Thursday, 14 April 2016

MENUNTUT ILMU PERLUKAN KESUNGGUHAN

Assalamu’alaikum wwt..

Memang tidak dapat dinafikan bahawa menuntut ilmu adalah suatu proses yang sukar.  Untuk menguasai sesuatu ilmu, memerlukan kesungguhan dan semangat yang kental. Berapa ramai orang yang belajar separuh jalan dan tidak kurang juga yang langsung tidak berminat.

Dalam konteks ilmu perubatan Islam berteraskan ruqyah nabawiyyah, tidak ramai yang mahu belajar. Ada banyak alasan yang dikemukakan, walhal ilmu ini sangat banyak manfaatnya dalam kehidupan seharian.

Alasan
·         Ilmu ini sukar dipelajari
·         Tiada asas dalam bacaan al-quran
·         Usia sudah tua
·         Takut menghadapi ujian dan dugaan
·         Malas hendak beramal dengan wirid-wirid yang diberi
·         Tiada masa
·         Banyak kerja
·         Tidak berminat
·         Tiada teman untuk belajar
·         Dan sebagainya..

Sebenarnya, belajar ilmu perubatan Islam berteraskan ruqyah Nabawiyah ini tidaklah sesukar mana. Terdapat banyak kelebihan yang akan diperoleh jika belajar ilmu perubatan Islam

Kelebihan
·         Dapat pahala dan keredhaan dari Allah
·         Dapat mengetahui mustajabnya doa kita kepada Allah
·         Dapat menanamkan sifat ikhlas, yakin dan redha kepada Allah
·         Dapat merawat diri sendiri dan ahli keluarga
·         Dapat mempelajari kaedah pagar diri dan keluarga
·         Dapat menolong orang yang memerlukan (fardhu kifayah)
·         Dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah
·         Dapat menambah rezeki melalui upah rawatan.
·         Dan sebagainya..

Perlu kesungguhan
·         Walaupun pergi seorang menuntut ilmu
·         Walaupun terpaksa mengorbankan masa.
·         Walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh
·         Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja
·         Walau apa halangan sekalipun...

Pesan saya, janganlah bertangguh lagi mempelajari ilmu rawatan Islam kerana besar manfaatnya. Ingatlah bahawa amalan ilmu perubatan Islam berteraskan ruqyah Nabawiyah ini adalah warisan daripada Nabi kita dan sabahat-sahabatnya dan seterusnya saling sambung menyambung sehinggalah sekarang.

Timbulnya pelbagai penyakit pada masa kini amat menggusarkan kita. Perubatan moden memanglah menjadi rujukan yang utama tetapi sebelum mendapatkan rawatan moden berusahalah dengan pengubatan Islam dahulu. Ayuh, marilah kita belajar ilmu pengubatan Islam..

·         Kalau bukan sekarang, bila?
·         Kalau bukan kita, siapa?


Sekian untuk coretan kali ini..
Post a Comment