Tuesday, 26 April 2016

GANGGUAN JIN : HAID TIDAK BERHENTI

Assalamu’alaikum wwt..

Haid dari segi bahasa bermakna mengalir. Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, haid adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.

Syarat-syarat darah haid ialah;
  • Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.
  • Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.
  • Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).
  • Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.
  • Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.
  • Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.


Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, maka itu adalah darah haid. Jika tidak, maka itu bukan darah haid tetapi darah istihadhah.

Gangguan Jin

Ada sesetengah kes, pesakit mengalami kedatangan haid yang melebihi daripada tempoh yang sewajarnya. Saya pernah merawat satu kes perempuan yang mengadu kedatangan haidnya melebihi tempoh iaitu selama hampir dua bulan. Saya kira itu bukanlah sesuatu yang normal dan kemungkinan penyebabnya adalah daripada jin.

Dengan izin Allah, saya telah merawatnya dengan membacakan ayat-ayat ruqyah Nabawiyah dan mendoakan pada air untuk dibuat minum dan mandian. Selain itu, saya membekalkannya dengan amalan pendinding diri agar penyakitnya itu pulih. Hal ini berlaku lama dahulu dan saya hampir melupakannya sehinggalah baru-baru pesakit perempuan itu berkunjung kembali ke rumah saya. kunjungannya pada kali ini dengan membawa dua orang rakannya untuk berubat.

Pada kesempatan yang ada ada itu, saya telah bertanyakan tentang penyakitnya yang dahulu. Dia menceritakan bahawa sekembalinya dari berubat di rumah saya, pada malamnya dia telah bermimpi ada dua pokok pisang di halaman rumahnya telah terbakar. Selepas itu darah haidnya telah berhenti dan kitaran datang bulannya kembali normal seperti biasa. Apa maksud mimpinya itu? Mungkin tafsirannya, jin yang menganggu dirinya telah musnah. Walllahu’aklam..

Kepada perempuan yang kedatangan haidnya melebihi tempoh yang normal diharap berhati-hati kerana berkemungkinan itu adalah angkara daripada jin jahat yang mendiami di situ. Segeralah berikhtiar berubat untuk mendapatkan kesembuhan. Yakinlah dengan mukjizat ayat-ayat suci al quran sebagai penyembuh terbaik. InsyaAllah..

Sekian sahaja coretan daripada hamba yang fakir ini.
Semoga berjumpa lagi.


Rujukan :

http://fiqh-am.blogspot.my/2009/06/darah-haid.html

Post a Comment