Sunday, 24 January 2016

GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM

Dengan izin Allah SWT.

Selama ini kita disogok dengan fakta palsu iaitu mengambil garam secara berlebihan akan menyebabkan terkena penyakit darah tinggi (Ini Protokol Yahudi).

Garam sebenarnya begitu bernilai dari sudut kesihatan apatah lagi jika kita mahu mencontohi sunnah Nabi. Oleh itu, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengetahui manfaat garam dalam kehidupan. Mudah-mudahan bermanfaat kepada kita semua.

Garam kasar

Berkaitan Pemakanan dan Penyembuhan

Sebelum makan, nabi letak secubit garam di lidah. Hal ini antara lain bertujuan untuk mengelak daripada terkena santau dan menapis makanan yang akan di makan. Garam juga bertindak sebagai unsur penyeimbangan ‘balance’ dalam sistem tubuh kita.

Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindak balas dengan suhu yang tinggi atau panas. Seelok-eloknya guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan menggelegak di atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, barulah letak garam di dalam masakan.

Kita panggil bubuh garam atas darat seperti orang Arab buat. Bubuh garam masa hendak makan. Sebabnya, garam ada sodium dan potassium. Tubuh badan memerlukan lebih potassium. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium sahaja manakala potassium akan rosak dalam suhu panas. Sebab itulah kena darah tinggi.

Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah akan mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Hal ini akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Untuk mengubat penyakit rohani, air perlu dicampur dengan garam terutama sihir dan santau. Pernahkan kita terfikir kenapa? Allah telah mencipta garam untuk menarik toksid atau tracun atau asid dalam darah dan juga penarik unsur-unsur negatif.

Garam juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani , bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

Selain itu, garam juga boleh digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur dengan garam disapukan pada kulit yang gatal. Sebab itulah orang yang berpenyakit gatal kulit elok mandi air laut. Begitu juga penyakit cirit-birit boleh diatasi dengan meminum air yang dicampur dengan sedikit garam.

Bagi mereka yang mabuk perjalanan, salah satu ikhtiarnya ialah  garam dicampur dengan madu dan air kemudian diminum sebelum memulakan perjalanan.

Garam bukit tinggi khasiatnya

Berkaitan Gangguan Jin atau sihir

Sebagai ikhtiar untuk mengelak daripada sihir atau gangguan jin bagi mereka yang bermalam di dalam hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya Surah Al-Fatihah (sekali), Ayatul Qursi (tujuh kali) dan bacaan Tiga Qul ditabur disekeliling khemah. Satu hal yang jarang kita ketahui ialah apabila sampai di tempat baru, Nabi akan mengambil garam dahulu untuk menyesuaikan hormon terlebih dahulu di tempat tersebut.

Pengamalan Pengamal Perubatan Islam juga menggunakan garam kasar sebagai medium untuk membersihkan atau memagar rumah (pagar ghaib). Garam yang telah diruqyah akan ditabur atau direjam di dalam dan di luar rumah.

Bagi mengubati orang yang terkena gangguan jin (sihir), khasnya bagi pesakit dewasa, cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau.

Garam juga digunakan sebagai ikhtiar untuk mengelak gangguan jin kepada bayi.  Ada ketikanya bayi menangis pada waktu malam disebabkan dia nampak jin, bukan kerana lapar susu. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas atau cawan atau bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

Kesimpulan

Sesungguhnya garam amat tinggi nilainya dalam kehidupan. Tanpa garam ‘tawarlah hidup ini’. Marilah kita gunakan garam dengan sebaik-baiknya.

Andainya ada kesilapan dan kekurangan dalam fakta tersebut, betulkanlah...


Post a Comment