnya ditujukan kepada orang-orang mukmin. Tujuannya supaya mereka meyakini kemudian merasainya. Meyakini tidak sama dengan merasai. Meyakini atau mempercayai itu hanya pada akal atau atas dasar ilmu. Ada hujah-hujah dan dalil tentang itu sehingga akal tidak boleh menolaknya. Tetapi merasai itu di hati, iaitu hati menghayatinya serta sangat memberi kesan terhadap sikap hidupnya.

Selama ini kita hanya yakin atau percaya tentang sabar, redha, tawakal, takut, cinta, harap, kasih sayang, pemurah, ikhlas, zuhud, malu, merendah diri, tolak ansur, pentingkan orang lain dan lain-lain lagi. Tetapi ia belum subur di dalam hati dan tidak pernah menjadi pengalaman dalam diri, apalagi merasai hal-hal itu semua. Yakni hati belum lagi menghayatinya dan belum menjadi tabiat diri. Maka ia tidak akan berkesan di dalam sikap diri dan dalam kehidupan.

Seperti yang dikatakan tadi, meyakini sifat-sifat itu tidak sama dengan merasai (menghayati)nya. Dua perkara yang san-gat berbeza. Semua orang boleh bercakap atau memperkatakan hal ini, bahkan mempercayainya. Percaya itu di akal tetapi rasa itu di hati.

Untuk mudah difahami biar dibuat satu perbandingan. Seorang yang yakin dan percaya bahawa harimau itu menakut-kan tidak sama dengan seorang yang rasa takutkan harimau. Percaya, baru di peringkat ilmu tetapi rasa takutkan harimau itu adalah rasa dan pengalaman. Semua orang bila sebut harimau akan percaya yang harimau itu menakutkannya. Tetapi rasa takut itu belum ada dalam hati.

Bilakah rasa takut itu benar-benar bertapak di hati? Itulah sewaktu terserempak dengan harimau. Spontan saja timbul rasa takut yang amat sangat di dalam hati. Takut yang mungkin tidak terkawal lagi. Ibarat kucing yang sedang menggonggong anaknya, akan terjatuh anaknya dari mulutnya lantaran rasa takut itu terlalu menguasai dirinya. Itulah kesan dari rasa takut. Sedangkan orang yang tidak berdepan dengan harimau, tidak terkesan apa-apa. Walaupun dia tahu yang harimau memang menakutkan.

Demikianlah bandingannya dengan contoh rasa-rasa yang lain. Seperti rasa manis pada gula, tidak dapat dikesan kalau kita cuma tahu yang gula itu manis. Tetapi bila dimakan barulah terasa manisnya. Demikian juga rasa pedas pada cili. Atas dasar ilmu memanglah semua orang percaya yang cili itu mempunyai sifat pedas tetapi belum merasai pedas. Sudah makan cili barulah rasa pedasnya. Selagi tidak dimakan, walaupun kita cukup tahu yang cili itu pedas, pasti tidak akan terasa pedasnya.

Begitu jugalah selama ini, akal atau ilmu kita percaya dan yakin bahawa takut, hebat, sayang, gerun, sensitif, malu, me-rendah diri, cinta, harap, tawakal dan rindu dengan Allah itu semuanya diperintahkan tetapi kita belum merasainya di dalam hati.

Rasa-rasa ini jika benar-benar bertapak dalam hati, ia akan mendorong anggota lahir manusia bertindak membuat seribu satu macam kebaikan. Dengan kata-kata lain, ia merupakan penghayatan tauhid di dalam hati. Yakni bukan sekadar diketahui oleh akal sebagai ilmu tetapi ia benar-benar dirasai oleh hati. Setiap ilmu itu kalau sekadar difahami di akal tanpa dirasai oleh hati, maka ilmu itu akan jadi mental exercise semata-mata. Tidak untuk dijadikan tindakan di dalam kehidupan. Jadilah ia bahan perbahasan di dalam kertas-kertas kerja atau teori falsafah sahaja. Ia sekadar menjadi bahan perbincangan di muktamarmuktamar atau seminar-seminar, sebagai perbahasan ilmiah di dalam tulisan-tulisan, sebagai bahan kajian atau tesis atau hanya untuk peperiksaan bagi melayakkan dapat sijil atau degri serta sekadar diperbincangkan. Ternyata ia tidak berlaku dalam sikap dan kehidupan.

Itulah yang berlaku di kalangan sebahagian besar para ilmuan terutama para ulama sekarang ini. Iaitu ilmu menjadi bahan perbincangan semata-mata. Tidak untuk mengubah sikap daripada jahat kepada baik. Daripada tidak berakhlak kepada berakhlak. Daripada sombong kepada merendah diri. Daripada bakhil kepada pemurah. Tidak juga mengubah daripada cinta dunia kepada cinta Allah SWT. Daripada takutkan makhluk kepada takutkan Allah. Daripada sensitif dengan dunia kepada sensitif dengan kesalahan dan dosa atau sensitif dengan Akhirat. Daripada kasar kepada berkasih sayang. Daripada keluh-kesah kepada ketenangan. Daripada penting diri kepada mengutamakan orang lain dan sebagainya.

Ilmu rohani atau ilmu rasa (zauk) ini bukan senang hendak disuburkan ke dalam hati, sekalipun asasnya sudah ada. Selama mana hati tidak dapat dibersihkan daripada mencintai dunia serta sifat-sifat mazmumah yang lainnya, maka selama itulah cinta kepada Allah tidak akan bertapak di hati. Rasa hamba tidak akan terasa. Rasa hebat kepada Allah tidak akan tersemat. Rasa kasih sayang tidak akan berbunga. Rasa rindu jauh sekali. Rasa timbang rasa tidak akan wujud. Rasa pemurah tidak akan ada. Rasa diawasi oleh Allah tidak akan timbul. Rasa sensitif dengan dosa tidak akan bertapak di dalam hati. Rasa senang menunggu janji dari Allah tidak akan ada dan begitulah seterusnya.

Kalau rasa-rasa yang disebut di atas tadi belum bertunjang di hati atau tidak subur di dalam hati (zauk), dengan apa lagi yang akan mendorong manusia untuk membuat kebaikan? Apakah lagi perkara lain yang akan menjadi enjin atau motor yang mampu menolak kejahatan atau mendorong mencetuskan kebaikan?

Kalaupun kelihatan ada kebaikan-kebaikan lahir yang di-buatnya, itu bukanlah didorong oleh hati (iman). Tetapi atas dorongan kepentingan peribadi – huzuzunnafsi.

Contoh-contohnya:
  • Seorang yang menolong orang atas dasar inginkan undinya.
  • Memberi fatwa untuk hiburkan hati tuan, bukan Tuhan.
  • Berkhidmat kepada masyarakat kerana inginkan kemasy-huran.
  • Bersedekah kerana nama.
  • Membantu kerana hendak mengelak daripada kejahatan manusia.
  • Hormatkan orang kerana takutkan kuasanya.
  • Beri kasih sayang kerana inginkan bantuan dan pemberian-nya.
  • Bekerja kerana gaji atau elaun.
  • Membanteras kemungkaran kerana diarahkan oleh tuan, bukan kerana itu perintah Tuhan.
  • Berseminar atau membentangkan kertas kerja kerana ada peluang-peluang untuk dapat duit yang dicurahkan dalam seminar-seminar itu dan bukan tujuan perlaksanaan.
  • Memperkatakan Islam supaya jangan rasa ketinggalan di zaman kebangkitan Islam ini. Atau jangan sampai dituduh orang tidak mengikuti perkembangan semasa dan macam-macam desakan kepentingan peribadi (huzuzunnafsi).


Semua itu bukan merupakan kebaikan yang hakiki, tetapi cuma untuk sementara waktu. Ia hanya dorongan luaran, bukan dorongan dalaman. Di sisi Allah, mereka termasuk ke dalam golongan orang yang berpura-pura baik atau bersifat nifak. Di waktu-waktu kepentingan tidak ada, kebaikan itu tidak dibuat lagi. Orang begini biasanya kebaikan yang dibuat itu tidak tahan diuji. Yakni kalau ada ujian dia tidak akan dapat meneruskan kebaikan itu.

Untuk golongan ini Allah SWT ada mengingatkan di dalam firman-Nya: “Barangsiapa yang mengkehendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), kerana di sisi Allah ada pahala dunia dan Akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (An Nisaa’: 134)

Cara Mendapatkan Ilmu Rasa (Zauk)

Ilmu rohani atau ilmu tasawuf atau ilmu rasa (zauk) ini tidak akan dapat diperolehi dengan hanya diberitahu atau dipelajari saja. Ianya mesti diusahakan melalui beberapa langkah iaitu:
1.           Mendapat pimpinan guru mursyid atau guru yang bertaqwa.
2.           Mengetahui tentang ilmu rohani.
3.           Melalui tarbiah atau didikan.
4.           Melalui latihan melawan nafsu.
5.           Sanggup mujahadah melawan nafsu.
6.           Istiqamah bermujahadah.
7.           Selalu berfikir tentang dosa dan kelemahan diri di samping berfikir tentang kebesaran Allah.
8.           Berdoa mengharapkan pertolongan Allah.

Sebenarnya, lapan cara untuk mendapat zauk ini tiada beza-nya dengan cara-cara mendapatkan iman dan taqwa. Sebab zauk ini adalah sama dengan menanamkan iman dan taqwa. Kelainan istilah dan susunan hanya memperlihatkan bahawa proses itu boleh berlaku dalam berbagai cara.

Apa yang berlaku di seluruh dunia hari ini ialah sekolah-sekolah, kolej-kolej, institusi-institusi dan universiti-universiti Islam menyampaikan ilmu semata-mata. Ertinya pelajar-pelajar atau siswa-siswi atau orang ramai hanya diberikan taalim tanpa diberi tarbiah atau didikan, tanpa ada latihan (riadatunnafsi), tanpa bimbingan mujahadatunnafsi, tanpa disiplin-disiplin ibadah tertentu dan tanpa pimpinan terus oleh guru-guru yang terlibat dengan taalim yang mana guru itu pula mesti menjadi contoh. Untuk mendapat guru mursyid memanglah susah terutama di akhir zaman ini kerana bukan mudah untuk menjadi guru mursyid. Iaitu guru yang dirinya itu menjadi model dan contoh.

Guru yang sekadar berikan kuliah ilmu, lepas itu terpulanglah kepada murid untuk faham atau tidak, untuk beramal atau tidak. Esoknya ditambah dengan kuliah ilmu yang baru pula. Guru seperti ini mudah dicari. Begitu juga pelajar-pelajar dan siswa-siswi hanya buka kitab, tutup kitab dan strugglelah sendiri kalau ingin faham atau lulus dalam pelajaran mereka. Hubungan murid dengan guru tidak ada langsung. Lebih-lebih lagi guru-guru itu tidak pula menjadi contoh kepada pelajar-pelajarnya. Usahkan guru hendak memimpin murid, dirinya sendiri pun tidak terpimpin. Kalaupun ada kelas tambahan atau tutorial selepasnya, itupun dibuat kerana hendak lulus periksa. Bukan dibuat untuk memimpin dan mendidik murid-muridnya. Jadi bagaimanakah mereka dapat melahirkan anak-anak murid yang terdidik dan berakhlak mulia?

Begitu juga berlaku sebahagian besar di pondok-pondok dan pesantren-pesantren di seluruh dunia hari ini, selepas guru-guru atau ustaz-ustaz mengajar Babul Buyuk (bab jual beli) misalnya, mereka tidak pun berusaha untuk melaksanakan apa yang dipelajari. Seolah-olah Allah suruh belajar untuk tahu sahaja, bukan untuk dilaksanakan. Yang sedihnya kadang-kadang kita lihat, betul-betul di sebelah pondok atau pesantren itu, tersergam kedai orang bukan Islam yang berniaga dan menjadi tempat belibelah penduduk sekitar pondok itu. Seluruh kakitangan pondok, dari murid-muridnya hingga ke ustaz-ustaznya turut bertumpu ke kedai tersebut. Membantu membangun dan memajukan ekonomi orang bukan Islam.

Sistem ekonomi Islam yang dipelajari tidak pun diusahakan dan ditegakkan. Patutnya hasil pelajaran itu, guru-guru terus melatih murid-muridnya mempraktikkan ilmu dalam kedai-kedai kecil yang modalnya diusahakan bersama. Usahakan sampai kaedah perniagaan Islam itu tertegak dan perniagaan yang tidak ikut sistem Islam itu dapat dihapuskan. Sebagaimana Rasulullah SAW berjaya mengatasi ekonomi kapitalis Yahudi di Madinah melalui perniagaan Islam ‘Suqul Ansar’.

Firman Allah SWT: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (Al Fath: 29)

Tetapi mengapa terjadi sekarang ini hal yang sebaliknya? Sebab ilmu yang diberi itu ilmu yang mati (beku). Tidak ada rohnya. Maka kesannya, guru dan murid tidak rasa apa-apa terhadap perniagaan orang kafir itu. Tidak timbul rasa cemburu, tidak rasa tercabar, tidak malu dan tidak ingin berlumba-lumba untuk menegakkan ekonomi Islam bagi menggantikan ekonomi orang bukan Islam itu. Tegasnya, jiwa perjuangan atau jihad fisabilillah tidak ditanam ke dalam jiwa melalui pengajaran yang dibuat. Hasilnya murid tiada upaya untuk memperjuangkan ilmu Allah yang telah diketahuinya. Jadilah umat Islam jumud dan beku.

Jadi, ilmu yang hanya menjadi mental exercise ini tidak akan dapat dihayati oleh hati. Akhirnya lulusan pengajian Islam ini tidak dapat menjadi contoh kepada masyarakat. Hinggakan masyarakat tidak nampak contohnya lagi. Maka berterusanlah masyarakat hidup dalam dunia sekularnya.

Oleh itu menghayati ilmu rasa atau ilmu tasawuf itu sangat penting kepada kaum muslimin kerana ia menjadi pendorong yang kuat kepada kebaikan dan benteng yang kebal kepada kejahatan. Kalau tidak nanti manusia itu ibarat kereta tanpa enjin. Walaupun bodynya baik, cantik dan gagah tetapi ia tidak dapat bergerak ke hadapan atau tidak dapat digunakan atau tidak dapat dimanfaatkan.

SUMBER:

http://www.usahataqwa.com/rohaniah/ilmu-rasa/


Wednesday, 3 August 2016

TUJUAN SIHIR TELAH TERBONGKAR

Assalamu’alaikum wwt.
Para pembaca yang dihormati, semoga kita semua dirahmati oleh Allah.

Dalam kesempatan hidup yang ada ini, marilah kita berbuat kebaikan walau dengan apa cara sekalipun.  Kalau boleh, jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Jadilah manusia yang tidak menyakiti orang lain. Keberkatan hidup akan dapat diperoleh jika kita dapat membahagiakan orang lain dengan bantuan yang kita hulurkan walaupun bantuan tersebut tidak seberapa. Doa yang baik daripada mereka itulah yang kita harapkan dan bukannya doa yang buruk daripada mereka. Kita mana tahu darjat mereka di sisi Allah? Dengan sebab doa mereka, kita beroleh keampunan daripada Allah malah dengan doa mereka juga mungkin kita dilaknat oleh Allah. Janganlah iri hati dan dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain, tetapi berusahalah sendiri dengan cara yang baik.

Kata-kata yang tersebut di atas merupakan pembayang kepada cerita yang akan saya kongsikan kepada pembaca.

Sihir Berulang Kembali

Masih ingatkah tentang kisah tentang seorang pesakit yang mengalami gangguan sihir sebelum ini? Sudah tiga kali sesi rawatan saya jalankan namun, masih belum mencapai kesembuhan yang diharapkan. Mungkin Allah mahu menduga kesabaran keluarga pesakit ini. Saya ingatkan apabila rawatan yang ketiga iaitu merawat pesakit dan merawat rumah (pagar rumah), masalah ini akan selesai, namun masih ada serangan sihir ke atas pesakit ini.

Pada petang itu iaitu sehari selepas saya merawat pesakit di Jerantut, saya dihubungi oleh keluarga pesakit yang mengatakan akan datang membawa pesakit ke rumah saya. “Apa hal pula ni”, bisik saya sendirian. Saya mengizinkan keluarga pesakit membawa pesakit ke rumah saya. Saya menduga tentu keadaan pesakit kembali teruk. Saya menunggu kedatangan mereka..

Selepas Isyak, keluarga pesakit telah sampai ke perkarangan rumah saya. Seperti diduga, pesakit perempuan itu bertindak agresif dan cuba hendak melarikan diri. Dia dipegang kuat oleh suaminya dan dua orang saudara lelakinya. Pesakit dipapah masuk ke dalam rumah sambil meronta-ronta dengan kuat. Tanpa membuang masa saya meruqyah dengan ringkas sambil melakukan  beberapa serangan (batin). Pada kali ini saya tidak mahu melakukan serangan maut tetapi mahu agar jin-jin yang berada di dalam badan ini berbicara. Saya memutuskan untuk berdiplomasi dan mencungkil rahsia daripada jin-jin tersebut tentang misi yang diarahkan oleh tukang sihir. Pada mulanya, jin-jin tersebut enggan bekerjasama tetapi saya mengugutnya akan menghantar mereka ke penjara jin dengan berkat karomah Syeikh Al-Qaqawi. Mendengar sahaja nama syeikh tersebut, jin-jin tersebut ketakukan dan bersetuju untuk bekerjasama. Namun kita harus ingat bahawa walaupun jin-jin tersebut membocorkan rahsia, namun kesahihan ceritanya belum tentu benar. Sekurang-kurangnya, saya mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang punca pesakit disihir. Secara ringkasnya, misi tukang sihir adalah untuk mendapatkan harta yang tersimpan di Gua Bama, Kuala Lipis. Mereka ingin menjadikan pesakit sebagai perantaraan bagi membolehkan harta tersebut dikeluarkan. Lagipun, ada kunci rahsia yang dipegang oleh ibu pesakit itu bagi menimbulkan harta tersebut. “Wah, menarik pula cerita ini!, bisik saya.

Harta Gua Bama

Keluarga pesakit meminta agar saya meneruskan proses rawatan “Kembara dan Rawat” untuk menyusur jalan cerita sebab-sebab jin-jin sihir dihantar. Sekali lagi saya menutup mata pesakit sambil membacakan ayat-ayat pilihan sebagai ikhtiar batin menjejak punca penyakit dan merungkai masalah yang dihadapi.

Dengan izin Allah, pesakit telah menjejak ke tempat tukang sihir dan mendapati ada dua orang sedang melakukan wirid atau membaca sesuatu. Saya menyuruh pesakit mengikat ke dua-dua sosok tubuh tersebut dengan mengunakan tali. Nampaknya, sehingga kali ini, sudah empat orang yang disyakki tukang sihir telah berjaya diikat. Begitu juga, pesakit telah membersihkan (membuang atau memancung) lembaga-lembaga yang berada di luar dan di dalam rumah tersebut.

Atas saranan ibu mangsa, telah meminta saya menjejak penjaga harta di Gua Bama, Kuala Lipis iaitu tempat harta yang dipercayai tersimpan. Menurut keterangan jin yang berada di dalam pesakit tersebut mengatakan bahawa ada seekor harimau (ghaib) yang menjaga gua tersebut dan telah ramai konco-konco jin sihir yang telah dimusnahkan oleh harimau tersebut. Keluarga pesakit merupakan waris yang sepatutnya berhak ke atas harta tersebut, tetapi ada orang lain yang mengambil kesempatan. Dengan berpandukan arahan saya, pesakit saya minta agar berada di luar mulut gua tersebut. Saya menanyakan apa yang dilihatnya. Pesakit memberitahu bahawa ada ramai manusia (ghaib) yang berada di dalam gua tersebut dan menantikan pertanyaan daripada pesakit. Saya meminta pesakit agar diberi izin untuk berjumpa dengan penjaga gua tersebut. Seketika, dengan izin Allah, pesakit telah berada dihadapan seorang sosok manusia yang sedang berzikir dengan kyusuk. Saya meminta pesakit berniat memohon kepada Allah agar diberi kebenaran untuk berbicara dengan sosok manusia tersebut. Sosok manusia tersebut dipercayai ada hubung kait keturunan dengan keluarga pesakit. Alhamdulilllah, kehadiran pesakit telah disambut dengan baik, lalu saya meminta pesakit menerangkan hajat yang dipinta. Sosok manusia tersebut memberitahu beberapa syarat untuk dipatuhi yang berkaitan dengan harta tersebut.

Dalam hal ini memadailah kalau diterangkan bahawa keluarga pesakit tidak mahu lagi ada sangkut paut dengan harta ghaib tersebut kerana banyak risiko yang terpaksa dihadapi. Apa guna harta yang bertimbun, andai kata kehidupan seharian sering terganggu. Lagipun bimbang pula di kemudian hari, semacam ada ikatan ghaib (saka) yang membelenggu kehidupan keturunan keluarga tersebut. Wallahu’aklam..

Sekian sahaja coretan daripada saya yang agak sedikit mistik. Namun itulah kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.


Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kita semua. Amin..

Tuesday, 2 August 2016

PERTARUNGAN MAKIN SENGIT

Assalamu’alaikum wwt..

Tidak dapat dinafikan bahawa penyakit yang berpunca daripada gangguan jin-jin sihir memang memeritkan bagi si pesakit dan keluarga pesakit yang lain. Bagi pesakit, seolah-olah melakukan sesuatu yang diluar kawalan manusia normal. Apa yang pasti, si tukang sihir atau orang yang mengupah tukang sihir ingin agar suspek (pesakit) hidup merana. Itulah tujuan yang sebenar. Sebab itulah perbuatan sihir tergolong dalam golongan dosa-dosa besar. Semoga Allah menjauhi kita daripada amalan ilmu sihir.

Memagar Rumah

Tulisan ini adalah lanjutan daripada kisah terdahulu yang mengisahkan tentang serangan sihir yang menimpa pesakit di Jerantut, Pahang. Saya ingatkan sudah selesai kes ini tetapi nampaknya serangan sihir yang dikenakan kepada pesakit berulang kembali. Hal ini kerana si tukang sihir mendapat bantuan daripada rakan-rakannya yang lain. Apatah lagi, ini adalah misi membalas dendam kerana banyak jin sihir yang dihantar dahulu yang berjaya di tumpaskan. Nampaknya kes ini semakin rumit, namun sebagai perawat, saya terpaksa menyelesaikan kes ini sehingga selesai dengan izin Allah.

Keluarga pesakit meminta saya agar melakukan ikhtiar merawat rumah atau disebut juga sebagai pagar rumah. Mereka mengharapkan agar dengan ikhtiar tersebut serangan sihir tidak dapat menembusi pesakit. Alang-alang saya dah merawat, terpaksalah juga saya memenuhi permintaan keluarga pesakit ini. Pada petang khamis yang dijanjikan, saya bertolak dari Jengka ke rumah pesakit. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Hasrat saya ialah dapat melakukan ikhtiar memagar rumah sebelum waktu maghrib. Namun, sesuatu yang tidak saya duga telah terjadi..

Mengamuk

Sesampainya saya ke rumah pesakit, kelihatan pesakit perempuan tersebut telah mengamuk dan terpaksa ditenangkan oleh suaminya. Agak lucu juga saya melihat mereka berdua bergumpal dan macam aksi bergusti pula. Mujurlah si suami pesakit berbadan besar dan dapat mengawal keadaan. Kelihatan di pergelangan tangan pesakit berbalut dengan kain kerana sebelumnya dia telah mengelar tangannya dengan sebilah pisau. Agak ganas juga gangguan ini rupanya. Tidak dapat tidak, saya terpaksa meruqyah pesakit dengan ruqyah yang pantas dan teknik-teknik untuk melumpuhkan gangguan jin tersebut.  Keadaan yang diluar jangka ini sememangnya terpaksa dihadapi oleh perawat. Oleh itu, usaha untuk memagar rumah terpaksa dilakukan selepas solat maghrib. Kelihatan pesakit telah sedar dan tidak agresif seperti tadi. Saya telah berbual bual sebentar dengan pesakit  dan menanyakan khabarnya. Pesakit sudah boleh tersenyum tetapi masih dalam keadaan lemah. Saya mengundur diri sebentar untuk menunaikan solat maghrib di Masjid Lama Jerantut, berhampiran dengan stesen keretapi Jerantut.

Meruqyah Bahan

Mengikut kaedah yang saya pelajari, usaha merawat atau memagar rumah ini memerlukan bahan-bahan seperti lada hitam, garam dan air. Bahan-bahan ini diruqyah dengan ayat-ayat Quran dan seterusnya di tabur (rejam) di dalam rumah dan juga di luar rumah. Hujan masih lagi lebat dan saya terpaksa menabur bahan untuk pagar di luar rumah. Agak payah juga kerja ini kerana sebelah tangan memegang payung dan sebelah tangan lagi menabur (rejam) campuran garam dan lada hitam di sekeliling pagar rumah. Usaha ini dibantu oleh seorang saudara pesakit yang memercikkan air doa mengiringi saya dari belakang.

Menyambung Ruqyah

Selesai melaksanakan pagar rumah di bahagian luar, saya berehat sebentar sambil menikmati hidangan yang disediakan. Agak lapar juga perut saya kerana usaha yang tidak berhenti sejak dari petang lagi. Hujan pula seakan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Kesempatan yang ada ini, saya ingin meninjau secara rawatan “Kembara dan Rawat”. Biasanya pesakit agak berbakat dan mudah untuknya terbuka mata batin bagi mengetahui punca sebenar penyakit atau gangguan yang menimpanya.

Mata pesakit ditutup dengan serban yang selalu saya bawa semasa merawat. Doa-doa pilihan saya baca dengan penuh perhatian mengharapkan agar Allah memberi petunjuk akan punca pesakit ini sakit. setelah selesai, saya memandu pesakit agar meninjau secara batin tentang tukang sihir yang mengirim jin-jin sihir. Pesakit memberitahu bahawa dia melihat perkara yang sama sebelum ini, tetapi orang yang berbeza. Maksudnya, dia melihat ada susuk tubuh orang lain yang sedang melakukan wirid memuja sesuatu. Kalau sebelum ini, dia melihat orang lain dan saya mengarahkan agar mengikat sahaja tubuh tersebut. Nampaknya, pada kali ini saya juga mengarahkan agar dia juga mengikat tubuh si tukang sihir dengan menggunakan tali. Saya rasa cukuplah si tukang sihir diikat secara batin. Mudah-mudahan dia akan sedar dan insaf akan perbuatan jahatnya itu. Begitu juga, saya menyuruh pesakit agar pesakit “membersihkan” gangguan diluar dan di dalam rumah tukang sihir tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjaya dengan izin Allah.

Pada kesempatan yang ada, saya menyuruh pesakit meninjau keadaan rumahnya. Dia dapat melihat beberapa sosok tubuh lembaga yang berada di dalam rumah dan juga di luar rumah. Saya menyuruhnya menangkap dan membuangnya jauh-jauh. Dengan gaya menangkap, pesakit telah mengikut arahan saya. Keluarga pesakit yang lain hanya memerhatikan proses rawatan itu dengan penuh minat dan sempat meminta saya agar memeriksa gangguan yang ada di tubuh mereka. Saya hanya tersenyum dan berkata, “InsyaAllah”. Saya mengarahkan pesakit agar meninjau beberapa tubuh saudaranya. Pesakit memberitahu ada banyak gangguan jin di tubuh yang dimaksudkan itu. Saya menyuruhnya agar membersihkan gangguan tersebut. Nampaknya misi ini dua dalam satu.  Apapun, saya bersyukur kepada Allah.

Akhir sekali, saya meminta agar pesakit memeriksa diri sendiri dan merawatnya. Selesai sesi tersebut, saya menutup semula pandangan pesakit dengan doa pilihan dan membuka ikatan matanya.

Saya terpaksa berundur diri dulu pulang ke rumah kerana jam sudah menunjukkan hampir 11.30 malam. Harapan saya agar tiada lagi serangan sihir kembali menyerang pesakit ini.

Sekian sahaja daripada hamba yang fakir ini,
Ada sambungannya..insyaAllah.